wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DRAMA MAHKAMAH

Total questions: 18

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan drama "Mahkamah" apakah tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH I ?

a)

Tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH I ialah dia dituduh membunuh seorang kanak-kanak sedang berjoging yang telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh TERTUDUH I.

b)

Tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH I ialah dia dituduh membunuh seorang nenek tua iaitu Mak Teh yang sedang berjoging dan telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh TERTUDUH I.

c)

Tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH I ialah dia dituduh membunuh sepupunya yang sedang berjoging yang telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh TERTUDUH I.

d)

Tuduhan yang dikenakan ke atas TERTUDUH I ialah dia dituduh membunuh Akinomoto yang sedang berjoging yang telah terpijak kulit pisang yang dibuang oleh TERTUDUH I.

2.

TERTUDUH II dibicarakan atas kesalahan mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia. Tertuduh II dikenali sebagai..

a)

Bulat bin Leper

b)

Akiyamokoto

c)

Mak Teh

d)

Akikino-komokotoko

3.

Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Antara berikut, latar tempat manakah yang tidak terdapat dalam drama Mahkamah.

a)

Di Mahkamah

b)

Di Taman Gagak Putih

c)

Stor JKK Ulu Dungun

d)

Stor JKK Besut

4.

Pengajaran yang terdapat dalam drama "Mahkamah" adalah seperti berikut kecuali..

a)

Kita perlulah prihatin dengan nasib orang miskin yang tidak mampu mengupah peguam sendiri.

b)

Kita mestilah yakin ketika membicarakan sesuatu hujah supaya tidak menimbulkan keraguan.

c)

Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

d)

Kita hendaklah bertindak secara melulu dalam menyelesaikan masalah.

5.

Perwatakan Pendakwa raya seperti berikut kecuali..

a)

Golongan intelektual

b)

Seorang yang bijak berhujah

c)

Seorang yang menjalankan tanggungjawab dengan amanah

d)

Seorang yang meminati gusti

6.

Nilai yang terdapat dalam drama "Mahkamah" ialah nilai kebijaksanaan. Contohnya, pendakwa raya dan peguam bela bijak berhujah semasa di dalam mahkamah.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Berdasarkan drama Mahkamah, apakah masalah yang dihadapi oleh TERTUDUH II ketika dibicarakan.

a)

Masalah yang dihadapi oleh TERTUDUH II ialah dia tidak memahami bahasa Melayu dan meminta pihak pendakwa raya menggunakan bahasa Inggeris semasa berkomunikasi.

b)

Masalah yang dihadapi oleh TERTUDUH II ialah dia tidak memahami bahasa Inggeris dan meminta pihak pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi.

c)

Masalah yang dihadapi oleh TERTUDUH II ialah dia tidak memahami perbicaraan apa yang sedang berjalan.

d)

Tiada jawapan yang berkaitan

8.

Berdasarkan drama Mahkamah, alasan Pendakwa Raya untuk mensabitkan Bulat bin Leper sebagai pembunuh nenek tua ialah sekiranya Bulat bin Leper tidak membuang kulit pisang sudah tentu kambing dapat mengaisnya ke jalan raya dan seorang nenek tua tidak akan mati akibat terpijak kulit pisang tersebut.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Drama mahkamah memaparkan sesi perbicaraan yang melibatkan _________ kes.

a)

tiga

b)

empat

c)

dua

d)

satu

10.

Apakah kes yang didakwa terhadap Bulat bin Leper?

a)

membuang kulit pisang

b)

kematian seorang warga emas

c)

mencuri ibu beruk subsidi

d)

merompak

11.

Apakah kesudahan kes bagi Bulat bin Leper?

a)

Bulat bin Leper mengaku bersalah

b)

Bulat bin Leper dikenakan hukuman penjara

c)

Bulat bin Leper didapati tidak bersalah

12.

Apakah keputusan mahkamah terhadap Akinomoto?

a)

Akinomoto perlu mengembalikan semula ibu beruk yang mengandung kepada tuan beruk tersebut.

b)

Akinomoto perlu membayar denda sebanyak RM5000.00

c)

Akinomoto diarahkan oleh Hakim untuk memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya dan menjaga anak beruk sehingga mencapai umur akil baligh.

13.

Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam drama Mahkamah kecuali

a)

Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan

b)

Masyarakat hakim dan peguam yang tidak menjalankan tugas

c)

Masyarakat miskin yang tidak menyedari hak mereka

d)

Masyarakat yang tidak menitikberatkan bahasa Melayu

14.

Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam drama Mahkamah kecuali

a)

Nilai keadilan

b)

Nilai bijaksana

c)

Nilai prihatin

d)

Nilai berjimat cermat

15.

Berapakah umur Mak Teh Binti Jali?

a)

96 tahun

b)

97 tahun

c)

98 tahun

d)

99 tahun

16.

Dari manakah Akinomoto mencuri beruk subsidi tersebut?

a)

Hutan Lipur

b)

Stor JKK Ulu Dungun

c)

Zoo Negara

d)

Rumah Penghulu

17.

Nyatakan contoh peristiwa bagi latar masa 10 Januari 1988.

4 lines
18.

HAKIM : Oh, itu tak jadi masalah.. kita ada peguam percuma.

Nyatakan gaya bahasa bagi perkataan yang berwarna hijau

a)

Diksi

b)

Repitisi

c)

Metafora

d)

Sinkope