wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am Sem1 (Latihan 2)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Malaysia memerlukan sempadan sendiri?

I Mengawal pergerakan manusia dan barangan

II Memperluas sumber kekayaan negara

III Menguruskan pilihan raya umum

IV Menjamin keselamatan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Seorang pakar perubatan dari Britain yang telah bekerja di Malaysia selama 11 tahun boleh menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi beberapa syarat secara

a)

pendaftaran

b)

naturalisasi

c)

percantuman wilayah

d)

kuat kuasa undang-undang

3.

Yang manakah bidang kuasa badan perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

I Kabinet meluluskan undang-undang.

II Mahkamah membatalkan undang-undang.

Ill parlimen membuat undang-undang dalam Senarai Persekutuan.

IV Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang dalam Senarai Bersama

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

4.

* Setiap ahli Parlimen dilindungi oleh hak keistimewaan Parlimen dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasa.


Yang manakah yang benar tentang pernyataan di atas?

a)

Ahli Parlimen bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dalam Parlimen

b)

Ahli Parlimen boleh mendedahkan rahsia kerajaan dalam Dewan Rakyat.

c)

Ahli Parlimen tidak boleh didakwa terhadap perkara yang diperkatakan dalam Parlimen

d)

Ahli Parlimen boleh berbahas tentang kedaulatan raja-raja Melayu dalam sidang Parlimen

5.

Kekosongan kerusi Dewan Rakyat berlaku apabila Ahli Parlimen kawasan tersebut

a)

diisytiharkan muflis dan belum dilepaskan

b)

didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh

c)

dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan

d)

didapati gagal mengisytiharkan jumlah harta yang dimilikinya kepada Speaker Dewan

6.

Dasar tiada pemberian hadiah (no gift policy) yang diamalkan oleh syarikat kepentingan kerajaan ialah satu amalan tadbir urus baik yang berkaitan dengan prinsip

a)

Mengutamakan pelanggan

b)

berkesan (efektif)

c)

integriti

d)

telus

7.

Teguran: Pemeriksaan rekod penyata kewangan tahunan agensi X didapati tidak mematuhi prosedur pembayaran dan terdapat amalan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan


Yang manakah agensi yang mengeluarkan teguran di atas?

a)

Jabatan Audit Negara

b)

Jabatan Akauntan Negara

c)

Jawatankuasa Akaun Awam

d)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

8.

Pihak berkuasa yang manakah yang bertanggungjawab dalam menangani isu pemerdagangan manusia?

a)

Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah

b)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

c)

Agensi Keselamatan Sempadan

d)

Majlis Keselamatan Negara

9.

Yang manakah kesan pengamalan tadbir urus baik sektor awam?

a)

Menarik kedatangan pelabur-pelabur dari luar

b)

Meningkatkan imej perkhidmatan awam

c)

Mencapai misi nasional yang ditetapkan

d)

Merancakkan pembangunan negara

10.

Berdasarkan rajah di atas, apakah jenis sistem kerajaan tersebut?

a)

Kerajaan Persekutuan

b)

Kerajaan Konfederasi

c)

Kerajaan Pusat

d)

Kerajaan Kesatuan

11.

Yang manakah benar tentang ahli Kabinet?


I Perlu bertindak secara kolektif

II Dilantik oleh Perdana Menteri

III Merupakan ahli Parlimen

IV Memegang jawatan sehingga umur 60 tahun

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

12.

Yang manakah merupakanpunca-punca hasil Kerajaan Negeri?


I. Hasil duti rokok dan minuman alkohol

II. Hasil daripada harta karun

III. Hasil tanah, galian dan hutan

IV. Denda daripada mahkamah awam

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

13.

Pernyataan yang manakah benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan?


I. Mengarah penutupan tempat perniagaan yang kotor

II. Mendaftar dan mengeluarkan lesen perniagaan

III. Mengenakan kompaun terhadap kesalahan yang melibatkan papan iklan perniagaan

IV. Menggubal undang-undang kecil berkaitan tanah negeri bagi kegunaan premis perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

Kesan pengurangan karenah birokrasi dalam urusan kaunter di pejabat kerajaan ialah

a)

Tahap kepuasan pelanggan meningkat

b)

Bilangan pegawai kaunter bertambah

c)

Waktu berurusan di kaunter dipendekkan

d)

Keselesaan di kaunter perkhidmatan bertambah baik

15.

I. Kuasa mentafsir Perlembagaan

II. Kuasa mentafsir undang-undang


Kuasa di atas diperuntukkan oleh

a)

Mahkamah Persekutuan kepada Mahkamah Tinggi

b)

Majlis Raja-Raja kepada pihak mahkamah

c)

Perlembagaan Malaysia kepada pihak mahkamah

d)

Perlembagaan Malaysia kepada pihak Parlimen