NEW
Font size
WorksheetsMULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA TINGKATAN 2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Cara-cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga adalah seperti berikut kecuali
A. Tingkah laku
B. Hati
C. Berdoa
D. Percakapan
رضى الرب في رضى الوالد، وسخط الرب في سخط الوالد
Berdasarkan hadis di atas, apakah contoh salahlaku terhadap ibu bapa melalui percakapan?
A. Berkata dengan kasar
B. Menziarahi mereka
C. Tidak menjaga mereka ketika tua
D. Tidak bertanya khabar
"Alif tidak mengendahkan panggilan ibunya dan asyik dengan permainan komputer"
Berdasarkan situasi di atas, apakah kesan tindakan tersebut terhadap individu?
A. Mendapat murka Allah
B. Tidak dihormati oleh jiran
C. Gejala sosial yang buruk
D. Susah untuk mendapat kepercayaan rakan
لا يدخل الجنة عاق
Berdasarkan hadis di atas, apakah maksud عاق ?
A. Orang yang dimurkai
B. Orang yang menipu
C. Anak yang derhaka
D. Anak yang dibenci
Antara adab-adab baik kepada ibu bapa dan keluarga melalui hati adalah
A. Prihatin dan mengambil berat
B. Bersopan santun
C. Mendengar kata-kata mereka
D. Merawat ibu bapa ketika sakit
Pilih pernyataan yang betul berkaitan kepentingan beradab kepada ibu bapa dan
keluarga
I – Melakasakan perintah Allah dan rasul
II – Membina kewibaan diri.
III- Menjadi contoh teladan yang baik
IV- Membina keluarga yang bahagia
A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. Semua di atas
Apakah punca penderhakaan kepada ibu bapa?
I – Kurang penghayatan agama dalam kehidupan
II – Tidak memahani pengajaran agama di sekolah
III - Terpengaruh dengan perlakuan negatif
IV - Leka dengan urusan sendiri
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I,II dan III sahaja
D. I, III dan IV sahaja
"Alif sibuk bekerja di ibu kota sehingga tidak dapat menjenguk ibunya yang tua di kampung"
Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang sepatutnya yang perlu dilakukan ?
A. Menelefon ibunya bertanyakan khabar
B. Mengambil cuti dan menziarahi ibunya
C. Mendoakan pada setiap kali solat
D. Menyelesaikan urusan kerjanya
"Menjaga adab adab terhadap ibu bapa dan keluarga akan mendatangkan rahmat Allah"
Antara berikut, ramalkan keadaan yang akan berlaku jika umat Islam gagal memahami pernyataan di atas?
A. Tidak maju akibat institusi kekeluargaan runtuh
B. Gejala sosial akan menurun
C. Mendapat pertolongan daripada Allah
D. Dianggap berakhlak oleh masyarakat luar
Mengapakah adab terhadap ibu bapa perlu diutamakan dalam masyarakat Islam?
A. Agar dipandang rendah oleh masyarakat luar
B. Agar individu,masyarakat dan negara dapat hidup makmur
C. Mudah mendapat kerjasama negara bukan Islam
D. Supaya menghindari rahmat Allah
