NEW
Font size
WorksheetsKata Ganda Berentak
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Nek Jah memasukkan __________ ketika menyediakan hidangan tradisional untuk keluarganya.
kayu-kayan
sayur-mayur
rempah-ratus
rumput-rampai
Rambut pengemis di tepi jalan itu ________ kerana sudah beberapa hari tidak mandi.
lintamg-pukang
kusut-masai
bolak-balik
huru-hara
Sementara menunggu kawannya sampai di perpustakaan itu, Jasni _________ di kaki lima kedai itu.
mundar-mandir
semak-samun
hancur-luluh
susup-sasap
“Orang yang bijaksana memang tidak gemar bercakap tentang perkara yang _________,” ujar Cikgu Latifah kepada murid-muridnya
hiruk-pikuk
ramah-tamah
remeh-temeh
gembar-gembur
Mulut ayah __________ ketika membaca doa tadi.
comot-momot
kumat-kamit
lekuk-lekak
ulang-alik
Pada waktu petang, kami selalu berbual- bual sambil memerhatikan kenderaan yang ________ di jalan raya.
lalu-lalang
simpang-siur
gegak-gempita
gempar-gembur
Berikut merupakan jenis kata ganda berentak, kecuali
kata ganda berentak pengulangan vokal
kata ganda penuh
kata ganda berentak pengulangan konsonan
kata ganda berentak bebas
Kata ganda berentak ialah
kata yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya.
kata yang melibatkan seluruh kata dasar digandakan tanpa sebarang perubahan.
kata yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu.
“Kita tidak perlu ______ dengan kekalahan yang sekali ini. Berusaha lebih giat lagi untuk pertandingan seterusnya,”nasihat Cikgu Martini.
pucat-lesi
riuh-rendah
keluh-kesah
gopoh-gapah
Mi goreng di dalam pinggan itu ________ dimakan oleh Malik yang kelaparan itu.
saki-baki
licin-licau
huru-hara
kusut-masai
