Font size
WorksheetsFaktor Pengaruhi Perubahan VMO
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Rajah di atas menunjukkan faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif.
Apakah Y ?
(Pilih 2 jawapan)
Pembekal
Pihak bank
Modal perniagaan
Lokasi perniagaan
Pernyataan yang berikut menunjukkan kitaran ekonomi.
Tahap ini memberi kesan negatif terhadap perniagaan. Perniagaan perlu mengubah suai visi, misi dan objektif perniagaan.
Apakah tahap yang berkaitan dengan pernyataan di atas?
Melambung
Kemelesetan
Pertumbuhan
Perkembangan
Bagaimanakah dasar fiskal dapat mengawal keadaan ekonomi?
Menggubal Perlembagaan Malaysia
Mengetatkan syarat menjalankan perniagaan
Perubahan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan
Memberhentikan sesetengah perniagaan di pasaran tempatan
Apakah kepentingan untuk mengukuhkan imej sesebuah syarikat?
Meningkatkan kuantiti pengeluaran
Dapat menjual barang pada harga yang murah
Untuk mengubah sistem pengurusan perniagaan
Memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan yang dimiliki oleh Syarikat Jasa untuk mencapai visi perniagaannya?
(Pilih 2 jawapan)
Menjual barang bermutu rendah pada harga yang tinggi
Menggunakan kos yang tinggi dalam proses pengeluaran
Mempunyai teknologi yang canggih dalam proses pengeluaran
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pembeli barangannya
Kegagalan mendapat untung boleh menyebabkan imej perniagaan terjejas.
Apakah kesannya kepada perniagaan?
Sukar untuk mendapatkan pembiayaan bank
Terpaksa membayar pembekal secara tunai
Pengguna tidak akan membeli produk syarikat
Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
Manakah faktor dalaman oganisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Politik
Ekonomi
Undang-undang
Sumber manusia
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organsasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi?
Meningkatkan pembayaran gaji
Membawa masuk teknologi baharu
Meningkatkan bilangan kakitangan
Mengadakan latihan dan pembangunan
Pilih pernyataan yang berkaitan dengan unsur faktor dalaman organisasi.
(Pilih 2 jawapan)
Syarikat berjaya memperkenalkan teknologi baharu dalam operasi pengeluaran
Undang-undang baharu yang diluluskan akan meningkatkan kos operasi syarikat
Para pekerja syarikat memerlukan latihan untuk meningkatkan kemahiran
Keadaan ekonomi meleset telah memberi kesan kepada jualan syarikat
Antara yang berikut, manakah yang merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi visi, misi dan objektif perniagaan?
(Pilih 2 jawapan)
Kekuatan
Kelemahan
Peluang
Ancaman
Maklumat yang berikut berkaitan dengan faktor yang mempengaruhi permintaan untuk sesuatu produk.
Cita rasa pengguna yang berbeza
Budaya dan adat resam yang tidak sama
Umur berbeza-beza
Apakah persekitaran perniagaan berkenaan?
Politik
Ekonomi
Sosiobudaya
Undang-undang
