Font size
WorksheetsPENTAKSIRAN PDPR: INGATKAH KAMU??
Total questions: 35
Worksheet time: 26mins
Berdasarkan prosa tradisional Asal Padi, siapakah watak utama dalam cerita ini?
Si Bongsu
Penjaga padi
Si Tekuri
Apakah tema prosa tradisional Asal Padi?
Kebijaksanaan seseorang dalam menyelesaikan masalah.
Kebodohan seseorang dalam bertindak
Kecekalan seseorang dalam meneruskan kehidupan
Apakah pengajaran yang boleh diteladani daripada prosa tradisional Asal Padi?
Kita seharusnya berusaha gigih untuk mendapatkan sesuatu.
Kita perlu patuh pada arahan ibu bapa.
Kita tidak seharusnya berdendam antara ahli keluarga.
Berdasarkan drama Hadiah, apakah punca Sarjan Akbar meninggal dunia?
Kemalangan jalan raya sewaktu pulang daripada bertugas di sempadan negara.
Terbunuh ketika berjuang dalam tugas mempertahankan negara.
Akibat penyakit kritikal yang sukar di rawat.
Pilih satu persoalan yang dikaitkan dengan drama Hadiah?
Persoalan kasih sayang antara manusia dan haiwan.
Persoalan ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Persoalan keyakinan diri dalam melakukan sesuatu.
Hayati terpaksa pulang ke kampung dan menangguhkan pembelajarannya.
Mengapakah Hayati bertindak seperti itu?
Hayati berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit.
Hayati telah gagal dalam peperiksaan menyebabkan dia digantung sekolah.
Hayati tidak ada semangat untuk belajar kerana rindukan arwah bapanya.
Pilih tiga perkara yang penting dalam penulisan karangan.
Bilangan patah perkataan antara 80 hingga 100.
Mesti mempunyai 5 isi penting berkaitan soalan.
Menggunakan penanda wacana untuk menyambungkan setiap isi penting.
Ditulis dalam tiga perenggan iaitu perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup.
Perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima isi tersirat.
Tajuk: Usaha-Usaha Menangani Vandalisme
Pelbagai langkah harus dilakukan untuk membanteras kegiatan vandalisme daripada terus menerus berleluasa. Hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pesalah vandalisme sebagai suatu jalan pencegahan yang paling baik. Ada yang mencadangkan supaya pesalah vandalisme ini didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan awam seperti tanda awam dan perhentian bas. Hukuman ini adalah sebagai teladan dan
pengajaran kepada individu yang lain agar tidak melakukan perbuatan vandalisme.
Berdasarkan petikan di atas, apakah usaha utama bagi menangani gejala vandalisme.
Mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pelaku.
Pesalah dikehendaki melakukan kerja pembersihan di kawasan awam.
Memberikan pesalah pelbagai pengajaran dan teladan.
Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan ayat yang digariskan.
Kami turut membincangkan lain perkara tentang sains dan teknologi.
membincangkan perkara-perkara lain
membincangkan lain-lain perkara
membincangkan perkara lain
Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan ayat yang digariskan.
Rencana yang ditulis oleh Encik Lee berdasarkan kepada penjelajahannya di Hutan Royal Belum.
berdasarkan penjelahannya
berdasarkan akan penjelajahannya
berdasarkan pada penjelajahannya
Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan ayat yang digariskan.
Dengan kata lain, lawatan ke tempat bersejarah itu banyak manfaatnya.
Dengan kata-kata lain
Dengan kata lain-lain
Dengan lain-lain kata
Manfaat yang timbul apabila rakyat Malaysia menggunakan bahasa kebangsaan ialah bahasa ini menjadi simbol kebanggaan dalam kalangan penduduk negara. Penggunaan bahasa ini secara meluas ketika bertutur atau berkomunikasi sesama sendiri boleh membuktikan lambang jati diri nasional yang utuh. Lama-kelamaan, rasa bangga akan menyusup masuk ke dalam jiwa kerana melihat berleluasanya penggunaan bahasa ini dalam kalangan rakyat tempatan.
Berdasarkan petikan di atas, apakah idea utama yang ingin disampaikan.
Manfaat yang timbul apabila rakyat Malaysia menggunakan bahasa kebangsaan ialah bahasa ini menjadi simbol kebanggaan dalam kalangan penduduk negara.
Penggunaan bahasa ini secara meluas ketika bertutur atau berkomunikasi sesama sendiri boleh membuktikan lambang jati diri nasional yang utuh.
Lama-kelamaan, rasa bangga akan menyusup masuk ke dalam jiwa kerana melihat berleluasanya penggunaan bahasa ini dalam kalangan rakyat tempatan.
Tarian boleh didefinisikan sebagai sebagai suatu pergerakan yang berirama. Dalam kebudayaan masyarakat Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana pula dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian-tarian ini termasuklah tarian siti payung, mak inang, asyik ,gamelan dan sebagainya.
Berdasarkan petikan di atas, pilih 2 idea sampingan yang ingin disampaikan/
Tarian boleh didefinisikan sebagai sebagai suatu pergerakan yang berirama.
Dalam kebudayaan masyarakat Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis tarian, sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden.
Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana pula dipersembahkan pada waktu perkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya.
Pilih 3 perkara penting dalam penulisan ulasan.
Perlu ditulis dalam satu perenggan.
Perlu mengandungi isi tersurat dan dan isi tersirat.
Mempunyai ayat pendahuluan, isi dan ayat penutup.
Mempunyai 5 isi penting berkaitan soalan.
Ditulis dalam tiga perenggan iaitu perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup.
Tajuk: Manfaat Internet dalam Kehidupan Seharian.
1. Memudahkan urusan
2. Memperoleh maklumat
3. Memudahkan komunikasi
Berdasarkan maklumat di atas, pilih dua isi tersirat yang berkaitan.
Memudahkan komunikasi
Memudahkan urusan
Urusan pembayaran bil utiliti dan pemindahan wang boleh dilakukan dihujung jari sahaja.
Pelbagai maklumat seperti isu-isu semasa dalam dan luar negara boleh diperoleh dengan mudah.
Pilih ejaan yang betul.
dahsyat
dasyhat
Pilih ejaan yang betul.
emel
e-mel
Pilih ejaan yang betul.
kubis
kobis
Pilih ejaan yang betul.
Losyen
Losen
Novel Destinasi Impian
Johari, Azlina dan Firdaus telah melakukan ekspedisi berbasikal ke Pantai Morib Baru. Apakah 3 tujuan ekspedisi tersebut dilakukan?
Untuk berkhemah bersama-sama rakan
Untuk menyiapkan kerja khusus Geografi
Untuk menyahut cabaran datuk
Untuk melihat tanah air yang merdeka secara lebih dekat
Untuk menjadikan Firdaus seorang lelaki sejati
Novel Destinasi Impian
Apakah yang dirancang oleh kawan-kawan Firdaus pada hari yang sama ekspedisi itu dilakukan?
Perkhemahan di sebuah hutan
Menonton wayang
Bermain boling
Novel Destinasi Impian
Pilih 3 nilai yang terkandung dalam novel ini.
Kasih sayang
Keberanian
Bertanggungjawab
Dermawan
Kesetiaan
Sajak Kita Umpama Sehelai Daun.
Apakah maksud rangkap ketiga sajak ini. (Rujuk buku teks Antologi Komsas muka surat 11/buku tulis Komsas)
Manusia haruslah menabur jasa dan bakti kepada masyarakat dan negara.
Keindahan pohon dengan daun yang merimbun menjadi tempat hinggap burung-burung yang hidup gembira kerana dapat berlindung daripada terik matahari.
Janganlah kita angkuh atau sombong akan kemampuan diri sehingga melupakan golongan yang lemah dan miskin.
Sajak Kita Umpama Sehelai Daun.
Pilih dua persoalan yang berkaitan dengan sajak ini.
Keinsafan terhadap keupayaan diri yang bersifat sementara.
Sikap baik hati terhadap insan yang kurang bernasib baik
Kepentingan mengenang jasa perwira negara.
Pengorbanan terhadap jasa ibu bapa.
Sajak Kita Umpama Sehelai Daun
Pilih satu pengajaran yang dapat diteladani daripada sajak ini.
Kita harus bersimpati terhadap orang lain agar mereka dapat hidup dengan gembira.
Kita tidak seharusnya berdendam antara masyarakat.
Kira wajarlah menyiasat sesuatu perkara untuk mengetahui kebenarannya.
Sajak KuIngin Berterima Kasih
Berdasarkan sajak ini, penyajak ingin berterima kasih kepada.... (Pilih 3 jawapan)
Hujan
Ikan
Perwira negara
Angin
Tumbuh-tumbuhan
Sajak KuIngin Berterima Kasih
Berdasarkan sajak ini, mengapakah penyajak ingin berterima kasih kepada tanah?
Tanah yang subur menjadi punca rezeki kepada petani.
Tanah menyediakan tempat bagi petani berlindung.
Tanah menyebabkan bumi menjadi sejuk dan tenang.
Sajak KuIngin Berterima Kasih
Pilih dua nilai yang terdapat dalam sajak ini.
Kerajinan
Kesyukuran
Kebijaksanaan
Bekerjasama
Soalan ini berdasarkan petikan di muka surat 96 buku teks.
Tajuk: Teknologi Nano Inovasi Pertanian
Berdasarkan petikan, apakah masalah yang dapat di atasi dengan penggunaan teknologi nano dalam bidang pertanian.
Mengesan penyakit tumbuhan melalui penciptaan alat diagnostik.
Meningkatkan penyerapan zat oleh tumbuhan melalui kaedah serapan.
Mengurangkan serangan haiwan perosak melalui semburan campuran asid.
Soalan ini berdasarkan petikan di muka surat 108 buku teks.
Tajuk: Koperasi Sekolah
Berdasarkan petikan, apakah tujuan utama penubuhan koperasi sekolah?
Menyediakan kemudahan menyimpan wang kepada anggota koperasi, iaitu murid sekolah.
Memudahkan warga sekolah membeli barang keperluan sekolah.
Tempat untuk murid berbelanja bagi mengukuhkan ekonomi koperasi sekolah.
Soalan ini berdasarkan petikan di muka surat 120 buku teks.
Tajuk: Riadah di Taman Botani Putrajaya
Berdasarkan petikan, nyatakan tiga tempat menarik yang terdapat di Taman Botani.
Laman Bunga Raya
Taman Paku Pakis
Taman Suria
Bukit Suria
Taman Paya Bakau
Pilih perkataan bergaris yang salah.
Pengunjung termasuklah pelancong-pelancong saling tawar-menawar untuk mendapatkan barang-barang dengan harga yang murah di Karnival Kesenian dan Kebudayaan itu.
pelancong-pelancong
barang-barang
tawar-menawar
Tiada kesalahan
Pilih perkataan bergaris yang salah.
Ibu memberikan pembayaran bukti bersama-sama dengan borang kepada syarikat tersebut.
pembayaran bukti
kepada
borang
Tiada kesalahan
Pilih perkataan bergaris yang salah.
Para peniaga haruslah mendalami kaedah digital dalam perniagaan di zaman teknologi ini.
Para peniaga
mendalami
di
Tiada kesalahan
Pilih perkataan bergaris yang salah.
Bot fiber yang dihasilkan ini sangat mantap serta setanding dengan bot fiber dari luar negara.
dihasilkan
mantap
setanding
Tiada kesalahan
