NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU _TATABAHASA
Total questions: 50
Worksheet time: 38mins
Ana sedang berlatih menggesek _______________ pada waktu lapang.
biola
gitar
piano
seruling
Kasut bola abang berjenama __________ telah koyak dan tidak boleh dipakai lagi.
Pilot
Adidas
Suzuki
Samsung
Jalan yang __________ desa itu berlumpur kerana belum berturap.
melalui
merentasi
melintasi
merentangi
“ __________ berkenan untuk menghadiri majlis santapan yang akan dilangsungkan di Istana Mahkota Sari,” kata pegawai istana kepada wartawan akhbar.
Beta
Hamba
Patik
Baginda
Air muka perempuan muda itu menjadi __________ apabila mendapat berita tentang kegagalan adiknya dalam pertandingan nyanyian itu.
kedut
kumal
kusut
kusam
Puan Suhana berasa kecewa __________ sikap anaknya yang semakin degil.
pada
terhadap
kepada
akan
Seekor kerbau __________kerana terpisah daripada kawanannya sejak semalam.
menguak
melenguh
meringkik
mengaum
Banjir besar yang __________ kampung itu menyebabkan kerugian yang ditanggung oleh penduduk amat besar.
ditenggelami
menenggelami
penenggelaman
menenggelamkan
Peserta kursus diminta untuk mendaftarkan di __________ hotel sebelum diberi bilik penginapan.
ruang lingkup
ruang dalam
ruang legar
ruang tengah
Permukaan jalan yang __________ selepas hujan menyebabkan pengguna jalan raya memandu kenderaan mereka dengan __________.
bengkang-bengkok … berjaga-jaga
lekak-lekuk … berpada-pada
licin-licau … berhati-hati
simpang-siur … berkira-kira
Bilal Azeem meminta ibunya membelikannya se__________ belon di pasar malam tersebut.
biji
butir
buah
kalung
“Lihatlah kemampuan diri sendiri kalau hendak melakukan sesuatu kerja, seperti peribahasa __________, “ kata Damia kepada rakan karibnya.
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
ukur baju di badan sendiri
ringan tulang berat perut
alah bisa tegal biasa
Sikap kikir perlu dielakkan oleh semua orang agar tidak dianggap terlalu berkira dan hanya mementingkan diri sendiri.
Perkataan sinonim bagi perkataan kikir ialah
angkuh
takbur
sombong
lokek
Puan Aneesa memulakan perniagaan secara kecil-kecilan kerana kekurangan modal.
Perkataan antonim bagi perkataan memulakan ialah
meneruskan
menamatkan
menyelesaikan
menyambungkan
____________ mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan.
Engkau
Mereka
Kami
Kita
“____________ mahu bersiar – siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung Jerai kepada dayang – dayangnya.
Beta
Hamba
Saya
Aku
_____________ yang cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran mereka ke Australia.
Kanak-kanak
Budak-budak
Pelajar-pelajar
Lelaki-lelaki
Ayam – ayam itu _____________ apabila dikejar oleh abang.
bertempiaran
berpeleseran
berkeliaran
berselerak
Kumpulan pelancong asing itu sedang mendengar taklimat _______________ wakil syarikat pelancongan yang mengurus percutian mereka.
kepada
pada
dari
daripada
Shamimi dinaikkan pangkat oleh majikannya _____________ dia seorang pekerja yang rajin dan gigih.
agar
apabila
kerana
meskipun
“ Ayah berasa gembira kerana hubungan kamu berdua yang ____________ sejak kecil masih kekal hingga sekarang,” kata Tuan Naim kepada anaknya Fadzil.
terjalin
jalinan
dijalin
menjakin
Tanah yang terbiar di hujung kampung itu akan dimajukan tidak lama lagi.
Pilih perkataan sama erti bagi perkataan yang bergaris di atas.
dibina
ditanami
diusahakan
dibangunkan
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Kapak pemotong kayu itu tajam kerana baru sahaja diasah oleh Pak Ali.
A. Pak Ali mengasah kapak pemotong kayub aharu itu sehingga tajam.
B. Pak Ali baru sahaja mengasah kapak pemotong kayu yang tajam itu.
C. Pak Ali baru sahaja mengasah kapak pemotong kayu itu sehingga tajam.
D Pak Ali baru mengasah tajam kapak pemotong kayu itu.
Pokok kelapa di belakang rumah itu telah tumbang dan _________ bumbung rumah Pak Cik Lah.
terkena
dikenai
mengena
mengenai
Setelah mendengar hujah pendakwa raya, hakim telah ___________ pesalah itu dengan hukuman penjara selama sebulan.
dijatuhi
menjatuhi
menjatuh
menjatuhkan
“ Harga ____________ rambutan ini cuma RM8.00. Rasalah ____________ .” kata penjual itu kepada Halim.
setimbun...seulas
sebuah...sepangsa
sebiji...sebut
seikat...sebiji
Pilih ayat yang betul.
A. Yuran yang dikenakan untuk menyertai karnival usahawan cilik itu bukan mahal sangat.
B. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal dari Kedah.
C. Setengah peserta yang terlibat dalam karnival itu ialah murid sekolah.
D. Sila dapatkan butir – butir terperinci tentang carnival itu di pejabat kami.
Pihak Tabung Darah Hospital Daerah Mualim __________ orang ramai untuk menderma darah kerana bekalan darah semakin berkurangan.
melayan
menagih
menyeru
mendesak
Mak Cik Zamila membeli dua ________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani pagi tadi.
ikat
papan
tangkai
rumpun
Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _________sauh bagi meneruskan pelayaran mereka.
menarik
melabuh
membongkar
membuka
Petani itu ________ tanah di kebunnya sebelum dia menanam sayur sawi, bayam, terung dan kacang panjang.
menebas
memecah
menyiram
menggembur
“Semasa perlawanan akhir bola sepak itu nanti, ________ mesti beraksi cemerlang,” pesan Cikgu Burhan kepada para pemain.
kita
kamu
kalian
kami
Kakak terpilih melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia. Dia akan ke ________ untuk melapor diri pada minggu depan.
sini
sana
ini
utu
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan menyampaikan hadiah ______ para pelajar.
ke
pada
untuk
kepada
Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang.
pada ... hingga
sejak ... ke
dari ... hingga
daripada ... sehingga
Keadaan Pantai Chenang yang agak ________ itu berbahaya untuk aktiviti perkelahan atau mandi-manda di situ.
cetek
curam
dalam
tohor
Nenek Minah yang sudah ____________itu berjalan menggunakan tongkat
condong
bengkok
bongkak
bongkok
Pinggan mangkuk di dapur itu ___________ dibasuh oleh kakak.
mesti
sudah
pernah
harus
Keputusan peperiksaan UPSR _____________ diketahui pada pagi esok.
belum boleh
akan dapat
belum pernah
sedang hendak
“Kek lapis yang kakak buat gebu ________, malah setanding dengan kek lapis yang dijual di kedai-kedai kek,” kata emak.
paling
terlalu
amat
agak
Rozimah __________ ibunya memasak di dapur, ___________ ayahnya
membasuh kereta di halam rumah
dan ... lalu
dan ... manakala
dan ... maka
dengan... sementara
Pilih ayat yang betul
Vishant dan Ram adalah kawan baik Amar
Ibu negeri Perak adalah Ipoh
Universiti Malaya ialah universiti yang tertua di Malaysia
Kereta Honda adalah kereta Import
“ _________________ tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba !” titah
Tuanku Mudzaffar dengan murka.
Beta
Patik
Saya
Baginda
Kassim ___________________ bola dengan kuat hingga terkena pasu bunga neneknya.
memegang
menyepak
menolak
melantun
Beberapa ekor burung murai _________ di atas dahan pokok di belakang rumah Amran.
bersiul
berkicau
berkokok
berdesir
Mereka ____________sambil minum petang di anjung rumah.
bersembang
berfikir
bergurau
berleter
Pak Karim ______________basikalnya ketika menuruni bukit yang agak curam itu.
menuntun
menonton
mengheret
menunggang
Kereta yang dipandu oleh ibu bergerak dengan ____________ kerana jalan sesak.
lancar
perlahan
lajak
cermat
Pak Samat menggunakan ___________ gergaji untuk memotong buluh bagi membuat tabung yang diminta anak saudaranya.
selaras
seketul
sebilah
sepucuk
Tulisan Adib seperti _________________ dan selalu ditegur oleh guru kelasnya.
kerang busuk
kaki ayam
bapa ayam
cakar ayam
