wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PAI TINGKATAN 5

Total questions: 70

Worksheet time: 52mins

Name
Class
Date
1.

Maksud فقه الاولويات ialah ______________________

a)

Mengutamakan perkara yang sepatutnya mengikut kepentingan umum.

b)

mengutamakan perkara yang sepatutnya mengikut kepentingan masyarakat

c)

mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan mengikut kepentingan syarak

d)

nengutamakan perkara yang sepatutya didahulukan mengikut kepentingan peribadi.

2.

Berikut adalah prinsip-prinsip asas dalam فقه الاولويات kecuali

a)

bersumberkan syarak

b)

mengambil kira keperluan semasa dan setempat

c)

mengutamakan keperluan atau manfaat peribadi

d)

mengambil kira tahap keupayaan individu.

3.

Apakah perintah Allah SWT kepada manusia dalam surah Al-'Araf ayat 205 hingga 206?

a)

Mengingati Allah SWT

b)

Memperbanyakkan zikir kepadaNya

c)

Menjadikan malaikat sebagai contoh

d)

Merendah diri kepada Allah SWT

4.

Perlaksanaan فقه الاولويات dalam kehidupan terbahagi kepada 3 iaitu ilmu _________________, amalan dan ______________

a)

teknologi , tuntutan syarak

b)

pemikiran , tuntutan syarak

c)

pemikiran , kefarduan

d)

teknologi, kefarduan

5.

Prinsip am ' فقه الاولويات dalam ilmu dan pemikiran ialah

a)

Mengutamakan usaha untuk menuntut ilmu dan memahaminya berbanding dengan melaksanakan sesuatu amalan.

b)

Mengutamakan usaha menuntut ilmu selari dengan melaksanakan amalan.

c)

Mengutamakan amalan berbanding dengan usaha mencari ilmu.

d)

mengutamakan amalan tanpa mempunyai ilmu.

6.

Pilih contoh yang salah berkaitan dengan perlaksanaan فقه الاولويات dalam ilmu dan pemikiran.

a)

Utamakan ilmu bersedekah dengan sempurna berbanding perlaksaan amalan bersedekah.

b)

Utamakan ilmu menunaikan solat dengan sempurna berbanding perlaksanaan solat berjemaah

c)

Utamakan ilmu berpuasa wajib berbanding dengan amalan berpuasa sunat.

d)

Mengutamakan ilmu fardhu kifayah berbanding ilmu fardhu ian.

7.

Prinsip am perlaksanaan فقه الاولويات dalam kehidupan dari sudut amalan ialah ___________

a)

Mengutamakan amalan yang banyak manfaat berbanding dengan amalan yang kurang manfaat.

b)

Mengutamakan amalan yang kurang manfaat berbanding yang banyak manfaat.

c)

Mengutamakan amalan fardhu ain berbanding amalan fardu kifayah

d)

mengutamakan amalan fardu kifayah berbanding dengan amalan fardhu ian.

8.

Prinsip am perlaksanaan فقه الاولويات dari aspek tuntutan syarak ialah _______________

a)

mengutamakan perkara yang pokok [اصول] berbanding dengan perkara yang cabang [فروع]

b)

mengutamakan perkara yang cabang [فروع] berbanding perkara yang pokok [اصول]

c)

mengutamakan perkara yang wajib berbanding perkara yang sunat.

d)

mengutamakan perkaran yang fardhu berbanding perkara yang sunat.

9.

Berikut merupakan kepentingan فقه الاولوات terhadap individu dan masyarakat kecuali ________________

a)

memastikan tindakan manusia terkawal dan sistematik.

b)

Membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan efektif.

c)

mengamalkan semua tuntutan Isalam mengikut susunan yang betul

d)

mewujudkan masyarakat yang berjaya menguruskan kepentingan peribadi

10.

Apakah maksud hadis di atas ?

a)

dan seseorang di hatinya sentiasa mencintai masjid

b)

tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Allah SWT

c)

pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungannya

d)

pemimpin yang adil

11.

Nyatakan maksud hadis di atas.

a)

dan pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada Allah SWT

b)

pemimpin yang adil

c)

dan seseorang yang bersedekah secara sembunyi

d)

dan seseorang yang hatinya sentiasa mencitai masjid

12.

Antara berikut yang manakah tidak termasuk dalam golongan yang mendapat naungan Allah SWT ?

a)

seseorang yang hatinya sentiasa mencintai masjid

b)

seseorang yang suka bersedekah

c)

dua orang yang saling mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah

d)

seseorang yang mengingati Allah sehingga menitiskan air mataya

13.

Nyatakan contoh pemimpin yang adil.

a)

melaksanakan tuntutan solat lima waktu

b)

menerima rasuah dalam mengadili kebenaran

c)

memastikan keperluan rakyat mencukupi

d)

melaksanakan qiamullail dan membaca Al-Quran

14.

Nyatakan contoh seseorang yang mencintai masjid.

a)

suka bersedekah

b)

suka menunaikan solat fardhu secara berjemaah

c)

suka tidur di dalam masjid

d)

menjauhi perbuatan mencuri

15.

Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah bermaksud dua orang yang bersahabat berasaskan _______ dan _______ kepada Allah SWT

a)

kebaikan, amal soleh

b)

keimanan, ketakwaan

c)

perangai, sikap

d)

harta, wang

16.

Antara berikut yang manakah contoh seseorang yang membenci maksiat ?

a)

suka berfoya-foya dengan wanita

b)

tidak menjaga batas pergaulan dengan bukan muhrim

c)

mengajak rakan untuk meminta bantuan mencuri

d)

menjauhi perbuatan mencuri

17.

Merujuk sabdaan Rasulullah SAW, bagaimanakah cara untuk memperbaharui iman?

a)

banyakkan berselawat

b)

banyakkan beristighfar

c)

banyakkan menyebut "Lailahailallah"

d)

banyakkan solat hajat

18.

Maksud ahli sunnah wal jamaah ialah

a)

Kumpulan minoriti umat Islam yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah

b)

Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-sunnah

c)

Sebahagian umat Islam yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah

d)

Sebahagian umat Islam memahami dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah menerusi para sahabat

19.

Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dikenali dengan pelbagai nama seperti berikut kecuali

a)

As Salafus Soleh

b)

Al Maturidiah

c)

Al 'Asya'irah

d)

As Sawwadul 'Azam

e)

Ahlul Quran

20.

Berikut merupakan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah kecuali

a)

Perutusan para nabi dan rasul merupakan rahmat Allah kepada manusia.

b)

Yakin bahawa syurga dan neraka telah wujud sebelum makhluk dijadikan.

c)

Segala perbuatan manusia adalah ciptaan Allah tetapi manusia diberi pilihan untuk melakukannya atau tidak.

d)

Syafaat Nabi Muhammad S.A.W. diberikan kepada umatnya dengan kehendak baginda sendiri.

21.

Takrif ASWJ ialah kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada al-Quran dan al-Sunnah menerusi para (a)   dan tabiin serta tabi' tabi'in dalam prinsip akidah, syariat dan akhlak

22.

Prinsip ahli sunnah wal jamaah

Iman ialah (a)   serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan sebagai bukti kesempurnaan iman.

23.

Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali Abi Talib dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah.

Penyataan ini merujuk kepada_______

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahlul Hadis

24.

Kumpulan yang berpaling tadah daripada mentaati Saidina Ali bin Abi Talib kerana tidak berpuas hati dengan kepututusan Majlis Tahkim.


Penyataan ini merujuk kepada_____

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahlul hadis

25.

Kumpulan yang diasaskan oleh wasil bin Ata' pada awal kurun ke 2 Hijrah.


Penyataan ini merujuk kepada______

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahlul hadis

26.

Menyakini bahawa imam-imam mereka maksum.


Penyataan ini merujuk kepada prinsip_____

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahlul Hadis

27.

Menafikan Allah SWT memiliki sifat pada zat-Nya.


Penyataan ini merujuk kepada prinsip_______

a)

Syiah

b)

Khawarij

c)

Muktazilah

d)

Ahlul hadis

28.

Kumpulan ini wujud kerana tidak puas hati dengan keputusan Majlis Tahkim

a)

Khawarij

b)

Syiah

c)

Muktazilah

d)

Ahl al-Sunnah wal Jammah

29.

Siapakah tokoh yang disanjung oleh puak Syiah dan Khawarij?

a)

Nabi Muhammad SAW

b)

Saidina Ali bin Abi Talib

c)

Imam Hassan al-Basri

d)

Perawi Sahl bin Hunaif

30.

Kumpulan ini mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk yang bersifat hadis(baharu) sedangkan ASWJ yakin bahawa al-Quran merupakan kalam Allah bersifat qadim (sedia ada)

a)

Khawarij

b)

Syiah

c)

Muktazilah

d)

Atheis

31.

isu pelaku dosa besar, ASWJ meyakini bahawa meraka tetap dikira beriman dan dihukum sebagai fasik sedangkan aliran lain iaitu ...... menganggap pelaku dosa besar sebagai kafir.

a)

Khawarij

b)

Syiah

c)

Muktazilah

d)

al-Maturidiah

32.

Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap keimanan bertambah dan berkurang ialah

a)

iman boleh bertambah bila seseorang taat suruhan Allah dan berkurang iman bila seseorang melakukan maksiat.

b)

iman tidak boleh bertambah dan berkurang tetapi hanya dapat pahala bila melakukan kebaikan dan mendapat dosa bila melakukan kejahatan.

c)

iman tidak boleh bertambah dan berkurang tetapi boleh terbatal iaitu terkeluar daripada Islam.

33.

Talak, fasakh, khuluk dan li'an adalah isu-isu berkaitan dengan _______________ perkahwinan.

a)

peranan

b)

pembubaran

c)

tanggungjawab

d)

pernikahan

34.

________________ ialah pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan.

a)

Fasakh

b)

Khuluk

c)

Talak

d)

Li'an

35.

Hukum talak apabila isteri berakhlak buruk ialah ____________

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

makruh

36.

_________________ apabila suami menceraikan isteri dalam keadaan haid.

a)

Makruh

b)

Haram

37.

Talak ______________ ialah talak yang boleh dirujuk dalam tempoh iddah tanpa akad nikah dan mahar yang baru.

a)

Raj'i

b)

Bain

38.

Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu. Penyataan tersebut merujuk kepada maksud ________________

a)

Talak

b)

Khuluk

c)

Li'an

d)

Fasakh

39.

_______________ ialah pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami.

a)

Fasakh

b)

Khuluk

c)

Poligami

d)

Talak

40.

Lian ialah sumpah suami apabila menuduh isterinya ________________ tanpa ada empat orang saksi atau menafikan nasab.

a)

curang

b)

berzina

c)

berkhalwat

d)

berdua-duaan

41.

Hukum lian ialah _____________ untuk mengelakkan suami daripada hukuman qazaf.

a)

harus

b)

sunat

c)

haram

d)

wajib

42.

Antara kesan lian ialah suami isteri tidak boleh rujuk selama-lamanya.

a)

Betul

b)

Salah

43.

Tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau selepas kematian suami. Penyataan tersebut merujuk kepada _____________

a)

Iddah

b)

Talak

c)

Rujuk

d)

Nusyuz

44.

Isteri yang telah putus haid, sekiranya suaminya meninggal dunia, tempoh iddahnya ialah selama ________________

a)

3 bulan hijrah

b)

3 kali suci

c)

4 bulan 10 hari

d)

4 bulan 11 hari

45.

Berikut ialah contoh nusyuz: (boleh pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

Isteri enggan melayan suami

b)

Keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab munasabah

c)

Ingkar perintah suami yang bercanggah dengan syarak

d)

Melakukan kekasaran terhadap suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan

46.

Rujuk ialah hak suami untuk menyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang diceraikan dalam tempoh (a)  

47.

(a)   ialah amalan beristeri lebih daripada seorang pada satu masa.

48.

Hukum poligami ialah ______________

a)

sunat

b)

harus

c)

wajib

d)

makruh

49.

Siapakah paling layak untuk menjaga anak selepas perkahwinannya dibubarkan.

a)

Ibu

b)

Bapa

c)

Ibu kepada ibu

d)

Ibu kepada bapa

50.

Hadhanah ialah ______________

a)

Penjagaan kanak-kanak yang masih kecil

b)

Penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan diri sendiri

c)

Penjagaan anak orang lain seperti anak sendiri

d)

Penjagaan kanak-kanak terbiar

51.

Hukum mengambil anak angkat adalah ______________

a)

sunat

b)

harus

52.

Anak angkat tidak layak mendapat harta wasiat.

a)

Betul

b)

Salah

53.

Nama sebenar salahuddin al- Ayyubi ialah....

a)

Salah al-Din Yusof bin Najmudin Ayubi

b)

Salah al-Adin Yusof bin Najmuddin Ayyubi

c)

Yusuf bin Ayub bin Syazi

d)

Salah al-Addin Yusof Najmuddin Ayyub

54.

Kejayaan besar bagi Salahuddin Al-Ayubi adalah:-

a)

Menumpaskan kerajaan Rom

b)

Membebaskan Baitul Maqdis daripada penguasaan tentera salib

c)

Berjaya membuka Kota Konstantinopal

d)

Berjaya membina tembok Baitulmaqdis

55.

Salahuddin Al-Ayubi mempunyai peribadi yang unggul seperti:-

a)

Seorang yang bengis

b)

Tidak mempunyai belas kasihan pada musuh

c)

Rajin membaca

d)

Prihatin terhadap kebajikan rakyat

56.

Sumbangan Salahudin dalam bidang keilmuan ialah mengembalikan semula pegangan ___________________ dalam sistem pendidikan

a)

syiah

b)

khawarij

c)

Ahli Sunnah Wal jamaah

d)

Muktazilah

57.

salahudin telah menyediakan sebuah _________________ bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada pesakit.

a)

gedung pakaian

b)

gedung peralatan

c)

gedung ubatan

58.

Siapakah tokoh di atas ?

a)

Ahmad bin Ibrahim

b)

Salahudin al-Ayubi

c)

Hasan al-Banna

d)

Sulaiman al-Qanuni

59.

Antara berikut yang manakah tidak termasuk dalam ketinggian akhlak Hassan al-Banna ?

a)

memuliakan orang2 yang warak dan soleh

b)

gigih menggerakkan usaha dakwah

c)

prihatin terhadap kebajikan rakyat

d)

berlapang dada apabila terdapat perbezaan pandangan

60.

Berikut adalah hasil karya Hassan al Banna kecuali

a)

al Ma'thurat

b)

muzakirat addakwah wad daiyah

c)

Turjuman al Quran

d)

Risalatut taklim

61.

Berikut adalah antara peranan Hasan Al-Banna dalam gerakan pembaharuan Islam kecuali

a)

Menyedarkan masyarakat supaya kembali kepa Islam

b)

Menentang penjajahan Jepun

c)

Menyuburkan kembali pemikiran Islam dalam Masyarakat

d)

Mengasaskan Ikhwanul Muslimin

62.

Peranan Hassan Al-Banna dalam gerakan pembaharuan Islam?

a)

Menentang penjajahan Inggeris

b)

Mengutamakan bangsa Arab

c)

Menyuburkan kembali pemikiran Islam dalam masyarakat

d)

Menyedar masyarakat supaya kembali menghayati ajaran Islam

63.

Pengahayatan daripada perjuangan Hassan Al-banna

a)

Melibatakan diri dalam progaram dakwah sekolah

b)

Gigih berusaha bagi memperbaiki diri dan masyarakat

c)

Buat sesuatu kadar yang patut

d)

Sentiasa sabar dan mujahadah untuk tingkatkan kemampuan diri

64.

Antara berikut yang manakah bukan tahap pendidikan Ahmad bin Ibrahim ?

a)

Victoria Bridge School, Singapura

b)

Universiti Pertahanan Negara Malaysia

c)

Raffles College, Singapura

d)

Universiti Of Cambridge

65.

Gelaran yang diterima beliau adalah

a)

Profesor

b)

Profesor Emaritus

c)

Profesor Emaritus Tan Seri Doktor

66.

Jawatan yang pernah disandang beliau ialah

a)

Pensyarah Kuliah Undang-undang UIAM

b)

Hakim Mahkamah Rayuan

c)

Pensyarah Kuliah Undang-undang UKM

d)

Hakim Mahkamah Persekutuan

67.

Antara ketinggian akhlak beliau ialah

a)

suka menyebarkan ilmu

b)

bangga memiliki ilmu

c)

tidak suka berkongsi ilmu

d)

menyembunyikan ilmu

68.

Profesor Ahmad pernah menjadi pensyarah di

a)

UM

b)

UKM

c)

USIM

d)

UIAM

69.

Antara perkara yang amat dijaga semasa mengendalikan kes perbicaraan ialah menjaga etika ________

a)

keselamatan

b)

keadilan

c)

kesopanan

d)

persahabatan

70.

Yang manakah iktibar yang sesuai dengan tokoh di atas?

a)

Kita hendaklah suka bersedekah kepada fakir miskin agar disanjung masyarakat.

b)

Kita hendaklah menyumbang tenaga kepada pembangunan negara agar bertambah kecintaan kepada negara

c)

Kita hendaklah mencontohi kegigihan tokoh dalam mencari rezeki agar menjadi orang berguna

d)

Kita hendaklah menyebarkan ilmu yang dipelajari agar dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.