wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AYAT TANYA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Aliff berkunjung ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu.

a)

Bilakah Aliff berkunjung ke perpustakaan awam ?

b)

Mengapakah Aliff berkunjung ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu?

c)

Adakah Aliff berkunjung ke perpustakaan awam pada setiap minggu?

2.

Jumlah murid yang akan menyertai lawatan itu ialah 35 orang.

a)

Berapakah jumlah murid yang akan menyertai lawatan itu ?

b)

Siapakah yang akan menyertai lawatan?

c)

Mengapakah lawatan itu diadakan?

3.

Soalan:_________________________?

Jawapan: Nama ketua kelas Tahun 2 Orion ialah Mishalene.

a)

Di manakah Mishalene?

b)

Siapakah nama ketua kelas Tahun 2 Orion?

c)

Apakah nama ketua kelas Tahun 2 Orion?

4.

Saya tinggal di Kepala Batas, Pulau Pinang.

a)

Di manakah kamu tinggal?

b)

Siapakah yang tinggal di Kepala Batas, Pulau Pinang?

c)

Mengapakah kamu tinggal di sana?

5.

Pilih ayat tanya yang betul berdasarkan gambar.

Bayi itu menangis kerana lapar.

a)

Bilakah bayi itu menangis?

b)

Mengapakah bayi itu menangis?

c)

Di manakah bayi itu menangis?

6.

Abang Kamal baru pulang dari luar negara.

a)

Siapakah abang kamu?

b)

Siapakah yang baru pulang dari luar negara?

c)

Abang tinggal di mana?

7.

Pilih ayat tanya yang betul.

Arissa dan kawan-kawannya menyanyikan lagu patriotik.

a)

Apakah acara yang sedang dipersembahkan?

b)

Siapakah yang menyanyikan lagu patriotik?

c)

Di manakah acara nyanyian lagu patriotik diadakan?

8.

Pilih ayat tanya yang betul.

Cikgu Siti memanggil saya untuk memulangkan buku.

a)

Mengapakah Cikgu Siti memanggil kamu?

b)

Bilakah Cikgu Siti memanggil kamu?

c)

Siapakah yang memanggil kamu??

9.

Pilih ayat tanya yang betul.

Rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun.

a)

Mengapakah Hari kebangsaan disambut?

b)

Di manakah sambutan Hari Kebangsaan diadakan?

c)

Bilakah rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan?

10.

Buah manggis ini rasanya manis dan sedap sekali.

a)

Berapakah harga manggis ini?

b)

Apakah rasanya buah manggis ini?

c)

Bilakah ayah membeli buah manggis ini?

11.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan berikut:

Khalish dimarahi oleh ibunya kerana memecahkan pasu bunga.

a)

Siapakah yang memecahkan pasu bunga itu?

b)

Mengapakah Khalish dimarahi oleh ibunya?

c)

Adakah Khalish yang memecahkan pasu bunga itu?

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan berikut:

Pameran komputer itu akan diadakan di Dewan Datuk Hassan.

a)

Bilakah pameran komputer itu akan diadakan?

b)

Siapakah yang menganjurkan pameran komputer itu?

c)

Di manakah pameran komputer itu akan diadakan?

13.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan berikut:

Nama anak Puan Farisha yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara ialah Awatif.

a)

Siapakah nama anak Puan Farisha yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara?

b)

Adakah Awatif akan melanjutkan pelajaran ke luar negara?

c)

Di manakah anak Puan Farisha akan melanjutkan pelajaran?

14.

3. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan berikut.


"Swee Lan sedang melukis gambar."

a)

Bagaimanakah Swee Lan melukis gambar?

b)

Bilakah Swee Lan melukis gambar?

c)

Apakah yang sedang dilakukan oleh Swee Lan?

15.

2. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan berikut:


"Wei Han memancing ikan di tepi sungai."

a)

Bagaimanakah Wei Han memancing ikan?

b)

Di manakah Wei Han memancing ikan?

c)

Mengapakah Wei Han memancing ikan?