NEW
Font size
WorksheetsSAINS TING. 3 - BAB 1 & 2
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah fungsi otak dalam sistem saraf manusia?
Mengawal tindakan luar kawal
Sebagai pusat penerimaan dan pentafsiran impuls
Membawa impuls antara saraf tunjang dan bahagian badan yang lain
Menghasilkan tindak balas
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang saraf periferi?
Berada di dalam turus vertebra
Berada di dalam tempurung kepala
Berada di antara saraf tunjang dan bahagian badan yang lain
Berada di dalam medula oblongata
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan aliran impuls melalui saraf manusia?
i. Rangsangan → reseptor → sistem saraf pusat → efektor → gerak balas
ii. Rangsangan → reseptor → sistem saraf periferi → efektor → gerak balas
iii. Reseptor → rangsangan → sistem saraf pusat → efektor → gerak balas
iv. Rangsangan → reseptor →sistem saraf pusat →gerak balas → efektor
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Apakah fungsi Q?
Melindungi bebola mata
Mengawal kuantiti cahaya yang masuk ke dalam mata
Mengawal saiz anak mata
Memfokuskan cahaya ke atas retina
Yang manakah benar mengenai sel kon?
Peka terhadap warna
Menghasilkan penglihatan warna hitam
Berfungsi dalam keadaan malap
Terletak di dalam sklera
Di manakah sel deria hidung berada?
Di bahagian atas rongga hidung
Di bahagian dalam lubang hidung
Di hujung rongga hidung
Di dalam saraf
Berapakah lapisan utama bagi kulit manusia?
1
2
3
4
Bagaimanakah rasa umami?
masam
manis
lazat
masin
Antara yang berikut, yang manakah merupakan gerak balas nastik?
i. Fotonasti
ii. Hidrotropisme
iii. Fototropisme
iv. Seismonasti
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Pokok timun mempunyai sulur paut yang melilit objek yang bersentuhan dengannya. Gerak balas ini menunjukkan ....
Tigmotropisme positif
Tigmotropisme negatif
Fototropisme positif
Fototropisme negatif
Gerak balas yang ditunjukkan oleh akar tumbuhan ialah seperti berikut kecuali
Hidrotropisme positif
Geotropisme positif
Fototropisme negatif
Tigmotropisme positif
Berikut ialah ciri-ciri penglihatan yang dimiliki oleh burung helang kecuali
Merupakan penglihatan stereoskopik
Medan penglihatan lebih besar
Kawasan medan penglihatan yang bertindih lebih banyak
Dapat menganggar jarak dengan baik
Kelebihan pendengaran stereofonik ialah
membolehkan kita menentukan arah bunyi dengan tepat
membolehkan kita menentukan jarak bunyi dengan tepat
membolehkan pemangsa menentukan kedudukan mangsa
membolehkan mangsa lari daripada pemangsa
Sesetengah haiwan menghasilkan feromon untuk bergerak balas. Apakah itu feromon?
Sejenis hormon untuk berkomunikasi
Sejenis enzim untuk bertindak balas
Sejenis bentuk tindak balas haiwan
Sejenis bunyi yang dikeluarkan supaya didengari oleh haiwan lain
Apakah deria ikan untuk mengesan mangsa dan mengelakkan diri daripada pemangsa?
Feromon
Duri tajam
Garis lateral
Organ Jacobson
Apakah fungsi struktur P?
Melindungi peparu
Mengubah tekanan udara di dalam rongga toraks
Menaikkan dan menurunkan sangkar rusuk
Tempat pertukaran gas berlaku
Antara berikut, yang manakah benar tentang mekanisme pernafasan dalam rajah di atas?
Sangkar rusuk bergerak ke atas dan ke luar
Otot diafragma mengendur dan melengkung ke atas
Isi padu udara dalam peparu berkurang
Tekanan udara dalam peparu bertambah
Rajah di atas menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kesan merokok terhadap peparu.
Bahagian sistem respirasi manusia yang manakah diwakili oleh kapas?
Rongga toraks
Peparu
Diafragma
Bronkus
Bagaimanakah oksigen mengalir dari alveolus ke kapilari darah?
Resapan
Osmosis
Sedut nafas
Transpirasi
Apakah penyakit yang menyebabkan alveolus mengembang dan pecah?
Emfisema
Bronkitis
Asma
Pneumonia
Siapakah perokok pasif dalam rajah tersebut?
P dan Q
Q dan R
P dan R
P, Q dan R
Rajah di atas menunjukkan satu aktiviti untuk mengkaji gas dalam tumbuhan.
Apakah bahagian daun yang terlibat dalam aktiviti di atas?
sel palisad
sel epidermis
sel akar
stoma
Apakah struktur P?
Spirakel
Trakea
Trakeol
Pundi udara
Apakah fungsi stoma dalam tumbuhan?
Mengawal saiz sel pengawal
Tempat berlakunya fotosintesis
Membenarkan udara meresap ke dalam dan keluar daun
Menjadi segah dan melengkung
Apakah yang akan berlaku jika seseorang mempunyai sel darah merah berbentuk sabit?
Mengandungi kurang hemoglobin
Pengangkutan oksigen menjadi lebih cekap
Sentiasa bertenaga
Menghasilkan lebih banyak oksigen
Rajah di atas ialah struktur stoma. Antara berikut bahan manakah yang tidak termasuk dalam bahan yang meresap masuk atau keluar melaluinya?
Oksigen
Karbon dioksida
Wap air
Hidrogen
Bahagian sistem respirasi manusia yang manakah diwakili oleh kepingan getah?
Peparu
Sangkar rusuk
Diafragma
Trakea
Berikut ialah ciri-ciri alveolus yang membantu proses pertukaran gas berlaku dengan lebih efisien kecuali
Dinding setebal satu sel
Luas permukaan yang kecil
Dikelilingi jaringan kapilari yang banyak
Permukaan yang sentiasa lembap
Apakah kesan nikotin dalam rokok?
Menyebabkan kanser peparu
Menyebabkan radang trakea
Menyebabkan ketagihan
Mengeraskan alveolus
Gas berasid seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang terdapat dalam asap kilang melarut dalam air hujan menyebabkan...
Hujan asid
Penipisan lapisan ozon
Pemanasan global
Kesan rumah hijau
