Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah pengasas ideologi komunisme?

a)

Karl Marx

b)

Friedrich Engels

c)

Sir Henry Gurney

d)

Sir Gerald Templer

2.

Apakah parti yang membawa masuk ideologi komunis ke negara kita pada awal tahun 1920-an?

a)

Parti Komunis Cina

b)

Parti Komunis Malaya

c)

Parti Komunis Nanyang

d)

Parti Kuomintang

3.

MPAJA adalah pertubuhan yang dibentuk oleh PKM pada zaman pendudukan Jepun. Apakah tujuan MPAJA ditubuhkan?

a)

Memerangi Jepun

b)

Menyebarkan ideologi

c)

Menuntut kemerdekaan

d)

Menyebarkan propaganda

4.

Berikut adalah undang-undang yang diluluskan oleh British pada tahun 1948.


Trade Union Ordinance no 9


Apakah matlamat undang-undang tersebut diluluskan?

a)

Meyakinkan rakyat

b)

Menangkap komunis

c)

Memulihkan keamanan

d)

Menyekat pengaruh komunis

5.

Gambar menunjukkan landasan kereta api yang disabotaj oleh komunis.

Mengapakah komunis bertindak sedemikian?

a)

Melumpuhkan hubungan perjalanan di Tanah Melayu

b)

Melumpuhkan sistem politik di Tanah Melayu

c)

Memudahkan pergerakan komunis di dalam hutan

d)

Menambahkan kos pentadbiran British

6.

Apakah matlamat PKM mengancam pasukan keselamatan?

a)

Menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu

b)

Membuktikan kekuatan senjatanya

c)

Menunjukkan ketidakupayaan kerajaan

d)

Menakutkan orang awam

7.

i) Anggotanya terdiri daripada orang asli

ii) Dikenali sebagai The Silent Killers


Apakah nama pasukan keselamatan tersebut?

a)

Auxiliary Police

b)

Sarawak Rangers

c)

Home Guard

d)

Senoi Praaq

8.

Siapakah yang mengisytiharkan darurat?

a)

Sir Harold Rowdon Briggs

b)

Sir Edward Gent

c)

Sir Henry Gurney

d)

Sir Gerald Templer

9.

Mengapakah di bawah Undang-undang Darurat diperkenalkan penggunaan kad pengenalan?

a)

Mengawal pergerakan penduduk

b)

Mengawal pergerakan komunis

c)

Mengawal pergerakan British

d)

Mengawal pergerakan pasukan keselamatan

10.

Gambar menunjukkan kawasan penempatan di kampung baru.

Apakah tujuan kawasan penempatan baru ini dibuka?

a)

Memperbaiki taraf hidup masyarakat cina

b)

Mendapatkan sokongan penduduk tempatan

c)

Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen

d)

Mengembangkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu

11.

Perang Saraf dilaksanakan oleh British untuk menghapuskan komunis. Apakah langkah yag diambil dalam Perang Saraf?

a)

Mengenakan perintah berkurung

b)

Melaksanakan pendaftaran kebangsaan

c)

Memenangi kepercayaan orang asli

d)

Menawarkan hadiah wang tunai

12.

Majlis Perundangan Persekutuan mengisytiharkan kempen "Bulan Rakyat Melawan Penjahat". Apakah kejayaan kempen tersebut?

a)

Menyekat aktiviti komunis di hutan

b)

Mengeratkan hubungan antara kaum

c)

Memudahkan penyampaian maklumat

d)

Melindungi penduduk di kawasan pinggir hutan

13.

Pernyataan berikut menunjukkan kawasan yang diwujudkan oleh kerajaan.

Kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung.

a)

Kawasan Putih

b)

Kawasan Hitam

c)

Kawasan Hijau

d)

Kawasan Merah

14.

Apakah kesan Zaman Darurat dari aspek sosioekonomi?

a)

Menjejaskan perkembangan ekonomi

b)

Meningkatkan inflasi

c)

Meningkatkan pemodenan infrastruktur

d)

Meningkatkan kos perbelanjaan

15.

Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa darurat?

a)

Mempertahankan negara daripada musuh

b)

Memajukan ekonomi negara

c)

Menjaga kedudukan pemimpin

d)

Menghargai jasa pemimpin negara