WorksheetsKuiz Peribahasa Thn 4- Unit 10
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
"Kami bulat kata bersetuju memakai tanjak sewaktu berniaga."
Apakah maksud bagi simpulan bahasa di atas?
kata-kata yang tidak boleh dipercayai.
keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.
Sambung petikan perumpamaan di bawah.
Berat sama dipikul, (a)
Tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas membawa maksud....
adat resam, kepercayaan dan semangat tidak akan dilupakan.
alatan yang dibiarkan terkena cuaca hujan dan panas terik, lama-kelamaan akan rosak.
Yang manakah antara contoh sikap berikut menunjukkan pengertian simpulan bahasa berat tulang?
Ali selalu membantu ibunya menyapu sampah di halaman.
Aziz rajin mengusahakan kebun datuknya dengan menanam pokok cili.
Sandra tidak menghiraukan ibunya yang sedang sibuk memasak di dapur.
Jamil hanya tidur setiap kali seluruh ahli keluarganya bergotong-royong membersihkan halaman.
Persahabatan mereka sangat rapat bagai _______________.
anjing dengan kucing.
pungguk rindukan bulan.
isi dengan kuku.
"Memakai tanjak dapat menyanjung adat resam kita seperti kata pepatah adat lama pusaka usang."
Apakah yang dimaksudkan dengan pepatah tersebut?
Adat yang tidak berubah-ubah sejak zaman- berzaman.
Adat yang terlalu lama dan sudah dilupakan.
Setiap kali guru mengajar, Aminah sering bersembang dan sibuk bercerita tanpa menghiraukan gurunya.
Apakah contoh- contoh peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan sikap Aminah?
mulut murai
ringan mulut
banyak mulut
berat mulut
Seseorang yang degil dan tidak mahu mendengar nasihat dikenali sebagai ..............
Hati tungau
Hati perut
Hati emas
Hati batu
Haziq tidak pandai bermain hoki, apatah lagi permainan bola sepak. Dia sering ditertawa dan digelarkan __________ oleh rakan-rakannya.
kaki bangku
kaki lima
kaki judi
kaki botol
Lain padang lain belalang.
Peribahasa ini membawa maksud .......
kawasan yang segar dengan tumbuhan, akan selalu didatangi oleh serangga perosak.
setiap tempat yang dikunjungi mempunyai cara dan adat yang berbeza.
