wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSI TINGKATAN 5 NASAKH

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud nasakh dari segi bahasa?

a)

Memasukkan

b)

Menghapuskan

c)

Menambah baik

d)

Menyusup

2.

Antara berikut manakah perkara yang boleh berlaku nasakh?

a)

Hukum berkaitan harta warisan

b)

Rukun-rukun Iman

c)

Akhlak mazmumah

d)

Kewajipan solat fardhu

3.

Maksud nasakh dari segi istilah ialah

a)

Melewatkan perlaksanaan suatu hukum syarak

b)

Menghapuskan sesuatu hukum syarak dengan sebab wujud dalil syarak yang datang kemudian

c)

Memudahkan perlaksanaan suatu hukum syarak yang sukar

d)

Menghapuskan hukum syarak yang dengan cara yang dikehendaki syarak

4.

"Perubahan kiblat dari Baitul Maqdis ke arah Masjidil Haram". Kenyataan ini merupakan bahagian nasakh ___________.

a)

Berganti

b)

Bersyarat

c)

Bermusim

d)

Tidak berganti

5.

Manakah antara berikut bukan jenis nasakh?

a)

Nasakh Al-quran dengan Ijma'

b)

Nasakh Al-quran dengan Al-quran

c)

Nasakh As-sunnah dengan Al-quran

d)

Nasakh Al-quran dengan As-sunnah

6.

Rajah di atas merupakan jenis nasakh ________________.

a)

Al-quran dengan Al-quran

b)

As-sunnah dengan As-sunnah

c)

Al-quran dengan As-sunnah

d)

As-sunnah dengan Al-quran

7.

Sepanjang hidup Rasulullah, ada beberapa bentuk nasakh yang berlaku. Rajah di atas merupakan bentuk nasakh __________________.

a)

Nasakh bacaan dan nasakh hukum

b)

Nasakh hukum tanpa nasakh bacaan

c)

Tidak nasakh bacaan dan tidak nasakh hukum

d)

Nasakh bacaan tanpa nasakh hukum

8.

Pada zaman bilakah nasakh hukum syarak boleh berlaku?

a)

Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin

b)

Zaman Rasulullah hidup sahaja

c)

Zaman Tabien

d)

Zaman Tabi' Tabien

e)

Zaman Khalifah Abasiyyah

9.

Antara kepentingan memahami kaedah Nasakh dalam penetapan hukum syariat ialah

a)

Memudahkan ulamak menghapuskan hukum yang tidak sesuai

b)

Sebagai satu proses pendidikan

c)

Dapat membezakan antara hukum yang telah dimansukhkan dengan hukum yang masih tetap

d)

Memudahkan umat Islam memilih hukum yang dikehendaki

10.

Pernyataan yang benar tentang hikmah berlakunya nasakh ialah:

a)

Memantapkan dan meneguhkan syariat

b)

Mengikut peredaran zaman

c)

Mengelakkan penyalahgunaan hukum syarak

d)

Membantu pelajar memahami ilmu fardhu ain

11.

Pernyataan yang benar tentang jenis nasakh ialah:

a)

Al quran dengan Al quran

b)

As sunnah dengan Aqal

c)

Ijmak dengan Al quran

d)

Qias dengan Al quran

12.

Di antara berikut,perkara yang boleh dinasakhkan ialah:

a)

Segala hukum asas yang qatie

b)

Hukum ta'zir yang telah diputuskan oleh khalifah

c)

Hukum syarak yang dijelaskan berkekalan oleh nas

d)

Sifat baik yang asasi yang tidak berubah mengikut zaman

13.

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لأزْوَاجِهِمْ مَتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ

***************


Bentuk nasakh bagi ayat di atas ialah:

a)

Nasakh hukum dan bacaan

b)

Nasakh hukum tanpa bacaan

c)

Nasakh hukum yang diganti

d)

Nasakh hukum ringan kepada berat

14.

عن عائشة رضى الله عنها قالت : فِيمَا أُنْزِلَ مِنْ الْقُرْآنِ عَشْرُ رَضَعَاتٍ مَعْلُومَاتٍ يُحَرِّمْنَ ثُمَّ نُسِخْنَ بِخَمْسٍ مَعْلُومَاتٍ فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُنَّ فِيمَا يُقْرَأُ مِنْ الْقُرْآنِ

***********


Hukum yang dimansukhkan dalam hadis di atas ialah:

a)

Larangan menziarahi kubur

b)

Penyusuan sepuluh kali kenyang mengharamkan kahwin

c)

Kewajipan berwasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabat

d)

Tempoh idah setahun bagi perempuan yang kematian suami

15.

Antara yang berikut yang manakah contoh nasakh bacaan tanpa menasakhkan hukum?

a)

Pengurangan bilangan susuan

b)

Penetapan had zina kepada penzina muhson

c)

Pertambahan bilangan mukmin yang sabar dalam jihad

d)

Perubahan kiblat dari Masjid Al-Aqsa ke Masjid Al-Haram

16.

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا ٱلْوَصِيَّةُ لِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ بِٱلْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى ٱلْمُتَّقِينَ

*******


Apakah bentuk nasakh dalam hadis di atas?

a)

Nasakh hukum tanpa ganti

b)

Nasakh hukum tanpa bacaan

c)

Nasakh bacaan yang berganti

d)

Nasakh bacaan tanpa hukum

17.

Contoh bentuk Nasakh bacaan sahaja tanpa menasakhkan hukum ialah...

a)

Hukum Tempoh Iddah setahun

b)

Hukum rejam penzina yang berkahwin

c)

Hukum 10 kali susuan mengharamkan perkahwinan

d)

Hukum berkaitan aqidah

18.

Hukum-hukum asas seperti berkaitan Aqidah dan Usuluddin tidak boleh dinasakhkan.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Contoh Nasakh al-hadis dengan al-Hadis ialah hukum ziarah kubur

a)

Betul

b)

Salah

20.

Nasakh hukum menghadap Baitul Maqdis kepada menghadap Kaabah ialah Nasakh kepada hukum yang lebih berat

a)

Betul

b)

Salah

21.

المبسوخ عنه اياله حکوم يغ دبطلکن

a)

Betul

b)

Salah

22.

Hukum Qiamullail telah dimansukhkan daripada Wajib kepada sunat

a)

Betul

b)

Salah

23.

Ulamak sepakat mengatakan Nasakh tidak harus berlaku dalam syariat.

a)

Betul

b)

Salah

24.

Nasakh hukum Iddah setahun kepada 4 bulan sepuluh hari adalah Nasakh al-Hadis dengan al-Quran

a)

Betul

b)

Salah

25.

perkara yang dimansukhkan ialah Khitab syarak terdahulu yang mengandungi hukum syarak mencakupi perintah,larangan atau penceritaan yang mempunyai hukum.

a)

Betul

b)

Salah