wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UBF 1143-BAB 4-SEGMENTASI PASARAN, SASARAN DAN PERLETAKAN

Total questions: 10

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Manakah definisi segmentasi pasaran?

a)

A. Meningkatkan usaha melibatkan keseluruhan syarikat.

b)

B. Membahagikan pasaran luas dan pelbagai berasaskan ciri-ciri pengguna.

c)

C. Menilai daya tarikan sesuatu kumpulan pengguna yang berkongsi keperluan atau ciri-ciri yang sama yang sesuai ditawarkan oleh firma.

d)

D. Melibatkan usaha pemasar meletakkan imej produk yang jelas, baik dan berbeza dalam minda pengguna sasaran.

2.

Sebagai perunding perniagaan, apakah jenis segmentasi pasaran yang anda cadangkan kepada pemasar yang memasarkan produknya berdasarkan ciri-ciri kelas sosial, gaya hidup dan personaliti.

a)

A. Jantina

b)

B. Gelagat

c)

C. Demografi

d)

D. Psikografi

3.

Pernyataan yang manakah menerangkan pemasaran tertumpu?

a)

A. Digunakan oleh organisasi bermodal kecil yang beroperasi dalam pemasaran yang terhad.

b)

B. Pemasar menyasarkan beberapa segmen pasaran dan seterusnya membentuk strategi pemasaran yang berbeza.

c)

C. Menyesuaikan produk dengan program pemasaran untuk memenuhi cita rasa individu atau lokasi pengguna yang spesifik.

d)

D. Melibatkan kos yang tinggi kerana pemasar memerlukan strategi pemasaran yang berbeza.

4.

Manakah pernyataan berikut menerangkan segmen pasaran yang menarik?

a)

A. Persaingan dalam industri adalah sengit.

b)

B. Pembeli mempunyai kuasa tawar menawar yang tinggi.

c)

C. Pembekal mempunyai kuasa tawar menawar yang rendah.

d)

D. Segmen pasaran yang mempunyai banyak produk gantian.

5.

Ciri-ciri kereta yang dilengkapi dengan sistem keselamatan harus disampaikan kepada pengguna yang mementingkan keselamatan.

Manakah strategi peletakan pasaran yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

A. Kekerapan penggunaan

b)

B. Atribut produk

c)

C. Pengguna

d)

D. Manfaat

6.

Situasi berikut menerangkan segmentasi pasaran Syarikat pengeluar minuman Coca-cola.

Syarikat pengeluar minuman Coca-cola menawarkan produk yang dapat memenuhi kehendak pasaran yang tertentu seperti Diet Coke untuk pelanggan yang mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan, Caffeine-Free Coke untuk mereka yang sukakan caffeine dan Cherrie Coke bagi mereka yang inginkan kelainan dari segi rasa. Apakah asas segmentasi yang berkaitan dengan petikan tersebut.

a)

A. Demografi

b)

B. Fisiologi

c)

C. Gelagat

d)

D. Psikografi

7.

Maklumat di bawah menerangkan proses yang terlibat dalam peletakan pasaran. Pilih proses yang TEPAT berdasarkan maklumat tersebut.

a)

A. Menyesuaikan produk dengan pasaran.

b)

B. Mengkomunikasikan ciri-ciri produk.

c)

C. Menentukan pasaran sasaran.

d)

D. Memilih pengguna sasaran.

8.

Pilih strategi peletakan pasaran yang digunakan oleh Kedai Makan Juara Selera apabila ia membuat pembelian gula pasir dan susu.

a)

A. Manfaat

b)

B. Pengguna

c)

C. Klasifikasi produk

d)

D. Kekerapan penggunaan

9.

Syarikat Perodua mengamalkan strategi pemasaran terbeza iaitu syarikat tersebut________________________.

a)

A. menyasarkan keluarannya yang mempunyai permintaan tinggi dalam satu atau dua segmen pasaran.

b)

B. menyasarkan beberapa segmen pasaran dan mereka bentuk penawaran yang berlainan untuk setiap segmen.

c)

C. menyasarkan beberapa segmen pasaran di samping cuba menguasai syer besar dalam beberapa segmen yang lebih kecil.

d)

D. tidak menyasarkan segmen pasaran tetapi mereka bentuk produk dan program pemasaran untuk memenuhi cita rasa pengguna.

10.

Diberi situasi berikut:

Syarikat N menawarkan kasut sukan yang berbeza-beza untuk sukan seperti lumba lari, lumba basikal dan badminton. Manakala Syarikat C menyasarkan minuman berkarbonat untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.

Apakah strategi penyasaran pasaran yang digunakan oleh kedua-dua syarikat di atas?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D