Font size
WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 2: BAB 7
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Siapakah yang dilantik sebagai wakil mentadbir Pahang pada abad ke-15?
Seri Bija Diraja
Raja Muhammad
Sultan Mansur Shah
Sultab Muhammad Shah
Ketika Raja Muhammad berangkat dari Melaka ke Pahang untuk ditabalkan sebagai Sultan Pahang, siapakah golongan bangsawan Melaka yang mengiringinya?
Menteri
Laksamana
Temenggung
Perdana Menteri
Pengasasan Kesultanan Pahang pada tahun 1470 oleh Raja Muhammad meliputi dari Sedili Besar hingga Terengganu. Di manakah pusat pemerintahan pertama?
Bera
Pekan
Kuantan
Temerloh
Sultan Abdul Jamil Shah adalah sultan ketiga yang memerintah Pahang. Bagaimanakah baginda berjaya mempertahankan Pahang semasa diserang Siam?
Bantuan daripada Acheh
Bantuan daripada Terengganu
Bantuan daripada Kesultanan Johor
Bantuan daripada Kesultanan Melayu Melaka
Mengapakah Pahang terus diperintah oleh Kesultanan Johor Riau dari tahun 1614 hingga 1884 setelah kewafatan waris utamanya, iaitu Raja Muda Abdullah?
Wilayah pegangan Temenggung
Penerusan Kesultanan Johor Riau
Penerusan Kesultanan Melayu Melaka
Merupakan wilayah pegangan Bendahara Johor
Mengapakah Sultan Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan Melaka dan bersemayam di Kampar, Sumatera?
Serangan Acheh
Serangan Portugis
Mengasaskan Kesultanan baru
Berakhirnya Kesultanan Melaka
Mengapakah Tun Saban dan Nahkoda Kassim menjemput putera Sultan Mahmud Shah di Kampar?
Tujuan keselamatan
Pewarisan takhta Perak
Pertabalan Sultan Perak
Mengasaskan Kesultanan Perak
Antara berikut yang manakah alat yang dibawa bersama-sama Raja Muzaffar semasa baginda berangkat ke Perak?
Alat muzik
Cap mohor
Pedang Cura Si Manja Kini
Keris Panjang Nang Chayam
Di manakah pusat pemerintahan pertama Kesultanan Perak yang didirikan oleh Sultan Muzaffar?
Ipoh
Taiping
Tanah Abang
Kuala Kangsar
Siapakah yang mengiringi Tun Zainal Abidin ke Terengganu selain 80 orang keluarga Patani?
Pedagang
Tokoh agama
Golongan Diraja
Golongan ilmuan
Apakah alat kebesaran yang dibawa oleh Sultan Terengganu untuk pertabalan diraja?
Nobat
Tombak
Cap mohor
Keris diraja
Wilayah Terengganu meliputi dari Kemaman hingga Besut. Di manakah Sultan Zainal Abidin I mendirikan pusat pemerintahan yang pertama?
Besut
Perhentian
Tanjung Baru
Kuala Terengganu
Sultan Zainal Abidin III merupakan Sultan Terengganu yang masyhur. Apakah sumbangan terpenting baginda?
Membina jalan raya
Menubuhkan pasukan polis
Membina istana Maziah
Membina baitulmal
Apakah penganugerahan yang diterima oleh Raja Lumu daripada Sultan Mahmud Shah setelah ditabal sebagai sultan Selangor?
Nafiri dan gong
Keris dan nobat
Cap mohor dan keris
Nobat dan cap mohor
Gambar berikut merupakan Sultan Ala'Iddin Suleiman Shah yang merupakan Sultan Selangor yang terkenal. Apakah sumbangan baginda semasa pemerintahannya?
Pembinaan balai polis
Pembinaan mahkamah
Pembinaan landasan kereta api
Mengemaskinikan sistem sukat dan timbang
Maklumat berikut berkaitan Kesultanan Pahang.
Kesultanan Pahang mengamalkan sistem pewarisan takhta dan masih berasaskan pembesar empat, lapan dan enam belas.
Antara berikut yang manakah empat pembesar utama Pahang?
Orang Kaya Paduka Tuan
Orang Kaya Temenggung
Orang Kaya Indera Shahbandar
Orang Kaya Temenggung Paduka Raja
Keris berikut merupakan salah satu keris Panjang Diraja. Negeri manakah yang boleh dikaitkan dengan keris di atas?
Selangor
Kelantan
Pahang
Terengganu
Apakah tujuan utama adat melanggang perut diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu?
Memastikan bayi dilahirkan matang
Memastikan bayi dalam kandungan sihat
Memberi semangat kepada ibu untuk melahirkan
Membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibu
Apakah tujuan ekonomi sara diri dijalankan?
Dieksport
Didagangkan
Dikomersialkan
Menampung keperluan harian
Mengapakah generasi masa kini perlu memelihara warisan tinggalan Kesultanan Melayu Melaka?
Membentuk identiti negara
Menjamin keamaaan negara
Membentuk masyarakat yang bertoleransi
Mewujudkan rasa bangga terhadap warisan Kesultanan Melayu Melaka
