NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU KATA KERJA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Nenek ______________________tikar untuk dijual di Pasa Tani bagi menampung kehidupannya.
menternak
menanak
menganyam
menjahit
2. Ayah ________________________sebidang tikar semasa mengadakan aktiviti perkelahan bersama-sama penduduk Taman Ria.
membuka
menggulung
mengait
menghampar
3. Azli ____________________basikal di tepi jalan kerana rantai basikalnya telah putus.
mengheret
menolak
mengayuh
menuntun
4. Aini ____________________anaknya yang baharu sahaja berusia 8 bulan.
mengangkat
mendukung
memikul
menjunjung
5. Kakak _menolong ibu __________________ bahan-bahan masakan di dapur .
mengisar
menumbuk
membakar
menapis
6. Dua orang pekerja hospital sedang__________________ seorang pesakit untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar.
mengangkat
menolak
menarik
mengusung
7. Seekor anjing _________________tulang sambil melalui sebatang titi.
menggigit
menelan
memakan
menggonggong
8. Ayu __________________sedulang air teh untuk dijamukan kepada tetamu yang hadir di rumahnya.
menjunjung
mengendong
menatang
memikul
9. Ibu ______________beberapa biji bawang sebelum memasukkannya ke dalam kuali.
mencincang
menghiris
mengopek
menumbuk
10. Puan Laila rajin ____________________kuih pau untuk dijual di Bazar Ramadan.
memasak
menggoreng
menumis
mengukus
11. Ibu ____________________adik dengan sehelai kain tudung baharu supaya adik kelihatan lebih berseri.
memakai
menghiasi
meletakkan
memberi
12. Semasa proses___________________ikan,kita hendaklah menggunakan pisau yang tajam.
memotong
menyembelih
mengerat
menyiang
13. Puan Suzi menggunakan ampaian untuk __________________pakaian yang baharu sahaja dibasuhnya.
membasuh
mengeringkan
mencuci
membilas
14. Pelbagai kaum dan bangsa sedang ___________________tarian mengikut kebudayaan masing-masing di suatu majlis yang gilang-gemilang.
menunjukkan
menayangkan
mempersembahkan
menghebahkan
15. Amir, Liza dan Maria sedang ________________________pelajaran bersama-sama di perpustakaan.
melihat
menonton
membisik
mengulangkaji
16. Adik _____________________lilin sempena harijadinya yang ke-8 tahun.
menghembus
menghidu
meniup
merenjis
17. Adik Sufi kelihatan sangat comel semasa________________.
mengayuh
meniarap
meriba
melontar
18. Nazmi ___________________meminta pertolongan setelah dia dirompak di hadapan Kedai Pak Leman.
meronta
menggilap
memekik
menjentik
19. Ibu dan ayah _____________________________bola ke arah adik dengan riangnya.
melontar
menyepak
memberi
membaling
20. Bola yang dibaling oleh Cikgu Razi di tengah padang
telah___________________beberapa kali dan akhirnya
disambut oleh Amin.
melantun
menendang
merampas
mengguling
