NEW
Font size
WorksheetsPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN FEQAH TAHUN 3
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
Jika tangan anda sakit dan tidak boleh terkena air, apakah yang boleh menggantikan wuduk?
Taharah
Tayammum
Terus solat tanpa wuduk
Apakah yang digunakan untuk bertayammum?
Debu tanah suci
Tepung
Bedak
Manakah yang bukan anggota tayammum?
Tangan
Kaki
Muka
Berapakah rukun tayammum?
2 rukun
3 rukun
4 rukun
Apakah rukun tayammum yang terakhir?
Tertib
Niat
Menyapu debu pada kedua tangan hingga siku
Berikut adalah syarat tayammum kecuali?
Ketiadaan air
Keuzuran
Bosan guna air
Menipiskan debu adalah __________ tayammum.
sunat
harus
syarat sah
Berikut adalah perkara yang membatalkan tayammum, kecuali?
Murtad
Luput waktu solat
Makan dan minum
Pilih hikmah tayammum.
Kemudahan kepada orang yang sihat
Pentingnya ibadat solat
Membuktikan agama Islam itu sambil lewa
Tayammum hanya untuk __________ solat fardu sahaja dan __________ solat sunat.
sekali/ bukan untuk
beberapa/ sekali
sekali/ beberapa
Azan ialah __________ masuk waktu solat fardu dengan lafaz tertentu.
percakapan
pemberitahuan
perbuatan
Iqamat ialah pemberitahuan untuk __________ solat fardu dengan lafaz tertentu.
mendirikan
menghentikan
melengahkan
Apakah hukum azan dan iqamat bagi semua solat fardu?
Wajib
Harus
Sunat muakkadah
Berikut adalah perkara sunat ketika azan dan iqamat, kecuali?
Menghadap kiblat
Duduk ketika azan
Suci daripada hadas
Apakah hikmah azan?
Tanda masuk waktu solat
Bukan syiar Islam
Melatih hidup bermalasan
Apakah hukum menjawab azan apabila mendengarnya?
Harus
Wajib
Sunat
Apakah jawapan bagi lafaz azan berikut?
الصَّلاَةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ
لَا إِلَهَ إِلَّااللهُ
صَدَقْتَ وَبَرَرْتَ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ
Solat ialah perkataan dan perbuatan yang dimulai __________ dan disudahi __________ dengan syarat tertentu.
takbir/ salam
niat/ salam
bismillah/ alhamdulillah
Hukum solat fardu adalah wajib ke atas setiap orang Islam, berakal dan __________.
baligh
besar
tua
Berikut adalah syarat sah solat, kecuali?
Menghadap kiblat
Menutup aurat
Mengetahui kaifiat tayammum
Membaca doa qunut ialah __________.
wajib
sunat ab’ad
sunat hai’at
Pilih pernyataan yang salah untuk sunat hai’at.
Membaca selawat ke atas nabi dalam tahiyyat awal
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram
Membaca doa iftitah
Manakah perkara yang tidak membatalkan solat?
Terbuka aurat
Kedatangan hadas
Batuk dan bersin
Takbir __________ bermaksud berpindah dari rukun kepada rukun yang lain.
muqayyad
intiqal
mursal
Ketika menyebut " إِلَّا اللهُ " dalam tahiyyat, jari __________ hendaklah diangkat.
manis
kelingking
telunjuk
