wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KERAJAAN ABBASIAH

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Asal penubuhan Kerajaan Abbasiah ialah bersempena nama bapa saudara Rasulullah SAW iaitu :

a)

Abu Talib Bin Abdul Mutalib

b)

Al-Abbas Bin Abdul Mutalib

c)

Abu Jahal

d)

Abu Lahab

2.

Siapakah pengasas Kerajaan Abbasiah?

a)

Abu Al-Abbas Abdullah Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah

b)

Abi Jaafar Abdullah Muhammad Bin Ali Al-Mansur

c)

Harun Ar-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahdi Bin Al-Mansur Al-Abbasi

d)

Al-Makmun Bin Harun Ar-Rasyid Bin Muhammad Al-Mahdi

3.

Berapakah bilangan khalifah Kerajaan Abbasiah?

a)

4

b)

14

c)

27

d)

37

4.

Pusat pemerintahan Kerajaan Abbasiah terletak di

a)

Madinah

b)

Damsyik, Syria

c)

Baghdad, Iraq

d)

Kufah, Baghdad

5.

Abu Jaafar Al-Mansur telah memindahkan pusat pentadbiran Kerajaan Abbasiah dari Damsyik ke

a)

Madinah

b)

Baghdad

c)

Kufah

d)

Syria

6.

Abu Al-Abbas Bin Muhammad Bin Ali As-Saffah telah berjaya menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan pemberontakan oleh golongan

a)

Yahudi dan Nasrani

b)

Syiah dan Khawarij

c)

Aus dan Khazraj

7.

Pilih jasa dan sumbangan Khalifah Harun Ar-Rasyid.

a)

Membina hospital

b)

membina Baitul Hikmah ( Perpustakaan Agung)

c)

membina balai cerap

d)

mewujudkan jawatan Ketua Hakim Negara (Qadi Al-Qudhat)

8.

Khalifah Al-Makmun menjadikan Baitul Hikmah sebagai

a)

Pusat penyelidikan

b)

Pusat ilmu

c)

Pusat Bahasa

d)

Pusat Penterjemakan Negara

9.

Manakah antara berikut institusi pendidikan Kerajaan Abbasiah?

a)

sekolah

b)

masjid

c)

istana khalifah

d)

perpustakaan

10.

Antara faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah ialah campurtangan pegawai berbangsa _________________________ dalam pemerintahan.

a)

Parsi dan Turki

b)

Yahudi dan Nasrani

c)

Mekah dan Madinah

11.

Apakah prasarana pertanian dan perdagangan yang dibina oleh khalifah sebagai inisiatif dalam bidang ekonomi?

a)

empangan

b)

pusat-pusat perniagaan

c)

balairaya

d)

rumah api

12.

Manakah antara berikut faktor kegemilangan dari aspek ketenteraan?

a)

Layanan yang baik daripada khalifah dengan menghapuskan penindasan dan perhambaan.

b)

Strategi peperangan yang mantap seperti Al-Karadis telah berjaya mengalahkan serangan musuh.

c)

Khalifah Al-Makmun memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang.

d)

Peranan institusi pendidikan seperti masjid dan istana khalifah.

13.

Baitul Hikmah ialah sebuah

a)

perpustakaan

b)

masjid

c)

balairaya

d)

bank

14.

Pilih faktor kemerosotan Kerajaan Abbasiah dari aspek sosial.

a)

Campur tangan pegawai berbangsa Parsi dan Turki dalam pemerintahan.

b)

Kebajikan rakyat terabai akibat kelemahan pentabbiran khalifah.

c)

Serangan dari tentera Mongul telah meruntuhkan kekuatan Kerajaan Abbasiah.

d)

Sektor pertanian merosot kerana sistem pengairan tidak dapat dibaiki ekoran masalah ekonomi.

15.

Apakah sektor ekonomi yang terdapat pada zaman Kerajaan Abbasiah ?

a)

Pertanian dan perdagangan

b)

Pertanian, perdagangan dan perindustrian

c)

Pertanian dan perlombongan

d)

Perikanan, pertanian dan perlombongan