Font size
WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 (UNIT 8)
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
Sebagai seorang ketua dalam sesebuah komuniti berjiran, kita hendaklah tidak ___________________________ dalam mengambil tindakan datau keputusan.
berprasangka buruk
sama rata
berat sebelah
adil
Kita hendaklah memberi layanan ___________________________ terhadap jiran tanpa mengira agama atau kaum.
sama rata
dingin
pilih kasih
berlebihan
Sikap adil perlu diamalkan dalam mengagihkan sesuatu ___________________________ dalam komuniti berjiran.
amalan
penilaian
latihan
tugasan
___________________________ yang adil dan saksama adalah penting tanpa memilih agama atau bangsa jiran-jiran dalam komuniti yang sama.
Pergaduhan
Pergaulan
Konflik
Permusuhan
Memberi teguran dan nasihat kepada jiran hendaklah dengan cara yang ___________________________.
berkasar
berhemah tinggi
bekerjasama
berseronok
Sikap suka ___________________________ haruslah dihapuskan supaya kita dapat hidup dalam suasana kejiranan yang harmoni.
bekerjasama
bertoleransi
berprasangka buruk
bersyukur
Jeevan ___________________________ oleh jirannya kerana bersikap tidak adil terhadapnya.
disayangi
tidak disenangi
dikasihi
dimuliakan
Sikap berat sebelah terhadap jiran akan ___________________________ terhadap jiran.
merapatkan hubungan
merosakkan kebahagiaan
meningkatkan kemesraan
merenggangkan hubungan
Encik Gomez dan Encik Ramli bersikap ___________________________ semasa menyelesaikan perselisihan anak mereka.
tidak berat sebelah
saling membenci
panas baran
pilih kasih
Saya berasa ___________________________ apabila membuat keputusan yang adil terhadap jiran.
kecewa
berduka
puas hati
rendah diri
Nenek Paro membawa buah betik dari kampung. Nenek meminta Paro mengagihkannya kepada jiran.
Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh Paro?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Mengagihkan kepada jiran yang tinggal sebelah rumah sahaja
Mengagihkan kepada semua jiran
Memberikan buah yang baik kepada semua jiran
Memilih buah yang besar untuk jiran yang disukai
Pasu bunga jiran pecah semasa adik Enggo dan anak jiran bermain bola.
Apakah tindakan yang harus dilakukan dalam situasi ini?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Mereka berdua mesti mengakui kesilapan yang dilakukan
Menuduh anak jiran yang telah menyebabkan pasu pecah
Meminta maaf kepada jiran
Menghilangkan diri selepas melakukan kesalahan tersebut
Kamu memilih rakan jiran yang rapat sahaja untuk bermain bola keranjang.
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Anak jiran yang tidak dipilih berasa dihargai
Menimbulkan rasa tidak puas hati
Mewujudkan suasana kejiranan yang harmoni
Menyebabkan perselisihan faham
Saya hanya mengutip sampah di hadapan rumah jiran yang hadir ke aktiviti gotong-royong.
Mengapakah tindakan ini dianggap tidak adil?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Saya bersikap pilih kasih terhadap jiran
Jiran yang tidak hadir mungkin mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan
Perbuatan saya akan mendapat pujian dari jiran tersebut
Jiran tersebut boleh mengutip sendiri sampah di hadapan rumahnya
Saya menjemput jiran yang berlainan kaum dan agama untuk menghadiri majlis jamuan makan malam.
Bagaimanakah saya boleh bertindak adil untuk melayan
tetamu yang hadir ke majlis itu?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Melayan semua jiran tanpa mengira agama dan kaum
Menyediakan ruang tamu yang berlainan mengikut agama dan kaum jiran
Menyediakan hidangan yang sedikit sahaja
Menyediakan hidangan yang boleh dinikmati oleh semua jiran
