wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Pemahaman 03 Tingkatan 1&2

Total questions: 20

Worksheet time: 36mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat-ayat menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul


i- Saya terpaksa menelan segala kepahitan sebelum berada pada tahap sekarang

ii- Projek pembinaan pasar raya itu menelan belanja yang sangat besar jumlahnya

iii- Berkerut-kerut muka Rosman ketika menelan ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor

iv- Mak Andak menelan semua tomahan daripada penduduk kampung terhadap anaknya yang cacat

a)

i dan ii sahaja

b)

i, ii, dan iii sahaja

c)

ii dan iii sahaja

d)

i, ii, iii dan iv

2.

Pilih ayat yang menggunakan kata hubung dengan betul

a)

Saya suka makan dan badan saya kurus

b)

Saya suka makan tetapi badan saya kurus

c)

Saya suka makan namun badan saya kurus

d)

Saya suka makan pun badan saya kurus

3.

Pilih ayat yang menggunakan kata hubung dengan betul

a)

Penyanyi itu sedar bahawa dia sudah tidak popular seperti dahulu

b)

Penyanyi itu sedar yang dia sudah tidak popular seperti dahulu

c)

Penyanyi itu sedar akan dia sudah tidak popular seperti dahulu

d)

Penyanyi itu sedar tetapi dia sudah tidak popular seperti dahulu

4.

Pilih ayat yang menggunakan kata hubung dengan betul

a)

Abang saya masih di surau sambil menanti ketibaan waktu isyak

b)

Abang saya masih di surau sementara menanti ketibaan waktu isyak

c)

Abang saya masih di surau dengan menanti ketibaan waktu isyak

d)

Abang saya masih di surau tetapi menanti ketibaan waktu isyak

5.

Pilih ayat yang menggunakan kata hubung dengan betul

a)

H1N1 ialah penyakit sebaran udara yang mana berbahaya kepada manusia

b)

H1N1 ialah penyakit sebaran udara yang berbahaya kepada manusia

c)

H1N1 ialah penyakit sebaran udara yang sangat berbahaya kepada manusia

d)

H1N1 ialah penyakit sebaran udara yang akan berbahaya kepada manusia

6.

Pilih penggunaan penjodoh bilangan yang betul

a)

sebuah rumah

b)

sebuah impian

c)

sebuah ikatan

d)

sebuah buku

7.

Pilih ayat-ayat menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


i- Aminah dan Aiman berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan mereka sambil menghirup udara segar

ii- Saya membeli sayur-mayur yang segar di kedai Pak Harun

iii- Alya berasa segar kerana dapat bercuti di Pulau Pinang

iv- Saya menyidai pakaian apabila hari sudah segar

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

ii, iii dan iv sahaja

d)

i, ii, iii dan iv

8.

Pilih ayat yang betul.


i- Kami menaikkan bot ke Pulau Kapas

ii- Festival Wau itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Kelantan

iii- Sekawan lembu sedang meragut rumput di kebun ayah

iv- Para murid-murid memberikan kerjasama dengan baik kepada pengawas ketika perhimpunan.

a)

i dan ii sahaja

b)

ii dan iii sahaja

c)

i dan iv sahaja

d)

iii dan iv sahaja

9.

Pilih ayat yang betul


i- Salmah mendendangkan seuntai sajak di hadapan ibunya

ii - Ibu membelikan adik sepucuk pistol mainan semalam

iii- Mama memasukkan secubit garam ke dalam campuran mi goreng itu

iv- Ayah menelan tiga biji ubat demam

a)

i, ii, dan iii sahaja

b)

ii, iii, dan iv sahaja

c)

i, ii, dan iv sahaja

d)

i, ii, iii dan iv

10.

Pilih ayat yang betul

a)

Berpuluh buah kilang dititup akibat kes COVID-19 meningkat

b)

Berpuluh-puluh buah kilang ditutup akibat kes Covid-19 meningkat

c)

Beratus ekor kambing telah dibeli oleh papa

d)

Beratus-ratus ekor kambing telah dibeli oleh papa

11.

Apakah maksud pribahasa : dimana ada kemahuan, di situ ada jalan?

a)

gigih berusaha untuk berjaya walaupun menghadapi pelbagai cabaran

b)

sentiasa berusaha.

c)

seorang yang pintar menyelesaikan masalah

d)

sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan apa yang dikehendaki

12.

Pilih Peribahasa yang paling sesuai.


Semasa belajar tentang kemahiran membaiki kenderaan agak sukar juga, tetapi kini sudah menjadi mudah kerana

a)

alah bisa tegal biasa

b)

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

c)

belakang parang lagi diasah nescaya tajam

d)

tepuk dada tanya selera

13.

Peribahasa yang berikut membawa seseorang yang dapat menyesuaikan diri serta menurut adat resam di tempat yang didiami, kecuali

a)

di mana bumi dipijak, disitu langit dijinjing

b)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak

c)

seperti hujan, jatuh ke pasir

d)

di mana tanah di pijak, disitu langit dijunjung

14.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i- Bengkel kereta yang diusahakan oleh Abang Zubir semakin maju

ii- Cis, berani sunggung kamu mencuri di kedai saya!

iii- "Sila datang lagi ke gerai buah-buahan saya," kata peniaga itu kepada pelanggannya.

iv- "Harga sebuah bot fiber ini apa?" tanya lelaki itu.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i,ii, dan iii sahaja

d)

ii,iii,dan iv sahaja

15.

Pilih ayat-ayat yang betul.


i- Puan Zurin membawa anaknya pulang ke asrama

ii- Aziz suka membaca bahawa membaca dapat membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuannya

iii- Program Semarak Bahasa itu akan diadakan pada minggu depan

Mail cemerlang dalam pelajaran kerana dia rajin berusaha mencari ilmu

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i,ii, dan iii sahaja

d)

ii,iii,dan iv sahaja

16.

Pekej pelancongan daripada Agensi Pelancongan Arnab itu menawarkan penginapan di _________ bertaraf lima bintang.

a)

hotel

b)

chalet

c)

asrama

d)

apartmen

17.

Hafizi ___________ sebagai peguam di sebuah syarikat guaman tersohor di ibu negara.

a)

belajar

b)

bekerja

c)

bermain

d)

berkursus

18.

Jururawat itu sedang menenangkan seorang pesakit kanak-kanak yang sedang menangis __________ .

a)

terjerit-jerit

b)

teresak-esak

c)

terketar-ketar

d)

terbahak-bahak

19.

Pak Cik Azam menggunakan ___________ untuk mengukur sudut tepat pada kayu itu.

a)

jejari

b)

kekisi

c)

sesiku

d)

kekuda

20.

Kelihatan _______________ sedang melakukan aktiviti pemanasan di tepi padang sebelum pertandingan bola sepak bermula.

a)

orang-orang

b)

tetamu-tetamu

c)

pemain-pemain

d)

pengadil-pengadil