WorksheetsKUIZ PERIBAHASA TINGKATAN 4 (BUKU TEKS)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud peribahasa?
Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu untu menyampaikan berita, secara rasmi dan tidak rasmi.
Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang berubah-ubah susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu dengan tujuan untuk memberi nasihat, memberi pengajaran, sebagai satu bentuk tuturan, sindiran dan sebagainya.
Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu dengan tujuan untuk memberi nasihat, memberi pengajaran, sebagai satu bentuk tuturan, sindiran dan sebagainya.
Peribahasa ialah frasa atau kumpulan kata yang tidak tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu dengan tujuan untuk memberi nasihat, memberi pengajaran, sebagai satu bentuk tuturan, sindiran dan sebagainya.
Berikut merupakan peribahasa yang terdapat dalam Buku Teks Tingkatan 4 bagi Tema 1 : Merealisasikan Impian...
Berakit - rakit ke hulu, berenang- renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
Ibarat belayar sambil memapan
Hendak belajar berenang, dapatkan itik hendak belajar memanjat, dapatkan tupai
Sudah terhantuk baru tengadah
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Pilih peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu KSSM bagi Tema 2, Insan terdidik negara sejahtera
Zaman Tuk Nadur berkajang kain
Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih
Orang mengantuk disorong bantal
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
umpama kera mendapat bunga
Peribahasa yang terdapat dalam tema 3, Memetik Bintang Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi
hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak sampai ke sebarang
diam-diam ubi berisi, diam-diam ubi berkarat
Maksud bagi peribahasa yang terdapat dalam Tema 3 ; Memetik Bintang Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya
Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku. Namun, apabila sudah mati atau meninggal dunia terserah pula kepada hukum Tuhan
Diam orang berilmu merupakan masa yang digunakan untuk berifikir. Manakala, diam orang bodoh sia-sia sahaja
Baik buruk perangai atau sikap ibu bapa sedikit sebanyak turun kepada anaknya.
Takkan tercapai maksudnya jika tidak mahu berusaha dan bersusah payah
Berikut merupakan peribahasa yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tema 4; Menjulang harapan di bumi bertuah .
Tandakan peribahasa dan maksud yang betul . Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud jika bernasib baik akan selamat dan jika bernasib malang akan binasa
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud orang yang pandai bermain judi akan mendapat keuntungan yang besar
Bertangguh itu pencuri masa bermaksud orang yang mencuri merupakan orang yang tidak menghargai masa
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam bermaksud kalau kita membuang sabut ke dalam sungai, sabut akan timbul dan batu akan tenggelam,
Bertangguh itu pencuri masa bermaksud melakukan tugasan secara bertangguh akan merugikan diri sendiri
Berdasarkan Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 Tema 1 hingga 6
Isikan tempat kosong dengan peribahasa yang betul
Ayahnya membesarkan Katrina dan adik beradiknya hasil (a) dan pendapatan menjual barangan kitar semula yang dicarinya setiap hari.
Sebagai pelajar yang ingin berjaya, kita perlulah sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh dan bijak mencari pembimbing untuk membimbing dalam menuntut ilmu bagi sesuatu bidang. Hal ini sesuai dengan peribahasa (a)
Ana (a) kerana dia terpaksa. Jika dia tidak melakukan kerja sambilan, wang untuk membiayai pendidikannya di universiti akan berkurangan.
Aleeya Idalis, Hilmee dan Tini umpama (a) apabila mereka bertiga mendapat hadiah yang diimpikan dan dihajati selama ini daripada guru Bahasa Melayu kerana telah mendapat A+ dalam subjek Bahasa Melayu.
