WorksheetsRBT TINGKATAN 1 BAB 1 - BAB 4
Total questions: 54
Worksheet time: 26mins
Produk yang dihasilkan harus memberi _________ kepada kehidupan manusia.
impak
kesan
akibat
nafas
Antara yang berikut yang manakah BENAR mengenai maksud Reka Bentuk dan Teknologi?
Gabungan pengetahuan dan pengaplikasian sains dan matematik untuk memudahkan kehidupan manusia
Pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semulajadi untuk memudahkan tugasan manusia
Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan produk baru
1. Antara yang berikut, yang manakah elemen reka bentuk ?
Rupa
Keringkasan
Keseimbangan
Kepelbagaian
Antara warna yang berikut, yang manakah warna primer ?
Hitam
Ungu
Jingga
Merah
YANG MANAKAH ANTARA BERIKUT MERUPAKAN TEKNIK PEMBINAAN OBJEK ?
PENYATUAN, PELERAIAN, PEMBENAMAN, PERCANTUMAN
KESATUAN, PEMBENAMAN, HARMONI, RUPA
PEMBUANGAN, PEMBENAMAN, PENYATUAN, PELERAIAN
PEMBENAMAN, PENYATUAN, KESATUAN, PEMBUANGAN
BERAPAKAH ELEMEN YANG TERDAPAT DALAM PRINSIP REKA BENTUK ?
5
6
7
4
Pilih definisi yang benar bagi pengurusan projek reka bentuk.
Buku Teks ms 32
Aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, tempoh masa dan kos projek
Aktiviti membentuk kumpulan kerja melibatkan skop kerja, tempoh masa dan kos projek.
Aktiviti melaksanakan perancangan kerja berkumpulan yang melibatkan skop kerja, tempoh masa dan kos projek.
Aktiviti melantik ahli kerja berkumpulan dan melaksanakan projek merangkumi skop kerja, tempoh masa dan kos projek.
Apakah jenis skop yang melibatkan kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki klien?
Buku Teks ms 32
Skop kerja
Skop masa
Skop projek
Skop produk
Rajah menunjukkan satu produk reka bentuk. Apakah bentuk penjanaan idea yang telah digunakan oleh pereka bentuk dalam reka bentuk produk tersebut?
Buku Teks ms 33 - 34
Inspirasi daripada sumber alam
Menterbalikkan fungsi objek
Menterbalikkan kedudukan
Menukar saiz objek
Apakah yang dimaksudkan dengan milestone?
Buku Teks ms 37
Penanda atau perkara yang bakal berlaku mengikut turutan
Target jumlah masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek
Tempoh maksimum yang diperlukan dalam penghasilan projek
Kos maksimum yang diperlukan dalam pembangunan projek
Pilih dua kaedah yang digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos projek.
I Konsep SMART
II Kaedah unit / Kos
III Kaedah unit / Kuantiti
IV Konsep kos / kuantiti
Buku Teks ms 40
I dan III
II dan III
I dan IV
II dan IV
Anggaran kos dan penyediaan bajet melibatkan pengiraan kos modal yang diperlukan untuk pelaksanaan sesuatu projek reka bentuk. Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang kos yang terlibat dalam pengiraan kos modal?
Buku Teks ms 40-41
Kos upah
Kos overhead
Kos bahan dan alatan
Kos sewaan dan prasarana
Pilih perangan yang benar tentang takrifan konsep SMART.
Buku Teks ms 40
S - pengukuran pengagihan kewangan
M - penetapan tujuan atau objektif projek
A - keseuaian dengan kehendak pengguna
T - masa dan sumber kewangan yang mencukupi
Kos modal bagi sebuah bekas pensel kayu yang dihasilkan oleh Hanis ialah RM 12.50. Jika Hanis membuat tetapan untuk mendapat 25% keuntungan berapakah harga jualan bagi seunit bekas pensil kayu itu?
RM 15.30
RM 12.37
RM 15.00
RM 12.25
Maklumat berikut menerangkan pengagihan kewangan dalam penghasilan 100 unit bakul bunga hiasan.
Kos bahan dan alatan : RM 550.00
Kos upah : RM 400.00
Kos overhed : RM 20.00
Jika seunit bakul bunga hiasa tersebut dijual pada harga RM 14.55, berapakah peratus keuntungan yang diperoleh?
15%
50%
75%
100%
Pilih penyataan yang tidak benar tentang sistem ganjaran dalam membantu proses pembentukan individu.
Promosi kenaikan gaji
Pemberian pengiktirafan
Tawaran kenaikan pangkat
Penggunaan kepakaran interpersonal
Pengurusan projek reka bentuk melibatkan tiga proses kerja. Apakah proses tersebut?
kos projek
mock-up
skop kerja
tempoh masa
senarai berikut ialah cara penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
- menukar saiz objek
- menterbalikkan fungsi sesuatu alat
- X
- menterbalikkan kedudukan
apakah X?
berkomunikasi dengan orang sekeliling
menyertai pertandingan reka bentuk dan teknologi
meniru apa-apa yang ada disekitar dan menukarnya ke bentuk produk
berbincang dengan guru kelas dan rakan-rakan
carta alir di bawah menunjukkan langkah pengurusan produk.
PERANCANGAN -----> X ------> PENGAWALAN
Apakah X?
pembelian bahan
pengujian reka bentuk
pelantikan pengurus
penjadualan
Penerangan yang manakah benar mengenai konsep SMAT?
S = boleh dilaksanakan dan dicapai
M = pengukuran pengagihan kewangan
A = masa dan sumber kewangan mencukupi
T = penetapan tujuan atau objektif projek
di bawah menunjukkan kos pengeluaran agi 20 unit rak hiasan.
kos bahan = rm 400
upah pekerja = rm 90
overhead = rm 10
jika harga jualan seunit ialah RM 32.00, berapakah jumlah untung kasar bagi pengeluaran rak tersebut?
RM 25.00
RM 32.00
RM 140.00
RM 640.00
Faktor utama yang mempengaruhi pembentukan kumpulan kerja ialah
berkongsi maklumat
kurang berkomunikasi
saling membantu dan bekerjasama
mempunyai matlamat yang tersendiri
Tugas manakah bukan tugas seorang pereka bentuk?
mengadakan perbincangan dengan pelanggan
menyediakan dokumentasi dan persembahan
menyediakan pelbagai lakaran
membuat penambahbaikan
Konsep SMART digunakan dalam __________________________
penjanaan idea lakaran
penyediaan anggaran kos
pembelian bahan projek
pembentangan model projek
Projek brief ialah satu proses perbincangan awal antara __________________ dengan __________ untuk memnuhi kehendak pelanggan dalam penghasilan produk.
Buku Teks ms 49
pengurus projek, pembangun mockup
setiausaha projek, pereka bentuk
pengurus projek, pelanggan
pelanggan, ahli pemasaran
Apakah tujuan penglibatan pereka bentuk dalam perbincangan gambaran awal produk?
Buku Teks ms 52
Mewakili pengurus projek dalam perbincangan brief bersama pelanggan
Membantu pengurus projek mengendalikan perbincangan bersama pelanggan
Menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran bebas
Menghasilkan lakaran awal untuk dipilih oleh pengurus projek untuk dipersembahkan kepada pelanggan
Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang elemen perancangan dalam pengurusan projek?
Buku Teks ms 51
Skop projek
Kos pengeluaran
Perancangan jadual kerja
Penilaian mockup atau model
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang senarai semak ciri-ciri pertimbangan utama.
Buku Teks ms 53
Kriteria pertimbangan utama boleh diubah mengikut kehendak pengurus projek
Persoalan lain boleh diubah atau ditambah di dalam jadual senarai semak jika penting
Pernyataan masalah memberi fokus kepada perancangan keseluruhan projek dan reka bentuk produk
Pernyataan masalah yang disenaraikan dalam jadual senarai semak perlu diambil perhatian oleh pengurus projek
Pilih tujuan utama penghasian jadual maklumat projek brief.
Buku Teks ms 55
Menjimatkanmasa perbincangan kumpulan kerja
Memberi fokus kepada ciri penting dalam produk reka bentuk
Meringkaskan maklumat yang telah diperoleh dalam borang projek brief
Membantu pelanggan mengenal pasti ciri produk yang akan dihasilkan oleh pembangun produk
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang mock up.
Buku Teks ms 58
Mock up merupakan model olokan yagn dibuat sebelum menghasilkan model sebenar
Mock up perlu dibina menggunakan bahan sebenar yang akan digunakan
Mock up boleh dibina dengan menggunakan saiz atau tanpa ukuran sebenar
Mock up dapat memberikan gambaran awal produk
Apakah bahan yang sesuai digunakan untuk membuat cantuman mock up atau model yang terdiri daripada pelbagai bahan seperti plastik, fabrik, mounting board dan kayu?
Buku Teks ms 60
Super Glue
Perekat kayu
Glu cair panas
Gam paip PVC
Pilih jenis ujian yang sesuai dijalankan bagi menilai model yang dihasilkan.
I. Ujian kekuatan dan cantuman
II. Ujian kestabilan
III. Ujian bahan
IV. Ujian beban
Buku Teks ms 62
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Tandakan tiga (3) tujuan penyediaan kertas kerja dalam perancangan pengurusan projek.
Buku Teks ms 51
Menentukan tempoh masa pelaksanaan projek
Memastikan projek mendapat kelulusan kewangan
Membuat dokumentasi bagi aktiviti yang telah dilakukan
Membuat perancangan kos pengeluaran
Tandakan betul (/) bagi jenis-jenis lakaran dalam reka bentuk.
Lakaran peribadi atau contengan
Lakaran perkembangan idea
Lakaran penambahbaikan
Lakaran penerokaan
Lakaran teknikal
Tandakan betul (/) bagi jenis-jenis lakaran dalam reka bentuk.
Lakaran peribadi atau contengan
Lakaran perkembangan idea
Lakaran penambahbaikan
Lakaran penerokaan
Lakaran teknikal
Antara berikut, tandakan betul (/) bagi Peranan Lakaran dalam Reka Bentuk.
Mempercepat pembangunan konsep.
Menentukan saiz produk
Eksplorasi visual
Membuat anggaran kos
Asas komposisi untuk ilutrasi
Berdsarkan penyataan di bawah, padankan definisi yang sesuai dengan penyataan tersebut:
(LAKARAN YANG MENUNJUKKAN SATU PANDANGAN SAHAJA)
Lakaran 3D
Lakaran 2D
Lakaran seni
Lakaran Rendering
Berikut merupakan alatan asas yang digunakan dalam menghasilkan lakaran, kecuali?
Lilin
Pastel kapur
Arang
Pen penanda
Nyatakan TIGA peranan lakaran dalam reka bentuk?
Asas komposisi untuk ilustrasi
Memudahkan kerja
Medium komunikasi pelanggan
Penyelesaian perincian visual
Membuat mock-up
Apakah ciri-ciri lakaran peribadi atau contengan?
Bermaklumat
Tidak kemas
Tidak tersusun
Dilukis menggunakan perisian komputer
Pilih kaedah untuk membuat lakaran piktorial di atas dengan nama yang betul.
Lakaran perspektif
Lakaran oblik
Lakaran isometrik
Lakaran teknikal
Teknik lakaran piktorial di atas dinamakan sebagai:
lakaran isometrik
lakaran oblik
lakaran perspektif
lakaran perkembangan idea
Lakaran di atas merujuk kepada?
Lakaran penerokaan
Lakaran teknikal
Lakaran perkembangan idea
Lakaran peribadi
