Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tahun 6 : Bahan Buangan

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud bahan buangan?

a)

Bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan.

b)

Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

c)

Bahan yang terhasil daripada proses fotosintesis.

2.

Apakah contoh bahan sisa toksik?

a)

najis haiwan

b)

asap daripada kilang

c)

sisa makanan

3.

Dari manakah sisa kumuh dan tinja?

a)

haiwan yang telah mati

b)

urin dan tinja

c)

pokok yang telah mati

4.

Simbol ini terdapat pada bekas bahan toksik. Apakah maksud simbol ini?

a)

Mengandungi bahan yang mengandungi mikroorganisma berbahaya.

b)

Mudah terbakar

c)

Mengandungi bahan beracun dan menyebabkan jangkitan

5.

Hampas sayuran adalah contoh sisa ________

a)

plastik

b)

bahan kumuh dan tinja

c)

makanan

6.

Contoh bahan buangan terbiodegradasikan ialah ______

a)

sisa toksik

b)

sisa makanan

c)

plastik

7.

Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan?

a)

bahan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma

b)

bahan yang tidak boleh direputkan oleh mikrrorganisma

c)

Bahan yang mudah terbakar

8.

Bahan buangan yang manakah boleh mencemarkan alam sekitar?

a)

Bahan buangan terbiodegradasikan

b)

Bahan buangan tidak terbiodegradasikan

9.

Bahan plastik mengambil masa lebih lama untuk mereput secara semulajadi. Ini bermakna plastik merupakan ___

a)

bahan buangan terbiodegradasikan

b)

bahan buangan tidak terbiodegradasikan

10.

Linda membuang sisa makanan di belakang rumahnya. Selepas sebulan, sisa makanan tersebut telah tiada. Ini bermakna ____

a)

sisa makanan tersebut adalah daripada bahan buangan tidak terbiodegradasikan

b)

sisa makanan tersebut sudah mereput kerana tindakan mikroorganisma

c)

sisa makanan tersebut telah diserap oleh matahari

11.

Ali telah membuang dan menimbuskan kereta mainannya di dalam tanah di belakang rumahnya. 10 tahun kemudian, sewaktu dia mengorek tanah di belakang rumahnya, dia terjumpa semula kereta mainan yang pernah di ditanamnya dahulu dan masih dalam keadaan elok.


Mengapakah kereta mainan tersebut masih elok lagi?

a)

kereta mainan tidak dirosakkan oleh adiknya

b)

kerana kereta mainan tidak terbiodegradasikan oleh mikroorganisma

c)

kerana kereta mainan telah dibiodegradasikan oleh mikroorganisma

12.

Bau busuk yang dihasilkan daripada sisa makanan yang dibuang adalah disebabkan oleh ___

a)

tindakan mikroorganisma dalam proses pengecutan

b)

tindakan mikroorganisma dalam proses pengembangan

c)

tindakan mikroorganisma dalam proses pereputan

13.

Antara bahan buangan berikut, yang manakah boleh dilupuskan dengan cara menimbuskannya di dalam tanah?

a)

beg plastik

b)

botol kaca

c)

kulit buah-buahan