NEW
Font size
WorksheetsPendidikan Moral Tingkatan 1 ( Unit 1 & 2 )
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Moral berasal daripada bahasa Latin mores yang membawa bermaksud ____________ .
tingkah laku baik, betul dan diterima
tingkah laku cermat dan berhati-hati
tingkah laku yang diamalkan oleh masyarakat
tingkah laku mengikut peraturan dan perasaan
Rahman disaman oleh pihak polis kerana tidak memakai topi keledar ketika menaiki motosikal ke sekolah. Tindakan pihak polis itu merupakan tingkah laku yang __________ .
benar
baik
patut
sesuai
Chan menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid 19. Tindakan Chan merupakan tingkah laku yang________ .
sahih
baik
benar
luhur
Rakan anda sering ponteng kelas kerana tidak meminati mata pelajaran Matematik. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
Merahsiakan daripada guru.
Mengikutnya ponteng kelas.
Menasihatinya agar tidak ponteng.
Membiarkan tindakannya.
Insan bermoral ialah individu yang_________
berfikiran, berperasaan dan mengamalkan perlakuan yang baik dalam semua tindakan.
berfikiran dan berhati-hati dalam semua perlakuan mereka.
berfikiran dan berintegriti dalam semua perlakuan mereka.
berfikiran dan rasional dalam semua tindakan mereka.
Individu yang berperasaan baik termasuklah yang berikut kecuali....
prihatin
empati
berdendam
gembira
Di bawah ini merupakan contoh tingkah laku insan yang bermoral kecuali......
menghulurkan bantuan kepada golongan yang susah.
mengambil wang tanpa pengetahuan ibu dan memberikan kepada fakir miskin.
menghormati kepercayaan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia.
bersahabat tanpa rasa prasangka dengan rakan berlainan agama dan bangsa.
Razif telah disaman oleh pihak polis kerana memandu kereta melebihi had laju yang dibenarkan. Tindakan pihak polis itu merupakan ciri______ individu yang bermoral.
pemikiran
percakapan
perasaan
perlakuan
Mengapakah kita perlu menjadi individu yang bermoral?
Supaya hidup tenang dan sejahtera.
Mendapat banyak peluang perniagaan.
Supaya disanjung oleh masyarakat.
Mendapat keuntungan perniagaan yang banyak.
Di bawah ini ialah kepentingan mempelajari moral kecuali......
menjadi insan yang berakhlak mulia.
mengamalkan integriti.
membentuk perpaduan.
bersikap penting diri sendiri.
Anda sedang memandu kereta dan tiba-tiba terlihat seekor anak kucing berada di atas jalan raya. Apakah tindakan yang patut anda lakukan?
Menelefon pihak bomba.
Meneruskan perjalanan anda.
Membunyikan hon kenderaan anda dan berlalu pergi.
Menghentikan kenderaan dan mengambil anak kucing tersebut serta meletakkannya jauh daripada jalan raya.
Cara hidup yang bermoral meliputi aspek.......
mental, material dan sosial.
fizikal, mental dan agama.
fizikal, mental dan sosial.
mental, kepercayaan dan fizikal.
