WorksheetsSEJARAH T4B1(1.3)
Total questions: 25
Worksheet time: 14mins
Senarai berikut berkaitan dengan bukti keunggulan Kesultanan Melayu Melaka [MS8]
* Sistem pentadbiran cekap
* Undang-undang tersusun
Apakah kesan yang dibawa oleh keunggulan tersebut?
Pengukuhan ekonomi
Kemasyhuran kerajaan
Peluasan jajahan takluk
Kelahiran idea negara bangsa
X ialah Wilayah yang diberikan oleh Sultan Melaka kepada para pembesar Berempat untuk ditadbir [MS8]
Apakah X
Kawasan tadbir
kawasan Pegangan
Kawasan Pemakanan
Kawasan Pentadbiran Sementara
Sultan Melaka telah mengurniakan kawasan kepada Pembesar Berempat [MS8]
Apakah gelaran kawasan tersebut ?
Kawasan pegangan
kawasan anugerah
Kawasan kawalan
Kawasan jajahan
Mengapakah pemerintah Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan sistem Pembesar Berempat
dalam pentadbirannya? [MS8]
Mentadbir kawasan pegangan
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Menyekat kemasukan orang asing
mengekalkan warisan adat tradisional
Pilih DUA jawatan yang diwujudkan untuk membantu Pembesar Berempat [MS8]
Bentara
Nakhoda
Penghulu
Syahbandar
Pilih DUA peranan Bendahara dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan [MS9]
Ketua pentadbir
Penasihat sultan
Ketua protokal istana
Panglima angkatan laut
Antara yang berikut, pilih DUA sumber kewangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka [MS9]
Ufti
Cukai
Zakat
Hadiah
* Ufti daripada wilayah taklukan
* Cukai di pelabuhan
Pilih DUA kegunaan hasil pendapatan tersebut [MS9]
Membeli senjata
Membina istana
Membangunkan bandar
Memajukan perdagangan
Apakah tugas Temenggung dalam Kesultanan Melayu Melaka? [MS9]
Menjadi ketua hakim
Menjadi Ketua pentadbir
Mengetuai Angkatan Tentera Laut
Menjaga keselamatan Kota Melaka
Antara berikut, pilih DUA tugas pembesar tempatan peringkat jajahan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka [MS9]
Memungut cukai
Mengekalkan keamanan
Mengetuai aktiviti tentera
Menjalinkan hubungan luar
* Hukum Kanun Melaka
* Undang-undang Laut Melaka
Apakah kepentingan dua undang-undang tersebut? [MS10]
Menjamin kemakmuran
Memastikan ketaatan rakyat
Mengukuhkan kuasa mutlak raja
Mewujudkan Sistem Pembesar Empat Lipatan
*Seseorang boleh dikenakan hukum bunuh*
Apakah DUA keadaan yang membolehkan peruntukan tersebut dilaksanakan dalam Hukum Kanun Melaka? [MS10]
Memalsukan arahan nakhoda
Memalsukan titah perintah sultan
Membunuh tanpa pengetahuan raja
Membunuh askar dalam peperangan
Maklumat berikut berkaitan dengan kandungan dalam Hukum Kanun Melaka
*Dalam fasal 4, hukuman dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan sultan*
Apakah hukuman tersebut? [MS10]
Didenda
Dibunuh
Dipenjara
Dibuang daerah
Maklumat berikut berkaitan dengan kandungan dalam Hukum Kanun Melaka
*Fasal 4 Hukuman bunuh*
Apakah kesalahan yang boleh dikaitkan dengan hukuman tersebut? [MS10]
Menolak sistem cukai
Mengingkari arahan sultan
Merosakkan harta benda awam
Membuka tanah tanpa kebenaran
Perdagangan di Melaka dijalankan menurut ajaran Islam.
Bagaimanakah matlamat tersebut dicapai? [MS10]
Perintah sultan
Sistem pendidikan
Peranan Syahbandar
Hukum Kanun Melaka
Apakah kandungan Undang-Undang Laut Melaka? [MS11]
Membincangkan bidang kuasa pemerintah
Mengandungi hukuman perbuatan jenayah
Menjelaskan tentang peraturan urus niaga di pelabuhan
Menyentuh peranan nakhoda, pelayaran dan percukaian
Apakah persamaan sumbangan tokoh-tokoh berikut? [MS11]
* Nakhoda Diri
* Nakhoda Jenal
* Nakhoda Sahak
Menjalin hubungan luar
Meluaskan kawasan tadbir
Menggubal undang-undang Laut Melaka
Memajukan ekonomi negeri
Maklumat berikut berkaitan dengan kandungan dalam Undang-undang Laut Melaka
* 13.1 Keutamaan berniaga selama empat hari
* 13.3 Kelulusan untuk singgah di pelabuhan yang tiada dalam senarai pelayaran
Siapakah yang boleh memutuskan perkara tersebut?[MS11]
Malim
Nakhoda
Jurumudi
Laksamana
Selain menjelaskan peranan nakhoda, apakah kepentingan Undang-Undang Laut Melaka kepada ahli pelayaran? [MS11]
Hukuman jenayah
Peranan pembesar
Tatacara pelayaran
Peraturan dalam urus niaga
Apakah peranan nakhoda dalam Undang-Undang Laut Melaka? [MS11]
Melantik syahbandar
Berkuasa penuh dalam pelayaran
Berkuasa mengawal peraturan pelabuhan
Menjalankan hukuman ke atas kesalahan di pelabuhan
Maklumat berikut berkaitan dengan kandungan dalam Undang-undang Laut Melaka
X ialah orang yang arif tentang ilmu pelayaran, keadaan ombak, mengelakkan pelanggaran dan kerosakan kapal
Siapakah X ? [MS11]
Malim
Nakhoda
Jurubatu
Jurumudi
Apakah tindakan yang bakal diterima oleh pegawai pelayaran yang lalai sehingga menyebabkan berlakunya pelanggaran dan kerosakan pada kapal? [MS11]
Dipenjarakan
Bayar ganti rugi
Hukuman bunuh
Pelucutan jawatan
Berdasarkan Fasal 5 dalam Undang-undang Laut Melaka, apakah hukuman yang dikenakan
kepada seseorang yang membunuh orang di atas kapal?
Dipenjarakan
Dibuang negeri
Dihukum bunuh
Dilucutkan jawatan
* Seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, maka orang tersebut akan dikenakan hukuman mati*
Mengapakah diadakan peruntukan tersebut? [MS11]
Mewujudkan perpaduan
Mematuhi perintah Sultan
Memelihara keamanan negara
Menjamin keselamatan di kapal
Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan pelbagai cukai dalam Undang-undang Laut Melaka
Pilih DUA cukai tersebut? [MS11]
Cukai tetap
Cukai diraja
Cukai perjalanan
Cukai hasil perniagaan
