wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

REKABENTUK LANDSKAP TING 4

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, kerjaya manakah yang TIDAK ditawarkan dalam bidang reka bentuk lanskap?

a)

Pensyarah

b)

Usahawan Nurseri

c)

Pereka Fesyen

d)

Arkitek

2.

Antara berikut, yang manakah BUKAN tumpuan cara pengindahan persekitaran luaran melalui bidang rekabentuk lanskap?

a)

Reka bentuk

b)

Pembinaan

c)

Penyelengaraan

d)

Pembentangan

3.

Apakah nama persembahan landskap di atas?

a)

Pelan lanskap

b)

Modul lanskap

c)

Gubahan lanskap

d)

Model lanskap

4.

Siapakah yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan artistik dan kejuruteraan struktur?

a)

Pensyarah lanskap

b)

Arkitek lanskap

c)

Usahawan lanskap

d)

Kontraktor lanskap

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan nurseri atau tapak semaian?

a)

Tempat kanak-kanak belajar lanskap sambil bermain

b)

Tempat untuk menyemai benih tanaman sebelum ditanam di tempat kekal atau dipasarkan

c)

Kawasan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menjalankan aktiviti berkaitan bidang perlanskapan

d)

Taman untuk mendidik masyarakat yang berminat dalam bidang lanskap agar menjadi pelapis kepada pereka lanskap

6.

Apakah matlamat penggubalan Dasar Landskap Negara?

a)

Memastikan semua taman perumahan pada masa kini dan akan datang dilengkapi dengan lanskap

b)

Memastikan keseimbangan ekologi dan masalah pemanasan global dapat ditangani

c)

Melindungi sumber lanskap sebagai aset warisan dan mengekalkan keindahan negara untuk generasi kini dan akan datang

d)

Mewujudkan tempat latihan untuk mereka yang ingin belajar tentang teknik menghasilkan lanskap dan seterusnya menjadi pengusaha nurseri

7.

Khidmat pereka bentuk lanskap diperlukan oleh sektor awam serta swasta. Pilih dua jabatan berikut yang memerlukan khidmat pereka bentuk lanskap?

a)

Jabatan Perhutanan

b)

Jabatan Perangkaan

c)

Jabatan Perkhidmatan Awam

d)

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

8.

Seorang pereka bentuk lanskap perlu bijak menggunakan gabungan kepakaran tertentu. Apakah dua daripada kepakaran tersebut?

a)

Sosial

b)

Artistik

c)

Saintifik

d)

Ekonomi

9.

Mengapakah Dasar Landskap Negara (DLN) dilancarkan pada tahun 2011?

a)

Menyaingi seni lanskap di negara-negara lain

b)

Meningkatkan sumber pendapatan pereka lanskap

c)

Mempertahankan pembangunan negara supaya lebih mampan

d)

Bukti keperihatinan kerajaan untuk memartabatkan seni lanskap negara

10.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi estetik sebuah reka bentuk lanskap?

a)

Membentuk ruang bangunan yang lebih menarik

b)

Menjadi sumber pendapatan arkitek lanskap

c)

Melembutkan permandangan sekitar bangunan

d)

Mencantikkan permandangan pada bangunan

11.

Apakah elemen dalam lanskap yang diwujudkan untuk keselesaan pengguna?

a)

Tumbuhan

b)

Topografi

c)

Struktur

d)

Air

12.

Manakah antara gambar berikut yang menunjukkan ciri-ciri reka bentuk lanskap islam?

a)
b)
c)
d)
13.

Manakah antara berikut yang merupakan peninggalan landskap oleh penjajahan Inggeris di Malaysia?

a)

Taman Botani, Putrajaya

b)

Taman Botani, Shah Alam

c)

Taman Tasik Taiping, Perak

d)

Taman Tasik Kenyir, Terengganu

14.

Gambar di atas merujuk kepada konsep lanskap apa?

a)

Bali

b)

Jepun

c)

Melayu

d)

Inggeris

15.

Konsep ini banyak menitik beratkan hubungan antara manusia dan persekitarannya.


Apakah konsep landskap yang dimaksudkan di atas?

a)

Bali

b)

Jepun

c)

Melayu

d)

Inggeris

16.

Bunga, tumbuhan renek dan pokok termasuk dalam

a)

Landskap alam

b)

Landskap kejur

c)

Landskap lembut

d)

Landskap tanaman

17.

Landskap boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu

a)

Landskap lembik dan Landskap keras

b)

Landskap lembut dan Landskap kejur

c)

Landskap semulajadi dan Lansdkap binaan

d)

Landskap tanaman dan Landskap bangunan

18.

Berikut merupakan peranan dan fungsi reka bentuk landskap kecuali

a)

Mental

b)

Fizikal

c)

Estetik

d)

Ekonomi

19.

Elemen landskap terdiri daripada topografi, tumbuhan, air, dan _____________.

a)

Irama

b)

Struktur

c)

Imbangan

d)

Kepelbagaian

20.

Apakah kepentingan pereka bentuk landskap?

a)

Memastikan udara segar

b)

Meningkatkan kualiti tumbuhan

c)

Menentukan tumbuhan untuk ditanam

d)

Memastikan ruang landskap yang dibina mengikut spesifikasi

21.

Antara berikut yang manakah gabungan yang betul berkaitan bidang reka bentuk landskap ?

a)

A. Seni dan sains

b)

B. Seni dan Geografi

c)

C. Seni dan Matematik

d)

D. Seni dan Kemahiran Hidup

22.

 Perancangan Pelan Induk

 Kajian Pelan Tempatan dan Struktur

 Projek-projek Landskap Spesifik.

Namakan kerjaya bidang reka bentuk landskap , berdasarkan tugasan kerja di atas.

a)

A. Arkitek Landskap

b)

B. Pereka Bentuk Landskap

c)

C. Kontraktor Landskap

d)

D. Usahawan Landskap

23.

Apakah matlamat pengubalan Dasar Landskap Negara?

a)

A. Memastikan semua taman perumahan dilengkapi dengan landskap

b)

B. Membina peraturan dalam merancang reka bentuk landskap

c)

C. Landskap sebagai aset warisan dan mengekalkan keindahan negara

d)

D. Menyediakan tempat latihan kemahiran bidang landskap

24.

Berapakah Komponen reka bentuk ruang luaran?

a)

A. 6

b)

B. 3

c)

C. 4

d)

D. 5

25.

Penghasilan anak benih tumbuhan landskap juga perkhidmatan perlandskapan.


Berdasarkan maklumat di atas apakah kerjaya reka bentuk landskap tersebut?

a)

A. Arkitek Landskap

b)

B. Kontraktor Landskap

c)

C. Usahawan landskap

d)

D. Pereka Bentuk Landskap

26.

Apakah fungsi utama penghasilan model reka bentuk landskap ?

a)

A. Tujuan pameran

b)

B. Merancang jenis bahan

c)

C. Menentukan kos bahan

d)

D. Melihat dari aspek 3 dimensi

27.

Gambar rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti kerjaya dalam bidang landskap .

Apakah bidang kerjaya tersebut ?

a)

A. Arkitek landskap

b)

B. Kontraktor Landskap

c)

C. Usahawan Landskap

d)

D. Pereka Bentuk Landskap

28.

Badan yang berperanan memastikan landskap negara berada dalam keadaan terbaik.


Apakah badan yang terlibat dengan pernyataan di atas ?

a)

A. Jabatan Landskap Negara

b)

B. Jabatan Alam Sekitar

c)

C. Kelab Landskap Negara

d)

D. Persatuan Pecinta Alam

29.

Jika anda ingin menghasilkan sebuah taman mini dihalaman rumah, siapakah yang perlu anda rujuk terlebih dahulu ?

a)

A. Arkitek Landskap

b)

B. Pensyarah landskap

c)

C. Kontraktor Landskap

d)

D. Pereka Bentuk Landskap

30.

Gambar rajah di atas menunjukkan pelan reka bentuk landskap .

Apakah jenis pelan tersebut ?

a)

A. Pelan sisi

b)

B. Pelan tapak

c)

C. Lakaran buih

d)

D. Pelan perspektif