Font size
WorksheetsBab 4 Jadual Berkala Unsur
Total questions: 50
Worksheet time: 31mins
Antara berikut, yang manakah merupakan pernyataan yang benar mengenai Jadual Berkala Unsur?
Terdapat 18 Kumpulan dan 8 Kala dalam Jadual Berkala Unsur
Kala merupakan lajur-lajur unsur yang menegak
Kumpulan merupakan baris-baris unsur yang mengufuk
Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron valens yang sama disusun dalam kumpulan yang sama
Ahli-ahli sains yang menyumbang kepada pengelasan unsur dalam Jadual Berkala Unsur adalah seperti berikut, kecuali
John Newlands
Lothar Meyer
Anton Mendeleev
Henry Moseley
Dalam Jadual Berkala Unsur, R dan S terletak dalam kumpulan yang sama. Sekiranya nombor proton R adalah 19, apakah susunan elektron untuk unsur S?
2.8.1
2.8.7
2.8.8.2
2.8.8.5
Saiz atom unsur Kumpulan 18 semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Ini disebabkan oleh
pertambahan bilangan elektron
takat lebur dan takat didih unsur semakin berkurang
kadar keterlarutan dalam air semakin bertambah
pertambahan bilangan petala yang terisi dengan elektron
Kereaktifan unsur Kumpulan 17 semakin berkurang apabila menuruni Kumpulan 17. Ini disebabkan oleh
saiz atom berkurang menuruni kumpulan
takat didih dan takat lebur semakin berkurang
warna unsur semakin gelap menuruni kumpulan
daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin lemah
Unsur ini mempunyai nombor pengoksidaan yang berbeza serta membentuk sebatian yang mempunyai warna yang berbeza. Unsur ini merupakan unsur
metaloid
amfoterik
peralihan
logam alkali bumi
Namakan unsur yang digunakan sebagai mangkin dalam Proses Ostwald untuk menghasilkan asid nitrik.
Nikel
Platinum
Besi
Vanadium(V) oksida
Baris melintang pada Jadual Berkala dikenali sebagai
Kumpulan
Kala
Siapakah saintis yang mencadangkan Hukum Oktaf?
John Newlands
Antoine Lavoisier
Lothar Meyer
Henry Moseley
Apakah nama bagi unsur-unsur dalam Kumpulan 17 Jadual Berkala?
Logam Alkali
Logam Alkali Bumi
Halogen
Gas Adi
Pada bahagian manakah terletaknya unsur-unsur yang bersifat logam pada Jadual Berkala?
Sebelah kiri
Di tengah-tengah
Sebelah kanan
Nyatakan kedudukan Kalsium pada Jadual Berkala.
Kumpulan 4, kala 2
Kumpulan 2, kala 4
Kumpulan 13, kala 2
Kumpulan 1, kala 4
Rajah menunjukkan kaedah menyimpanan unsur logam
Mengapakah kaedah ini digunakan?
Untuk mengelakkan daripada tindak balas dengan cahaya matahari
Unsur itu adalah reaktif dan mudah meruap
Unsur itu adalah toksik dan berbahaya
Untuk mengelakkan daripada tindak balas dengan oksigen dalam udara
Keelektronegatifan ialah kebolehan unsur untuk menerima elektron bagi membentuk ion negatif. Antara unsur-unsur kumpulan 17 berikut yang manakah lebih elektronegatif?
Flourin
Bromin
Klorin
Iodin
Natrium sangat mudah bertindak balas dengan air untuk menghasilkan natrium hidroksida dan gas hidrogen.
Manakah persamaan tindak balas kimia yang seimbang?
Na + H2O --> NaOH + H2
Na + H2O --> NaO2 + 2H
2Na + 2H2O --> 2NaOH + H2
Na + H2O --> NaO + H2
Unsur yang manakah boleh membentuk sebatian berwarna?
I Kalium
II Barium
III Ferum
IV Kuprum
I dan II
II dan III
III dan IV
II dan IV
Unsur Y berada di bawah kalium dalam kumpulan yang sama pada Jadual Berkala. Tentukan formula hasil dan
kereaktifan tindak balas Y dengan klorin berbanding tindak balas antara kalium dengan klorin.
YCl2, Kurang reaktif
YCl2, Lebih reaktif
YCl, Kurang reaktif
YCl, lebih reaktif
Unsur X terletak dalam kumpulan yang sama dengan natrium dalam Jadual Berkala Unsur. Antara berikut yang manakah sifat X?
I. Membentuk satu oksida berasid.
II. Membentuk sebatian berwarna.
III. Membentuk satu larutan alkali apabila bertindak balas dengan air.
IV. Membentuk satu garam terlarutkan apabila bertindak balas dengan klorin.
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Apabila merentasi Kala 3, sifat oksida berubah daripada oksida bes kepada oksida amfoterik dan kemudian oksida asid. Antara berikut yang manakah merupakan oksida amfoterik?
Na2O
Al2O3
MgO
P4O10
Antara berikut, yang manakah adalah satu gas monoatom?
Oksigen
Fluorin
Helium
Nitrogen
Unsur Y terletak dalam kumpulan yang sama dengan klorin dalam Jadual Berkala Unsur. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang Y?
Membentuk ion Y+
Membentuk oksida bes
Wujud sebagai monoatom
Mempunyai tujuh elektron valens
Rajah 2 menunjukkan Jadual Berkala yang tidak lengkap.
Unsur manakah yang dikenali sebagai gas nadir?
W
X
Y
Z
Rajah 3 menunjukkan satu unsur dalam Jadual Berkala.
Berapakah bilangan neutron di dalam atom unsur tersebut?
14
15
16
32
Rajah 4 menunjukkan sebuah litar lengkap. Mentol tidak menyala apabila bahan Q disambungkan ke dalam litar.
Antara yang berikut, yang manakah bahan Q tersebut?
Ferum
Sulfur
Kuprum
Aluminium
Rajah menunjukkan perwakilan piawai bagi unsur X.
Antara berikut, yang manakah benar tentang X?
A. Atom X mempunyai 35 neutron
B. X kekal sebagai pepejal dalam suhu bilik
C. Susunan electron atom X ialah 2.8.8
D. X adalah dalam kumpulan 17 dan kala 3 di dalam Jadual Berkala Unsur.
Susunan elektron bagi atom gas adi boleh diwakili oleh
2.1
2.8
2.8.4
2.8.7
Yang manakah pernyataan berikut adalah benar tentang unsur G?
I. Ianya terletak dalam Kala 3 jadual berkala.
II. Ianya terletak dalam Kumpulan 13.
III. Ion bagi G ialah G3-.
IV. G membentuk sebatian ion dengan formula G2O3
apabila bertindak balas dengan oksigen
I dan II sahaja
II dan IV sahaja
II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
Sifat unsur akan berubah apabila merentasi kala dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala. Yang manakah benar tentang perubahan tersebut?
Takat didih meningkat
Sifat oksida bes meningkat
Kekonduksian elektrik meningkat
Keelektronegatifan meningkat
Apakah bahan yang sesuai untuk membuat badan kapal terbang?
Apakah nama logam yang digunakan dalam alat ini?
Plumbum
Indium
Merkuri
Kadmium
apakah nombor pengoksidaan ferum dalam FeCl3
+1
+2
+3
Apakah ciri-ciri istimewa bagi unsur kumpulan ini?
Mempunyai nombor pengoksidaan yang berbeza
Bertindak sebagai penebat haba
Bertindak sebagai mangkin
Membentuk sebatian ion yang tidak berwarna
Apakah warna bagi ion Fe2+ ?
Biru
Ungu
Kuning
Hijau
Satu eksperimen dijalankan menggunakan Logam alkali dengan air. Didapati hasil tindakbalas adalah larutan tidak berwarna dan gas X. Apakah kaedah yang sesuai untuk menguji gas X tersebut?
Letakkan kayu uji bernyala di mulut tabung uji yang mengandungi gas X, bunyi pop terhasil
Letakkan kayu uji berbara di dalam tabung uji yang mengandungi gas X, kayu uji berbara menyala
Lalukan gas X ke dalam air kapur, air kapur menjadi keruh
Logam X bergerak perlahan di permukaan air.
Logam Y bergerak cepat di permukaan air.
Logam Z bergerak lebih cepat di permukaan air.
Berdasarkan pemerhatian tersebut , ramalkan Logam Z
Litium
Natrium
Kalium
Apakah nama lain bagi unsur kumpulan 17?
gas adi
halogen
logam alkali
logam alkali bumi
Apakah yang dimaksudkan dengan keelektronegatifan?
kecenderungan sesuatu atom untuk menerima elektron dan menjadi ion negatif
kecenderungan sesuatu atom untuk menderma elektron dan menjadi ion negatif
kecenderungan sesuatu atom untuk menerima elektron dan menjadi ion positif
kecenderungan sesuatu atom untuk menderma elektron dan menjadi ion positif
Apakah cas ion yang terbentuk apabila atom kumpulan 17 mencapai susunan oktet?
-1
+1
-2
+2
Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa kereaktifan unsur Kumpulan 17 berkurang apabila menuruni kumpulan itu?
Keadaan fizik bagi unsur berubah daripada gas kepada cecair dan kemudian kepada pepejal pada suhu bilik
Daya tarikan antara elektron valens dengan nukleus semakin lemah
Elektron valens semakin dekat dengan nukleus
Takat lebur bagi unsur menurun
Unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden disusun mengikut
urutan jisim atom relatif
urutan nombor proton menaik
urutan nombor nukleon menaik
bilangan elektron valens
Salah satu kebaikan pengelasan unsur secara sistematik dalam Jadual Berkala Unsur adalah
Bagi memudahkan ahli sains untuk memilih atom
Bagi meramal sifat kimia sesuatu unsur
Bagi mengetahui bilangan neutron dalam unsur
Bagi mengenal pasti ahli sains yang menemui unsur tersebut
Kala adalah.... dalam JBU
baris melintang
jalur menegak
Gas adi seperti...
gas Argon
gas Oksigen
gas Hidrogen
Maksimum bilangan elektron petala pertama ialah...
8
1
2
Kedudukan elektron valens di petala...
awal
tengah
terakhir
Susunan elektron bagi atom karbon, C
1.5
2.2.2
2.4
Unsur....... untuk mengisi lampu papan iklan
Helium
Neon
Argon
Unsur ........... untuk membentuk oksida berasid
Klorin
Natrium
Kuprum
Ciri istimewa bagi logam peralihan......
pepejal lembut
larut dalam air
boleh bertindak sebagai mangkin
Jadual berkala mengandungi 7 kala. Apakah yang anda perlu tahu mengenai "kala" dalam jadual berkala?
bilangan elektron valens
bilangan petala
bilagan proton
nombor jisim
