wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESEIMBANGAN TERMA

Total questions: 14

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Sebuah satelit jatuh ke dalam atmosfera bumi pada kelajuan yang tinggi dan tiba ke permukaan laut dengan suhu yang tinggi. Selepas beberapa ketika suhu satelit sama dengan suhu air laut. Ini disebabkan oleh

a)

Haba yang dibebaskan oleh satelit

b)

Haba diserap oleh air laut

c)

Satelit disejukkan oleh air laut

d)

Satelit dan air laut berada dalam keseimbangan terma

2.

Rajah menunjukkan satu sfera logam P pada suhu 80 ⁰C direndam dalam air lebih sejuk Q. Keseimbangan terma dicapai apabila

a)

Suhu P = suhu Q

b)

Jisim Q disesarkan = jisim P

c)

Isipadu Q = isipadu P

d)

Muatan haba tentu P = muatan haba tentu Q

3.

Rajah menunjukkan dua blok kuprum, L dan M, bersentuh antara satu sama lain. Suhu awal L dan M ialah 50 ⁰C dan 30 ⁰C. Pernyataan manakah yang BENAR apabila L dan M berada dalam keseimbangan terma.

a)

Suhu L lebih tinggi dari M

b)

Kuantiti haba dalam L sama dengan M

c)

Kadar perubahan suhu L lebih besar daripada M

d)

Kadar bersih haba mengalir antara L dan M ialah sifar

4.

Rajah menunjukkan objek A dan objek B mempunyai suhu T1 dan T2. Haba mengalir daripada A ke B sehingga mencapai keseimbangan terma pada suhu T. Manakah hubungan antara T1, T2 dan T yang BETUL

a)

T1 > T2 > T

b)

T2 > T1 > T

c)

T1 > T > T2

d)

T2 > T > T1

5.

Apakah konsep yang digunakan dalam pengukuran suhu badan manusia menggunakan termometer?

a)

Muatan haba tentu

b)

Haba pendam tentu

c)

Keseimbangan terma

d)

Perolakan haba

6.

Rajah menunjukkan sfera logam pada suhu 90 ⁰C direndam ke dalam cecair pada suhu 40 ⁰C. Apakah suhu sfera logam itu apabila keseimbangan terma dicapai antara sfera logam dengan cecair itu?

a)

Lebih daripada 90 ⁰C

b)

Sama dengan suhu bilik

c)

Kurang daripada 40 ⁰C

d)

Antara 40 ⁰C dan 90 ⁰C

7.

Rajah menunjukkan air panas dicampurkan kepada air sejuk. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul jika tiada haba hilang ke persekitaran?

a)

Kehilangan haba oleh air panas adalah kurang daripada penerimaan haba oleh air sejuk

b)

Kehilangan haba oleh air panas adalah banyak daripada penerimaan haba oleh air sejuk

c)

Kehilangan haba oleh air panas adalah sama dengan penyerapan haba oleh air sejuk

8.

Rajah 12.1 menunjukkan air panas dituangkan ke dalam sirap sejuk. Rajah 12.2 menunjukkan campuran akhir. Pernyataan manakah yang BENAR tentang suhu akhir campuran itu?

a)

Lebih rendah daripada suhu sirap sejuk

b)

Lebih rendah daripada suhu air panas

c)

Lebih tinggi daripada suhu air panas

d)

Sama dengan suhu sirap sejuk

9.

Rajah menunjukkan secawan kopi panas. Apakah yang terjadi apabila air kopi dan cawan berada dalam keseimbangan terma?

a)

Suhu cawan semakin menaik

b)

Suhu air kopi semakin menurun

c)

Tidak terdapat pengaliran haba daripada air kopi ke cawan

d)

Tidak terdapat pengaliran haba bersih daripada air kopi ke cawan

10.

Panjang turus merkuri dalam termometer pada takat ais dan takat stim adalah 5 cm dan 25 cm. Apabila thermometer diletakkan di dalam satu cecair, panjang turus merkuri ialah 12 cm. Berapakah suhu cecair itu?

a)

30 oC

b)

35 oC

c)

55 oC

d)

70 oC

11.

Manakah cecair A, B, C atau D, yang boleh digunakan untuk membina termometer-cecair-dalam gelas untuk mengukur suhu antara -50 ⁰C ke 50 ⁰C?

a)

Takat beku = -115 ⁰C, Takat didih = 78 ⁰C

b)

Takat beku = -39 ⁰C, Takat didih = 357 ⁰C

c)

Takat beku = 0 ⁰C, Takat didih = 100 ⁰C

d)

Takat beku = 17 ⁰C, Takat didih = 118 ⁰C

12.

Rajah menunjukkan satu termometer. Pengubahsuaian yang manakah akan meningkatkan kepekaan termometer itu?

a)

Menggunakan tiub kapilari yang panjang

b)

Menggunakan bebuli yang berdinding tebal

c)

Menggunakan batang kaca dengan dinding tebal

d)

Menggunakan tiub kapilari yang sempit

13.

Rajah menunjukkan sebatang sudu diletakkan dalam semangkuk sup pada suhu 95 °C. Pernyataan manakah yang BENAR apabila keseimbangan terma dicapai?

a)

Suhu sup tidak berubah

b)

Suhu sudu tidak berubah

c)

Tiada pengaliran haba antara sup dan sudu

d)

Pengaliran haba bersih antara sup dan sudu ialah sifar

14.

Rajah menunjukkan secawan kopi panas dibiarkan sejuk sehingga mencapai suhu bilik. Penyataan manakah yang BENAR tentang kopi itu pada suhu bilik?

a)

Kehilangan haba oleh kopi panas adalah sama dengan kehilangan haba oleh persekitaran

b)

Kehilangan haba oleh kopi panas adalah lebih rendah daripada penerimaan haba oleh persekitaran

c)

Kehilangan haba oleh kopi panas adalah lebih besar daripada penerimaan haba oleh persekitaran

d)

Kehilangan haba oleh kopi panas adalah sama dengan penerimaan haba oleh persekitaran