wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH KSSM TINGAKATAN 2 BAB 7..7.1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang dilantik sebagai wakil Kesultanan Melayu Melaka untuk mentadbir Pahang pada abad ke-15?

a)

Seri Bija Diraja

b)

Raja Muhammad

c)

Raja Muda Abdullah

d)

Sultan Mahmud Shah

2.

Apakah tujuan golongan bangsawan Melaka berangkat bersama-sama Raja Muhammad ke Pahang?

a)

Membangunkan sosioekonomi rakyat

b)

Membentuk pentadbiran baharu

c)

Mengawal keselamatan negeri

d)

Membantu mentadbir kerajaan

3.

Di manakah pusat pemerintahan Raja Muhammad selepas mengasaskan Kesultanan Pahang pada 1470?

a)

Raub

b)

Kuantan

c)

Pekan

d)

Temerloh

4.

Bagaimanakah kedudukan Pahang apabila Raja Muda Abdullah sebagai waris takhta mangkat?

a)

Diletakkan di bawah wilayah taklukan Johor

b)

Ditadbir oleh golongan bangsawan Pahang

c)

Diserahkan kepada bapa saudara baginda

d)

Diperintah oleh Kesultanan Johor Riau

5.

Kesultanan Perak diasaskan oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16.

Apakah bukti kepada pernyataan tersebut?

a)

Raja Muzaffar merupakan putera Sultan Mahmud Shah

b)

Sultan Mahmud Shah ditabal sebagai Sultan Perak

c)

Tun Saban merupakan pembesar Kesultanan Melayu Melaka

d)

Sultan Iskandar Dzulkarnain pengasas Kesultanan Perak

6.

Surat Ciri merupakan alat kebesaran Kesultanan Perak.

Apakah Surat Ciri tersebut?

a)

Ikrar taat setia sebagai ketua kerajaan negeri

b)

Puisi yang memuji kebesaran Raja-Raja Melayu

c)

Identiti kedaulatan dan kemegahan Sultan Perak

d)

Simbol kepda kewujudan institusi kesultanan

7.

Apakah alat regalia Kesultanan Perak?

Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Pedang Cura Si Manja Kini

b)

Keris Taming Sari

c)

Keris Panjang Nang Chayam

d)

Keris diraja

8.

Tok Temong telah memberi hadiah kepada Sultan Muzaffar Shah semasa hari pertabalan baginda.

Apakah hadiah tersebut?

a)

Cogan Alam

b)

Mahkota Diraja

c)

Mestika Embun

d)

Sundang Diraja

9.

Siapakah yang telah melaksanakan pertabalan Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1708?

a)

Tun Saban

b)

Raja Patani

c)

Sultan Melaka

d)

Bendahara Terengganu

10.

Apakah sumbangan Sultan Zainal Abidin III dalam pemodenan Terengganu?

a)

Menggubal Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu

b)

Menggubal Hukum Kanun Terengganu

c)

Menggubal Undang-undang Laut Terengganu

d)

Menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu

11.

Putera Daeng Chelak bernama Raja Lumu yang berketurunan Bugis telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor.

Siapakah yang telah mengiktiraf Raja Lumu sebagai Sultan Selangor?

a)

Sultan Pahang

b)

Sultan Terengganu

c)

Sultan Johor

d)

Sultan Perak

12.

Sultan Mahmud Shah dari Perak telah memberi anugerah kepada Raja Lumu setelah ditabalkan sebagai Sultan Selangor.

Apakah anugerah tersebut?

Pilih 2 jawapan yang tepat.

a)

Nobat

b)

Pedang

c)

Mahkota

d)

Cap Mohor

13.

Apakah gelaran yang digunapakai oleh Raja Lumu setelah mengasaskan Kesultanan Selangor pada tahun 1766?

a)

Sultan Sulaiman Shah

b)

Sultan Salehuddin Shah

c)

Sultan Mahmud Shah

d)

Sultan Ala'iddin Suleiman Shah

14.

Di manakah pusat pemerintahan pertama Kesultanan Selangor yang didirikan oleh Sultan Salehuddin Shah?

a)

Klang

b)

Kemaman

c)

Shah Alam

d)

Kuala Selangor

15.

Apakah sumbangan Sultan Ala'iddin Suleiman Shah terhadap kemajuan pembangunan negeri Selangor?

pilih 2 jawapan yang tepat.

a)

Membina rumah dan kedai

b)

Membina landasan kereta api

c)

Menubuhkan pasukan polis

d)

Menubuhkan mahkamah syariah