NEW
Font size
WorksheetsPUJUT VOONTM - KUIZ BENTUK KATA 2
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Cikgu Voon sedang mengajarkan Bahasa Melayu kepada murid itu.
Dalam ayat di atas, yang manakah merupakan kata terbitan?
sedang
kepada
Bahasa Melayu
mengajarkan
Pada pagi ini, ibu bergegas-gegas pergi ke pasar raya.
Dalam ayat di atas, yang manakah merupakan kata majmuk?
bergegas-gegas
pada pagi ini
pasar raya
ibu
Perkataan berikut merupakan kata tunggal kecuali
suruhanjaya
maharajalela
bijaksana
bendahara
Kata tunggal boleh menjadi kata ganda apabila mengalami pengulangan.
Betul
Salah
merah-merah, pusing-pusing, kusut-masai, agar-agar
Berdasarkan perkataan di atas, yang manakah ialah kata ganda semu?
merah-merah
pusing-pusing
kusut-masai
agar-agar
Pilih kata majmuk mantap yang betul.
setiausaha
laksamana
gelanggang
jururawat
Yang manakah merupakan ciri-ciri kata terbitan?
hanya menerima imbuhan awalan dan akhiran
tidak membawa apa-apa maksud
terbentuk dengan menggandingkan imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan
hanya terdiri daripada kata kerja
Perkataan 'juruukur' ialah kata terbitan.
Betul
Salah
Perkataan 'serabut' ialah kata tunggal.
Betul
Salah
Apakah ciri-ciri kata majmuk tidak mantap?
Semuanya ialah kata adjektif.
dua atau lebih perkataan yang dieja secara berpisah
tidak boleh ditambahkan imbuhan
dikira sebagai satu perkataan sahaja
Perkataan 'bantuan' menerima imbuhan ________________.
awalan
akhiran
sisipan
apitan
'Batu-batan' dan 'hiruk-pikuk' ialah kata ganda _____________.
penuh
separa
berima
semu
Kata Tunggal tidak boleh berubah menjadi kata terbitan
Betul
Salah
'Ikan air masin' bukan kata majmuk kerana lebih daripada dua perkataan.
Betul
Salah
Yang manakah bukan merupakan ciri-ciri kata tunggal?
tidak menerima imbuhan
tidak mengalami pemajmukan
tidak mengalami penggandaan
tidak boleh dibina ayat
