NEW
Font size
WorksheetsBAB 8 MEMBINA KEMAKMURAN NEGARA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan
pada bulan Januari 1970. Apakah tujuan
penubuhannya?
A Membincangkan perubahan dasar luar
negara
B Membentuk Dasar Pembangunan Nasional
C Menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
C Mengadakan garis panduan kerjasama kaum dan integrasi nasional
Antara berikut, yang manakah merupakan strategi Dasar Ekonomi Baru?
I. Membasmi kemiskinan
II. Menyusun semula penduduk
III. Memajukan industri teknologi tinggi
IV. Mengadakan Dasar Pandang Ke Timur
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah yang dilaksanakan dalam Dasar Ekonomi Baru.
x
• Dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974
• Tumpuan kepada penggunaan tanah sepenuhnya
Apakah X?
A Majlis Amanah Rakyat
B Rancangan Buku Hijau
C Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
D Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Negara
Apakah agensi yang berkaitan dengan maklumat berikut?
*Pembukaan tanah baharu seluas 10 ekar untuk diusahakan penduduk luar bandar yang miskin
* Terdapat kemudahan seperti klinik, sekolah dan pengangkutan
A Majlis Amanah Rakyat
B Perbadanan Nasional Berhad
C Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
D Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Apakah peranan penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)?
A Menjalankan dasar penswastaan
B Mengusahakan industri desa dan IKS
C Memperkenalkan konsep pertanian pintar
D Pembangunan industri dan bandar baharu
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Apakah pendekatan yang melibatkan projek tersebut?
• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
• Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
A Peranan agensi kerajaan
B Program pembangunan wilayah
C Pengenalan industri kecil
D Pemilikan modal saham
Apakah kesan penubuhan institusi pendidikan tersebut semasa pelaksanaan DEB?
• Universiti Teknologi Malaysia
• Universiti (Institut)Teknologi Mara
A Menaikkan imej negara
B Meningkatkan taraf hidup
C Meluaskan pengaruh institusi pendidikan
D Memberi peluang menimba ilmu
Siapakah yang melancarkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
A Tun Abdul Rahman Putra al-Haj
B Tun Abdul Razak Hussein
C Tun Hussein Onn
D Tun Dr. Mahathir Mohamad
Apakah objektif Dasar Pembangunan Nasional?
A Mewujudkan masyarakat bersatu padu
B Mengurangkan pelibatan pihak swasta
C Merangka ekonomi dengan negara jiran
D Menyamakan peratus pemilikan saham bumiputera dengan bukan bumiputera
Antara berikut, yang manakah merupakan strategi Dasar Pembangunan Nasional dalam bidang ekonomi?
I. Pemberian pelbagai insentif
II. Pelibatan aktif pihak swasta
III. Pemilikan saham bumiputera
IV.Penambahbaik kemudahan asas
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Matlamat Dasar Pembangunan Nasional ialah
menghapuskan kemiskinan tegar terhadap golongan penanam padi dan nelayan.
Apakah bantuan yang diberikan kerajaan
terhadap golongan tersebut?
I Subsidi
II Sokongan
III Perniagaan
IV Pemasaran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Golongan belia telah diberikan latihan di agensi
kerajaan berikut.
Apakah yang diperoleh golongan belia melalui agensi tersebut?
A Membaiki tahap kualiti dan mutu pengeluaran
B Meningkatkan tenaga kerja golongan bumiputera.
C Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara.
D Mendapat pekerjaan berkaitan dengan kemahiran.
Apakah matlamat pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB)?
A Menyusun semula masyarakat.
B Meningkatkan pendapatan rakyat.
C Membentuk masyarakat berdisplin.
D Mewujudkan masyarakat perdagangan.
Apakah agensi amanah yang dikhaskan untuk bumiputera dalam penswastaan syarikat perniagaan bumiputera?
I Majlis amanah rakyat (MARA)
II Perbadanan nasional berhad ( PERNAS)
III Institut penyelidikan dan kemajuan pertanian malaysia (MARDI)
IV Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Penyataan berikut merujuk pencapaian DEB
dan DPN.
• Pelaksanaan DEB menyebabkan kadar kemiskinan penduduk dapat dikurangkan daripada 49.3 % pada tahun 1970 kepada 17.1% pada tahun 1990.
• Pelaksanaan DPN pula mengurangkan kadar kemiskinan kepada 7.2 % pada tahun 2000.
Bagaimanakah kadar kemiskinan di Malaysia berjaya dikurangkan?
A Kesepakatan antara kaum.
B Kecekapan perkhidmatan awam.
C Kepelbagaian kegiatan ekonomi.
D Kestabilan politik Negara.
Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap
rakyat?
* Tan Sri Mohd Effendi Norwawi - Ahli Perniagaan
* Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari -Tokoh Korporat
A Mengukuhkan perpaduan antara kaum.
B Membentuk kelas bumiputera komersial.
C Memberi tawaran perkerjaan dalam syarikat
D Menjadi penaung kepada program kebajikan
Perkembangan ekonomi melalui DEB dan DPN
menyebabkan kemunculan beberapa bandar
baharu iaitu Felda Segitiga Jengka.
Bandar baharu tersebut terletak di antara daerah?
I Maran
II Jerantut
III Kuantan
IV Raub
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk
menguruskan projek perindustrian berat di negara kita?
A MIDA
B HICOM
C PKEN
D RISDA
Apakah ciri Zon Perindustrian Bebas?
A Bandar terancang yang mengandungi kemudahan asas.
B Kawasan perdagangan yang diberikan pelepasan cukai
C Kawasan pembangunan wilayah
D Pusat penyelidikan dan pembangunan industri
Apakah tujuan penubuhan HICOM dan kajian
dasar perindustrian Malaysia pada tahun 1983?
A Menggalakkan pertumbuhan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia.
B Membaiki tahap kualiti dan mutu pengeluaran
C meningkatkan tenaga kerja golongan bumiputera.
D Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara.
