Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

1. Para ________tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa burni dan tsunami.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

sukarelawan

2.

2. Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak_________ tikus.

a)

digerit

b)

digigit

c)

dikesip

3.

Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu___________ ruang tamu___________ ruang dapur rumahnya.

a)

dari....ke

b)

dari...kepada

c)

daripada....ke

d)

daripada....kepada

4.

Halinah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit dengan tuduhan jenayah kolar putih.

a)

sungguh percaya benar

b)

teramat percaya benar

c)

sangat percaya benar

d)

percaya benar

5.

Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.

a)

anugerahkan atlet paralimpik

b)

menganugerah atlet paralimpik

c)

menganugerahi atlet paralimpik

d)

menganugerahkan atlet paralimpik

6.

Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

a)

Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa.

b)

Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak.

c)

Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan

betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.

d)

Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan

7.

Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan.

a)

Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara

b)

Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysla untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran tanah air.

c)

Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan.

d)

Jika kita berpegang pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan.

8.

Ayril benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

ada hati

b)

bulat hati

c)

besar hati

d)

berat hati

9.

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajarannya.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

alang-alang berdakwat biar hitam

d)

pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air

10.

Apabila ____________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.

a)

termangu

b)

terngiang

c)

terimbas

d)

terkenang

11.

Ibu membeli ____________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.

a)

secekak

b)

selonggok

c)

seikat

d)

setangkai

12.

Suasana di rumah Puan Shanti ____________ dengan suara cucu-cucunya yang pulang bercuti.

a)

riuh-rendah

b)

kucar-kacir

c)

kelam-kabut

d)

huru-hara

13.

Para penonton yang hadir terhibur ____________ persembahan kumpulan nasyid itu.

a)

oleh

b)

dengan

c)

akan

d)

atas

14.

Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer.

a)

dari dua kilometer setengah

b)

daripada dua kilometer setengah

c)

daripada dua setengah kilometer

d)

dari dua setengah kilometer

15.

Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.

a)

Gula-gula yang saya belikan

b)

Gula-gula yang dibeli oleh saya

c)

Semua gula-gula yang saya beli

d)

Semua gula-gula yang dibeli oleh saya