WorksheetsFalak Syar'ie
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
وَهُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَۖ كُلّٞ فِي فَلَكٖ يَسۡبَحُونَ
(Surah Al-Anbiya: Ayat 33)
Apakah terjemahan bagi ayat diatas?
Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.
Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya.
Ilmu Falak merupakan ilmu yang mempelajari tentang _________ benda-benda langit, matahari, bulan, bintang, dan sebagainya.
keistimewaan
posisi
kelemahan
turun dan naik
Berikut merupakan keperluan mengetahui Ilmu Falak, kecuali?
dengan mengenal alam, manusia dapat mengenali keagungan dan sifat khaliq Allah S.W.T
mengetahui Ilmu Falak dapat menggilap hati manusia (tawadhu' dan fakir)
dapat belajar ilmu asas komputer dan teknologi
mengetahui Ilmu Falak dapat membentuk pengalaman dan mengubah tingkah laku
Bagaimanakah terjadinya gerhana bulan penuh?
Kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari dalam satu garisan lurus
Bulan, matahari dan bumi berada pada orbit yang hampir sama
Matahari berada tegak di atas Kaabah
Bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garisan yang sama.
Berikut merupakan jenis-jenis gerhana bulan, kecuali?
Gerhana bulan kecil
Gerhana bulan penumbra
Gerhana bulan penuh
Gerhana bulan separa
Apakah kepentingan fenomena gerhana?
penentuan kalendar baru atau lama
memberi semakan kepada hitungan waktu ijtimak
penentuan waktu solat
penentuan arah kiblat
Bagaimanakah terjadinya gerhana matahari?
Bumi berada di antara Matahari dan Bulan pada satu garisan yang sama.
Bumi, Matahari dan Bulan berada pada orbit yang hampir sama.
Kedudukan bulan terletak di antara Bumi dan Matahari dalam satu garisan lurus.
Matahari berada tegak di atas Kaabah.
Apakah nama solat sunat yang dilakukan ketika berlakunya gerhana matahari?
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Kusuf
Apakah nama solat sunat yang dilakukan ketika berlakunya gerhana bulan?
Solat Sunat Khusuf
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Hajat
Bagaimanakah Istiwa' A'dzam berlaku?
Kedudukan Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari dalam satu garisan lurus.
Fenomena dimana Matahari berada betul-betul tegak diatas Kaabah.
Bumi berada di antara Matahari dan Bulan pada satu garisan yang sama.
Bumi, Matahari dan Bulan berada pada orbit yang hampir sama.
أَفَلَمۡ يَنظُرُوٓاْ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَوۡقَهُمۡ كَيۡفَ بَنَيۡنَٰهَا وَزَيَّنَّٰهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٖ
(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang? (Surah Qaaf: Ayat 6)
Apakah fakta berkaitan Ilmu Falak yang berkait dengan ayat Al-Quran di atas?
Kitaran hidup sebuah bintang akan berakhir apabila gas hidrogen di dalam bintang sudah habis digunakan untuk menjana tenaga.
Terdapat sebuah jenis kalendar yang menggunakan kiraan bulan iaitu kalendar hijrah.
Perhiasan di langit boleh ditafsirkan sebagai planet-planet dan bintang-bintang. Planet di dalam Sistem Suria kita ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun.
Langit yang dekat boleh dikatakan sebagai langit yang manusia boleh lihat di angkasa. Sistem Suria kita berada di dalam Galaksi Bimasakti.
فَإِذَا ٱلنُّجُومُ طُمِسَتۡ
Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap; (Surah Mursalat: Ayat 8)
Apakah fakta berkaitan Ilmu Falak yang berkait dengan ayat Al-Quran di atas?
Perhiasan di langit boleh ditafsirkan sebagai planet-planet dan bintang-bintang. Planet di dalam Sistem Suria kita ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun.
Terdapat sebuah jenis kalendar yang menggunakan kiraan bulan iaitu kalendar hijrah.
Langit yang dekat boleh dikatakan sebagai langit yang manusia boleh lihat di angkasa. Sistem Suria kita berada di dalam Galaksi Bimasakti.
Kitaran hidup sebuah bintang akan berakhir apabila gas hidrogen di dalam bintang sudah habis digunakan untuk menjana tenaga.
هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ ٱلشَّمۡسَ ضِيَآءٗ وَٱلۡقَمَرَ نُورٗا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعۡلَمُواْ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلۡحِسَابَۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ يُفَصِّلُ ٱلۡأٓيَٰتِ لِقَوۡمٖ يَعۡلَمُونَ
Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). (Surah Yunus: Ayat 5)

إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. (Surah As-Saffat: Ayat 6)
Apakah fakta berkaitan Ilmu Falak yang berkait dengan ayat Al-Quran di atas?
Perhiasan di langit boleh ditafsirkan sebagai planet-planet dan bintang-bintang. Planet di dalam Sistem Suria kita ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun.
Langit yang dekat boleh dikatakan sebagai langit yang manusia boleh lihat di angkasa. Sistem Suria kita berada di dalam Galaksi Bimasakti.
Kitaran hidup sebuah bintang akan berakhir apabila gas hidrogen di dalam bintang sudah habis digunakan untuk menjana tenaga.
Matahari merupakan alat untuk manusia menentukan hari di dalam satu tahun di bumi. Laluan matahari di dalam Sfera Samawi (celestial sphere) dipanggil garisan ekliptik.