wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TRIBUNAL PENGGUNA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tribunal __________________________ adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang fungsi utamanya adalah mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.

a)

Tribunal Rayuan Kastam

b)

Tribunal Rayuan Cukai Barang dan Perkhidmatan

c)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

d)

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

2.

Apakah fungsi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia?

Pilih yang paling tepat.

a)

Untuk menjatuhkan hukuman yang setimpalnya ke atas kesalahan peniaga

b)

Untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna.

c)

Untuk mengadili pengguna atas aduan yang dibuat

d)

Untuk mendengar masalah masalah pengguna yang telah ditindas oleh peniaga.

3.

Apakah slogan Tuntutan Tribunal Pengguna (TTP)?

a)

Mesra Mudah & Cekap

b)

Mudah Murah & Cepat

c)

Murah Cepat & Kualiti

d)

Mantap Cekap & Pantas

4.

Berapakah jumlah amaun yang boleh dituntut di TTPM?

a)

Tidak Melebihi RM50,000.00

b)

Tidak Melebihi RM25,000.00

c)

Melebihi RM25,000.00

d)

Melebihi RM50,000.00

5.

Tribunal TIDAK mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan seperti :

a)

Jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000

b)

Berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian

c)

Tuntutan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu

d)

Tuntutan untuk tebus rugi bagi pembelian barangan dan perkhidmatan yang dibenarkan

6.

pengguna berhak untuk mendapat pampasan disebabkan perihal barang yang mengelirukan pengguna

a)

hak mendapat keselamatan

b)

hak mendapat gantirugi

c)

hak untuk bersuara

d)

hak mendapat maklumat

7.

Perlakuan mengelirukan berhubung dengan barangan / perkhidmatan yang dibekalkan iaitu mengenai sifat, proses pengilangan serta ciri-ciri kesesuaian sesuatu barangan/perkhidmatan.


Representasi palsu / mengelirukan berhubung dengan barang/perkhidmatan yang dibekalkan.


Harga barang yang dibekalkan melebihi harga diiklankan.


Barang / perkhidmatan yang dibekalkan tidak selamat atau tidak mematuhi piawai yang ditetapkan.


Barangan tidak diterima dalam masa yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dibuat.


Sekiranya anda menghadapi situasi di atas, sebagai pengguna anda boleh menuntut ganti rugi di _________ ?

a)

Mahkamah Tuntutan Kecil

b)

Biro Bantuan Guaman

c)

Mahkamah Sesyen

d)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

8.

Aminah membeli sebuah peti sejuk di Syarikat Song Hong. Selepas sebulan menggunakannya, peti sejuk itu rosak. Pihak syarikat tidak mahu bertanggungjawab terhadap kerosakan itu. Aminah telah membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.


Apakah akta yang berkaitan dengan situasi di atas?

a)

Akta Perihal Dagangan 1972

b)

Akta Kawalan Bekalan 1961

c)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

d)

Akta Perlindungan Pengguna 1999

9.

Puan Siti mula berjinak-jinak untuk menjahit pakaian bagi menambah pendapatan keluarganya. Disebabkan beberapa kekangan, beliau tidak dapat untuk pergi membeli mesin jahit di kedai. Beliau telah membuat keputusan untuk membeli secara atas talian. Namun, setelah Puan Siti menerima mesin jahit tersbut, beliau mendapati mesin jahit itu rosak.


Berdasarkan situasi ini, apakah hak penguna yang sepatutnya digunakan oleh Puan Siti sebagai seoarang pengguna bijak?

a)

Hak Untuk Menyuarakan Pendapat

b)

Hak Untuk mendapat Barang dan Perkhidmatan Selamat

c)

Hak Untuk Menuntut Ganti Rugi

d)

Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas

10.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia(TTPM) merupakan badan bebas yang diwujudukan di bawah akta?

a)

Akta Pelindungan Pengguna 1999

b)

Akta Pelindungan Pengguna 2001

c)

Akta Pelindungan Pengguna 1978

d)

Akta Pelindungan Pengguna 1989

11.

Nama penuh bagi KPDNHEP adalah:

a)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

b)

Kementerian Perusahaan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

c)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

d)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi

12.

Gambar di atas menunjukkan jenis tuntutan ....................... yang biasa difailkan di TTPM

a)

perkhidmatan

b)

barang

c)

penjimatan

d)

pelaburan

13.

Berdasarkan gambar di atas, apakah jenis tuntutan yang biasa difailkan di TTPM?

a)

perkhidmatan

b)

barang

c)

penjimatan

d)

pelaburan

14.

Gambar di atas menunjukkan kecederaan setelah menggunakan telefon bimbit. Apakah bidang kuasa TTPM?

a)

bidang kuasa terbatas, pengguna tidak boleh menuntut kerugian

b)

bidang kuasa tidak terbatas, pengguna boleh menuntut kerugian

15.

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :

• Tuntutan untuk tebus rugi bagi pembelian barangan dan perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa Tribunal

• Jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00.

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599]

a)

BETUL

b)

SALAH

17.

Apakah tajuk bengkel kepenggunaan kita hari ini?

a)

e Tribunal Tuntutan Pengguna

b)

e Pengguna

c)

e Tribunal Tuntutan Hak

18.

Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai pengguna elektrik mengadu bil elektrik meningkat secara mendadak. Adakah mereka boleh membuat aduan untuk mendapatkan hak mereka kepada TTPM?

a)

YA , BOLEH

b)

TIDAK BOLEH

19.

Tuntutan ganti rugi pengguna akan diproses dalam tempoh

a)

5 tahun

b)

3 tahun

20.

TTPM beroperasi di bawah kementerian ............................

a)

PPIM

b)

KPDNKK

c)

KKM