wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pengurusan bahan buangan

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah amalan pengurusan bahan buangan yang betul?

a)

Bahan buangan hendaklah dibungkus dan diikat dengan kemas

b)

Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut jenis bahan sebelum dibuang

c)

Gunakan bekas khas untuk membuang bahan buangan kimia dan sisa minyak

d)

Campurkan semua bahan buangan dan dibuang dalam bekas yang tertutup

2.

Simbol pada rajah adalah berkaitan dengan

a)

Amalan 3R

b)

Sisa toksik

c)

Penghasilan baja kompos

3.

Antara bahan berikut, yang manakah tidak boleh dikitar semula?

a)

Kaca

b)

Majalah

c)

Sisa makanan

d)

Tin aluminium

4.

Apakah kesan buruk situasi yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

Mengakibatkan pertambahan kekerapan bencana jerebu

b)

Penularan wabak penyakit

c)

Bilangan spesies haiwan bertambah di kawasan itu

d)

Tanah runtuh

5.

Sesetengah penduduk suka membuang sampah ke dalam sungai. Apakah kesan yang berlaku akibat daripada tindakan penduduk itu?

a)

Akan menyebabkan hujan asid

b)

Tanah kawasan itu menjadi kurang subur

c)

Sumber bekalan air bersih tercemar

d)

Populasi haiwan akuatik bertambah

6.

Manakah antara berikut amalan yang baik untuk menjaga kebersihan sumber air kita?

a)

Sisa kumbahan disalir terus ke sungai

b)

Elak membuang sampah ke dalam kolam renang

c)

Membina kawasan perumahan jauh dari sungai

d)

Menjaga kebersihan longkang supaya tidak tersumbat

7.

Apakah cara yang betul untuk melupuskan bahan buangan yang diperbuat daripada plastik?

a)

Buang di tepi tong sampah.

b)

Kitar semula.

c)

Pembakaran terbuka.

d)

Ditanam di dalam tanah.

8.

Apakah yang akan dilakukan kepada bahan buangan yang tidak dapat dikitar semula selepas dihantar ke pusat pengumpulan sampah?

a)

bahan buangan yang tidak dapat dikitar semula akan dibakar dalam insinerator bersuhu tinggi kemudian dilupuskan

b)

bahan buangan yang tidak dapat dikitar semula akan diasingkan dan dibuang ke dalam sungai

c)

bahan buangan yang tidak dapat dikitar semula akan dibungkus dan ditanam

d)

bahan buangan yang tidak dapat dikitar semula akan dijadikan sebagai baja kompos

9.

Antara bahan buangan berikut, yang manakah boleh dijadikan sebagai baja kompos?

a)

Botol

b)

Kain buruk

c)

Sisa toksik

d)

Sisa makanan

10.

Bau busuk yang dihasilkan daripada sisa makanan yang dibuang adalah disebabkan oleh ....

a)

Tindakan mikroorganisma dalam proses pengecutan

b)

Tindakan mikroorganisma dalam proses pengembangan

c)

Tindakan mikroorganisma dalam proses pereputan

d)

Tindakan mikroorganisma dalam proses pengawetan

11.

Kuala Lumpur merupakan salah satu bandar yang kerap dilanda banjir kilat. Apakah yang menyebabkan kejadian ini berlaku?

a)

Aliran sungai yang sangat deras menuju ke bandar

b)

Aliran air yang terhalang oleh timbunan sampah dalam longkang dan parit

c)

Hujan yang sangat lebat menyebabkan air sungai melimpah

d)

Jalan raya dibina di kawasan yang rendah dan mudah ditenggelami air

12.

Antara yang berikut, kempen yang manakah bertujuan untuk memupuk amalan kehidupan lestari bagi bahan tidak terbiodegradasi?

a)

Hari tanpa beg plastik

b)

Sedekah lebihan makanan

c)

Hari tanpa kenderaan

d)

Gotong royong