WorksheetsKemahiran Asertif
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Zulihsan seorang murid yang mengutamakan hak sendiri dan juga menghormati hak orang lain. Apakah pola tingkah laku beliau?
Agresif
Pasif
Asertif
Emosi
Qistina Hazwani seorang murid yang mengutamakan hak sendiri tetapi ketepikan hak orang lain. Apakah pola tingkah laku beliau?
Agresif
Pasif
Asertif
Submisif
Aidil selalu mengalah sebelum masuk sesuatu pertandingan di sekolahnya. Apakah pola tingkah laku beliau?
Agresif
Pasif
Asertif
Emosi
Alya Balqis selalu menyatakan bahawa dia dan kawan-kawan sekelasnya merupakan murid yang sangat rajin belajar semasa di rumah. Nyatakan pola tingkah laku beliau?
Asertif
Agresif
Pasif
Submisif
Husna selalu mengejek Megat kerana dia tidak suka melihat Megat menang di dalam sesuatu pertandingan di sekolahnya.Apakah pola tingkah laku Husna?
Asertif
Pasif
Agresif
submisif
" Aku lebih cantik daripada Dania, kenapa dia yang menang di dalam pertandingan ratu cantik semalam" kata Nurain kepada Allescha. Nyatakan pola tingkah laku Nurain?
Asertif
Agresif
Pasif
Kemurungan
" Saya berdoa agar semua kawan-kawan di dalam kelas berjaya di dalam peperiksaan. Kita semua boleh berjaya" kata Adam kepada kawan-kawannya. Apakah pola tingkah laku Adam?
Agresif
Pasif
Kemurungan
Asertif
Sufia ialah ketua pengawas sekolah. Beliau bijak menghargai sumbangan setiap pengawas lain dan menghormati serta dihormati semua pengawas. Apakah pola tingkah laku beliau?
Asertif
Agresif
Pasif
Kemurungan
Taip jawapan di tempat kosong.
Kemahiran asertif ialah (a) tingkahlaku yang terbaik untuk pengurusan emosi.
Khairunnisa tidak mahu keluar bermain dengan Solehah. Apakah cara untuk menolak ajakan Solehah secara asertif ?
Awak main sorang-sorang . Saya sibuk nak masak ni.
Saya tak nak lah keluar bermain. Awak mainlah dengan orang lain.
Saya tak suka bermain.
Saya minta maaf Solehah. Saya nak menolong ibu saya di dapur. Nanti bila dah siap, kita main sama-sama ye.
1.Menghormati idea, keperluan dan perasaan orang lain. 2. Menyuarakan perasaan tanpa bertindak agresif.
Pernyataan di atas ialah ciri-ciri utama kemahiran ____?
agresif
pasif
submisif
asertif
" Tak nak lah masuk pertandingan nyanyian di sekolah. Nanti kalah."
Dialog ini merupakan murid yang ________.
Asertif
Pasif
Submisif
Agresif
Huda terlambat menghantar tugasan kerja rumah kepada cikgunya. Sebagai murid yang asertif, apakah pesanan yang akan Huda hantar kepada gurunya?
saya dah siap
Siap. Saya Huda
saya minta maaf cikgu sebab lambat hantar sebab terpaksa bergilir-gilir telefon dengan kakak
ini tugasan Huda
"Tak pa. Tak hantar kerja pdpr hari ni bukannya cikgu marah. Lambat lagi sekolah nak buka". Ayat yang digunakan oleh murid ini merupakan murid yang ____?
Asertif
Pasif
Agresif
Submisif
" Saya agak terbeban semasa pdpr kerana terpaksa berkongsi telefon, tetapi saya akan cuba menyiapkan dan menghantar tugasan kepada cikgu"kata Huda kepada cikgunya. Antara berikut apakah ciri ciri utama kemahiran asertif yang dimiliki Maisarah?
tidak mudah dipergunakan oleh orang lain
menyatakan pendapat secara berterus terang
bijak meluahkan perasaan dan kepentingan dirinya
menghormati idea,keperluan dan perasaan orang lain
