wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 5 (3AF & 3AR)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang menguasai Sarawak sebelum kurun ke-19?

a)

British

b)

Kesultanan Sulu

c)

Kesultanan Brunei

d)

Ketua-Ketua Tempatan

2.

Apakah tugas seorang pemimpin dalam sistem kesukuan di Sarawak?

a)

Memastikan nilai-nilai tradisi masyarakat diamalkan

b)

Menyelesaikan pertikaian dan memastikan keharmonian

c)

Memupuk amalan kerjasama dan gotong-royong

d)

Menjalankan pentadbiran dan mengutip cukai

3.

Mengapakah penduduk tempatan tidak menyenangi Pangeran Indera Mahkota?

a)

Beliau bersekongkol dengan Brooke

b)

Beliau membunuh ramai rakyat tempatan

c)

Beliau menaikkan cukai dan kerahan tenaga

d)

Beliau mengambil alih tanah penduduk tempatan

4.

Apakah strategi yang digunakan oleh James Brooke untuk mendapatkan kuasa pemerintahan?

i. Ugutan

ii. Peperangan

iii. Manipulasi

iv. Perjanjian

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

5.

Apakah tujuan pembahagian kawasan di Sarawak oleh Brooke?

a)

Memudahkan urusan pembalakan

b)

melicinkan pentadbiran

c)

Memudahkan urusan kewangan

d)

Meringankan tugas Brooke untuk memantau

6.

Apakah asas penting kepada sistem kesukuan di Sarawak dan Sabah?

a)

Kepatuhan kepada ketua masyarakat

b)

Mentaati adat resam nenek moyang

c)

Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat

d)

Pegangan dan kepatuhan kepada adat masyarakat

7.

Bagaimanakah kuasa Sistem Ketua Bebas dilaksanakan di Sabah?

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

8.

Pilih kenyataan yang benar berkaitan dengan individu rajah di atas.

a)

Menjalankan aktiviti pengembaraan bersama kapalnya Royalist

b)

Mendapat sokongan pihak Belanda

c)

Merupakan Raja Putih yang kedua di Sarawak

d)

Menerima pelawaan Pengeran Indera Mahkota untuk menyelesaikan masalah di Sarawak

9.

Perjanjian di antara James Brooke dengan Pengeran Raja Muda Hashim telah berlaku pada 1841. Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung datu ke Sungai Samarahan

b)

James Brooke memberi ufti tahunan sebanyak 2500 dolar kepada sultan Brunei

c)

Sultan mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih

d)

James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai hasilnya

10.

Berikut adalah langkah yang diambil oleh James Brooke untuk mengukuhkan kuasanya di Sarawak kecuali;

a)

Memperoleh bantuan dan sokongan daripada tentera laut British

b)

Memperoleh sokongan sebahagian masyarakat tempatan

c)

Bekerjasama dengan tokoh tempatan seperti Sharif Masahor

d)

Memperkukuh pertahanan Sarawak

11.

Siapakah Gabenor SBUB yang pertama?

a)

Alfred Dent

b)

Charles Lee Moses

c)

William Hood Treacher

d)

Sir Rutherford Alcock

12.

Apakah syarat utama yang perlu dipatuhi oleh SBUB untuk menerima Piagam Diraja daripada pihak British?

a)

Mempertahankan masyarakat peribumi

b)

Membayar konsesi kepada pihak British

c)

Memajukan tanaman dagangan

d)

Mengiktiraf kuasa British

13.

Senaraikan faktor yang mendorong pemodal asing datang ke Sabah.

(a)  

14.

Berikan syarat yang perlu dipatuhi oleh SBUB untuk mendapatkan Piagam Diraja dari pihak British.

(a)  

15.

Sistem kedatuan merupakan;

a)

Sistem pemerintahan tradisi masyarakat Melayu di sarawak

b)

Sistem kesukuan tradisi masyarakat melayu

c)

Sistem pemerintahan masyarakat sarawak

d)

Sistem ketua bebas di sabah

16.

Apakah nama mahkamah yang diwujudkan untuk mengadili kesalahan masyarakat tempat di Sarawak?

a)

Mahkamah Adat

b)

Mahkamah Residen

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Anak Negeri

17.

Brooke telah membahagikan sistem pentadbirannya kepada beberapa peringkat. Siapakah yang mengetuai pentadbiran di peringkat bahagian?

a)

Ketua kampung

b)

Residen

c)

Ketua kaum bumiputera

d)

Penolong pegawai Daerah

18.

Tokoh berikut pernah berkhidmat semasa pentadbiran SBUB di Sabah.


Apakah jawatan beliau ketika itu?

a)

Residen

b)

Pegawai tadbir

c)

Presiden

d)

Gabenor

19.

Siapakah pembesar tempatan yang memimpin penentangan terhadap pentadbiran Pengiran Indera Mahkota di Sarawak

a)

James Brooke

b)

Sharif Masahor

c)

Datu Patinggi Ali

d)

Pangiran Raja Muda Hashim

20.

Susunan Dinasti Brooke yang betul di Sarawak ialah

a)

James Brooke - Anthony Brooke - Charles Brooke

b)

James Brooke - Charles Brooke - Charles Vyner Brooke

c)

Charles Brooke - James Brooke - Charles Vyner Brooke

d)

Charles Vyner Brooke - James Brooke - Anthony Brooke