WorksheetsKuiz Kata Majmuk
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Dengan kaedah penjagaan yang betul, petani itu memperoleh hasil tanaman yang __________________________.
berurus niaga
berlipat ganda
berulang kali
bertukar ganti
Arkitek itu sedang bertungkus lumus untuk menghasilkan ________________________ bangunan mengikut kehendak pelanggannya.
reka bentuk
kertas kerja
gambar rajah
latih tubi
Aleeya dan Marsha ke ______________________________ untuk mengulang kaji pelajaran.
balai raya
pasar raya
pusat sumber
panggung wayang
Setiap pekerja baharu akan diberikan _____________________ cara menggunakan peralatan di restoran itu.
jadual waktu
tunjuk ajar
latih tubi
serba guna
Encik Malik mendirikan ______________________ ketika beliau berusia 26 tahun.
rumah sakit
rumah tangga
rumah pusaka
rumah terbuka
Semua warga sekolah berasa _____________________________ dan mengalu-alukan kedatangan guru besar baharu di sekolah itu.
sukacita
dukacita
sukarela
kerjasama
Tendangan yang dilakukan oleh pemain bola sepak itu telah melepasi _______________________________.
pintu gol
pintu kaca
pintu masuk
pintu jendela
_________________________ itu sedang menaip minit mesyuarat.
Setiausaha
Kakitangan
Suruhanjaya
Jawatankuasa
Latif adalah antara pemenang tempat pertama dalam sukan _________________________ yang diadakan di sekolahnya.
olahraga
bumiputera
warganegara
antarabangsa
1. Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.
pakaian adat
pakaian sukan
pakaian angkatan
pakaian beragam
3. Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tumpangan
rumah tangga
rumah terbuka
6. Saleem mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.
buku catatan
buku rujukan
buku kedatangan
buku lima
Ejaan kata majmuk yang betul ialah ...
Bumiputra
Bumi putera
Bumi Putra
Bumiputera
Ketika usia ________________________ inilah kita harus menuntut ilmu dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran.
gagah berani
muda remaja
cerdik pandai
tegap sasa
Semua maklumat tentang ahli persatuan itu akan ___________________________ dari semasa ke semasa.
diambil alih
dikemas kini
diperas ugut
diambil ringan
Penemu duga akan meneliti _______________________ setiap pemohon bagi memilih pekerja yang benar-benar layak.
budi pekerti
kaji selidik
soal jawab
latar belakang
Encik Ahmad mengusahakan perniagaan menjual __________ sejak lima belas tahun yang lalu.
buku-buku
kuih muih
perabot jati
makanan tradisional
