NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PERIBAHASA
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Apakah maksud peribahasa berkerat rotan berpatah arang?
Pergaduhan antara adik beradik lama-lama menjadi baik semula
Pergaduhan yang tidak mungkin akan dapat dipulihkan
Orang yang bodoh jika diajar memang susah menjadi pandai
Orang yang keras kepala tidak akan menerima cadangan
Peribahasa alah membeli, menang memakai membawa maksud ...
Biarlah miskin, yang penting bergaya
Orang yang berusaha pasti akan dapat membeli barang yang dicari
Membeli barang tidak sesuai dengan kemampuan
Tidak mengapa harga mahal asalkan tahan lama
Kusut di hujung balik ke pangkal
Peribahasa di atas membawa maksud ...
Apabila berdepan dengan masalah, sesuaikanlah diri
Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya
Tiada jawapan yang tepat
Salim dan adiknya selalu bergaduh, mereka ______________.
bagai api dalam sekam
bagai gunting dalam lipatan
bagai anjing dengan kucing
bagai anjing menyalak bukit
Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan, _____________.
seperti isi dengan kuku
seperti aur dengan tebing
seperti bulan di pagar bintang
seperti cincin dengan permata
Karim dan Siva sentiasa bersama-sama tidak kira di sekolah ataupun di rumah. Sikap mereka itu ________________.
seperti belangkas
seperti bertih digoreng
bagai isi dengan kuku
bagai cincin dengan permata
Sudah puas Puan Halimah menasihati anaknya, Zul agar rajin belajar, namun tidak diendahkan oleh Zul _____________.
seperti kaca jatuh terhempas
seperti anjing menyalak bukit
seperti mencurah air ke daun keladi
seperti tikus membaiki labu
8. Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat dibawah :
Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
jauh berjalan, luas pemandangan
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
sudah terhantuk baru tengadah
Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat di bawah :
Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
seperti cacing kepanasan
seperti harimau menyembunyikan kukunya
seperti lintah menghisap darah
Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat di bawah :
Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.
sudah jatuh ditimpa tangga
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
ukur baju di badan sendiri
ada gula ada semut
