Font size
WorksheetsT1P26.2 Sumbangan Khulafa' Ar Rasyidin
Total questions: 20
Worksheet time: 9mins
Sumbangan Saidina Abu Bakar r.a ialah ..........
(pilih lebih dari satu jawapan)
Meneruskan cita-cita Rasulullah saw menghantar pasukan Usamah bin Zaid ke sempadan negeri Syam.
Menetapkan wang sara hidup kepada rakyat
Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran.
Memerangi golongan yang enggan membayar zakat, golongan murtad & nabi palsu.
Membina markaz tentera di Parsi dan di sempadan Syria.
- Menubuhkan Majlis Syura
- Menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.
Pernyataan di atas merujuk kepada sumbangan _________
Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Umar bin Al-Khattab
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Ali bin Abi Talib
Sumbangan Saidina Usman bin Affan r.a ialah ..........
(pilih lebih dari satu jawapan)
Berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dengan memberi peluang pekerjaan.
Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran.
Memerangi golongan yang enggan membayar zakat, golongan murtad & nabi palsu.
Membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat al-Quran yang dikenali sebagai "Mashaf Usmani"
Sumbangan Saidina Ali bin Abu Talib r.a ialah ..........
(pilih lebih dari satu jawapan)
Berusaha meningkatkan pendapatan rakyat dengan memberi peluang pekerjaan.
Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
Membina markaz tentera di Parsi & di sempadan Syria.
Meneruskan kutipan jizyah.
Membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat al-Quran yang dikenali sebagai "Mashaf Usmani"
Apakah keistimewaan 4 orang sahabat nabi ini sehingga mereka terpilih sebagai Khulafa' Ar-Rasyidin?
(pilih lebih daripada satu jawapan)
Sentiasa berdamping dengan Rasulullah saw sewaktu hidup baginda.
Mempunyai hubungan kerabat engan baginda.
Corak pemerintahan mereka berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah.
Merupakan golongan bangsawan yang berpengaruh.
Menitikberatkan konsep Syura dalam pemerintahan.
> Memerangi golongan murtad / nabi palsu / orang yang enggan membayar zakat.
> Melantik khalifah selepasnya dengan tujuan memelihara perpaduan ummah.
Perkara di atas berkaitan dengan polisi pentadbiran Khalifah.......
Saidina Umar bin al-Khattab
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Ali bin Abi Talib
Saidina Abu Bakar as-Siddiq
Tandakan polisi pentadbiran Saidina Umar bin al-Khattab dalam pentadbiran Kerajaan Khulafa' ar-Rasyidin.
Menyusun semula pentadbiran tanah.
Menubuhkan jabatan baru seperti Dewan al-Jundi dan Dewan al-Kharaj
Menubuhkan pasukan polis dan tentera laut.
Melarang para sahabat meninggalkan Kota Madinah kecuali dengan izin.
Tandakan sumbangan Saidina Uthman bin Affan.
Membuka ruang kepada sesiata sahaja yang ingin berjihad.
Menggunakan harta kekayaan untuk kesejahteraan negara.
Mengumpul dan membukukan al-Quran.
Memperkuatkan pasukan tentera darat dan laut.
> Menukar pegawai keturunan Umaiyah dengan pegawai baru
> Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan.
Pernyataan di atas merujuk kepada polisi pentadbiran khalifah?
Khalifah pertama dan ke-4
Khalifah pertama dan ke-2
Khalifah Ke-2 dan ke-3
Khalifah ke-3 dan ke-4
Antara sumbangan Umar Bin Al-Khattab ialah meneruskan kutipan Jizyah terhadap golongan Zimmi. Adakah kenyataan ini betul atau salah?
Betul
Salah
Sumbangan dari Ali bin Abi Thalib ialah mengutip kutipan Jizyah dari golongan Zimmi. Adakah kenyataan ini betul atau salah?
Betul
Salah
Siapakah khalifah yang tidak membenarkan sahabat meninggalkan kota madinah tanpa izin?
Abu bakar as siddiq
Umar al khatab
Ali bin abi talib
Uthman bin affan
Apakah maksud Dewan Al-Janad
Jabatan Pertanian
Jabatan Perubahan
Jabatan Hasil
Jabatan Ketenteraan
Antara sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khatab semasa menjadi Khalifah adalah
menubuhkan jabatan baru utk melicinkan pentadbiran
mendermakan harta kekayaan utk negara
memansuhkan cukai jizyah seorang yahudi
menghaduskan golongan murtad
Di manakah pusat pemerintahan Kerajaan Khulafa' ar-Rasyidin?
Madinah
Makkah
Damsyik
Baghdad
Tandakan sumbangan Saidina Uthman bin Affan.
Mengumpul dan menulis semula naskah al-Quran.
Menyelaras bacaan (qiraah) dan penulisan mushaf al-Quran.
Pembukaan wilayah baharu Islam.
Menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama.
Khalifah ini menentang golongan riddah, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat.
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
Khalifah Ali Bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan
Khalifah Umar Bin Al-Khattab
Khalifah yang melonggarkan penggunaan harta Baitul Mal dan membenarkan para sahabat meninggalkan Madinah.
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
Khalifah Ali Bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan
Khalifah Umar Bin Al-Khattab
Pencapaian politik pada zaman pemerintahan khalifah Usman bin Affan adalah :
Pembukaan wilayah baharu di Iraq dan Syam
Berjaya mematahkan pemberontakan dan penakhlukan serta meluaskan kuasa wilayah islam
Menubuhkan majlis syura,jabatan percukaian dan jabatan perbendaharaan negara
Beliau telah menangguhkan hukuman qisas terhadap pembunuh khalifah Usman kerana keadaan negara yang huru hara. Siapa Khalifah yang mempunyai ciri berpandangan jauh ini :
Khalifah Abu Bakar r.a
Khalifah Umar Al-Khatab r.a
Khalifah Uthman bin Affan r.a
Khalifah Ali bin Abi Talib r.a
