wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bab 5 : Jirim

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud jirim?

a)

Jirim ialah benda hidup

b)

Jirim ialah benda yang mempunyai berat dan memenuhi ruang

c)

Jirim ialah benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang

d)

Jirim ialah benda yang mempunyai jisim dan tidak memenuhi ruang

2.

Antara aktiviti berikut, yang manakah merupakan sifat fizik bagi jirim?

a)

Dapat diperhatikan atau diukur

b)

Melibatkan contoh seperti pengaratan besi

c)

Melibatkan tindak balas kimia

d)

Melibatkan pembentukan bahan baharu

3.

Antara yang berikut, yang manakah adalah jirim?

a)

Udara

b)

Cahaya

c)

Emosi

d)

Gelombang radio

4.

Antara tindak balas berikut, yang manakah merupakan tindak balas fizik?

a)

Pembakaran kertas

b)

Peleburan ais

c)

Respirasi sel

d)

Menggoreng telur

5.

Rajah di sebelah kiri menunjukkan seorang murid sedang meniup belon untuk menunjukkan sifat-sifat belon.

Antara sifat udara berikut, yang manakah digunakan untuk menunjukkan bahawa udara ialah suatu contoh jirim?

a)

Udara adalah suatu gas

b)

Udara mempunyai jisim

c)

Udara mengembang

d)

Udara memenuhi ruang

6.

Jirim ditakrifkan sebagai bahan yang mempunyai jisim dan

a)

warna

b)

ketumpatan

c)

bentuk tertentu

d)

memenuhi ruang

7.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan satu perubahan kimia telah berlaku?

a)

Permukaan cincin yang berkilat akan lama-kelamaan bertukar pudar.

b)

Air diletakkan dalam peti sejuk beku akan menjadi pepejal

c)

Stim terkondensasi pada permukaan sejuk

d)

Memanaskan 1cm3 akan menghasilkan lebih daripada 1000cm3 wap.

8.

Teori kinetik jirim menyatakan jirim terdiri daripada zarah yang

a)

Berbentuk sfera

b)

Tersusun padat

c)

Berseni dan diskret

d)

Sentiasa bebas bergerak

9.

Seorang murid menjalankan penyiasatan untuk mengkaji sifat jirim.

Apakah pemerhatian yang dapat dibuat pada akhir penyiasatan berdasarkan rajah di sebelah kiri?

a)

Kedua-dua belon kekal seimbang

b)

Kayu senget ke arah belon B

c)

Kayu senget ke arah belon A

d)

Kedua-dua belon pecah

10.

Rajah di sebelah kiri menunjukkan satu aktiviti yang dilakukan di dalam makmal.

Apakah yang berlaku apabila sebatang pin dicucuk melalui pita selofan pada belon P?

a)

Belon Q meletup

b)

Belon P menjadi besar

c)

Belon P menjadi ringan

d)

Belon Q menjadi berat

11.

Apakah inferens bagi aktiviti tersebut dengan merujuk soalan 10?

a)

Udara memenuhi ruang

b)

Udara mempunyai jisim

c)

Belon mempunyai jisim

d)

Udara mempunyai berat

12.

Antara situasi berikut, yang manakah menunjukkan sifat kimia jirim?

a)

Gula melarut di dalam kopi

b)

Air mendidih pada takat didih 100°C

c)

Besi berkarat

d)

Aiskrim melebur

13.

Rajah di sebelah kiri menunjukkan seorang budak lelaki mengepam tayar basikal.

Mengapakah tayar itu mengembang apabila udara dipam ke dalamnya.

a)

Udara mengembang

b)

Udara memenuhi ruang

c)

Udara mempunyai jisim

d)

Udara mempunyai isi padu

14.

Pernyataan manakah benar tentang zarah-zarah dalam gas?

a)

Zarah-zarah bergerak secara rawak

b)

Zarah-zarah tersusun dengan sangat rapat

c)

Zarah-zarah bergetar pada kedudukan yang tetap

d)

Zarah-zarah tidak boleh berlanggar antara satu sama lain

15.

Rajah di sebelah kiri menunjukkan perubahan keadaan jirim.


Apakah proses yang berlaku apabila kiub ais menjadi air?

a)

Penyejatan

b)

Peleburan

c)

Kondensasi

d)

Pendidihan

16.

Rajah di sebelah kiri menunjukkan tiga keadaan jirim.

Proses yang ditunjukkan oleh ais kering ialah

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

17.

Rajah di sebelah kiri menunjukkan tiga besen dengan keadaan fizikal jirim yang berlainan. P dan Q adalah proses perubahan yang terlibat.

Antara berikut, yang manakah benar tentang proses P dan Q?

a)

Proses P: Peleburan (haba dibebaskan) ; Proses Q: Pendidihan (haba dibebaskan)

b)

Proses P: Pembekuan (haba dibebaskan) ; Proses Q: Kondensasi (haba dibebaskan)

c)

Proses P: Peleburan (haba diserap) ; Proses Q: Pendidihan (haba diserap)

d)

Proses P: (haba diserap) ; Proses Q: kondensasi (habadiserap)

18.

Maklumat di bawah adalah tentang bahan P.


Apakah yang mewakili bahan P?

a)

Ais

b)

Alkohol

c)

Minyak masak

d)

Karbon dioksida

19.

Rajah di sebelah kiri menunjukkan susunan zarah-zarah dalam bahan Q.

Antara yang berikut, yang manakah mungkin bahan Q?

a)

Batu

b)

Oksigen

c)

Hidrogen

d)

Juz oren

20.

Rajah di sebelah kiri menunjukkan perubahan keadaan jirim bagi ais.


Apakah proses yang diwakili oleh J, P dan Q?

a)

J: Pembekuan ; P: Pendidihan ; Q: Kondensasi

b)

J: Pembekuan ; P: Pemejalwapan ; Q: Kondensasi

c)

J: Kondensasi ; P: Pemejalwapan ; Q: Pembekuan

d)

J: Peleburan ; P: Pemejalwapan ; Q: Pendidihan

21.

Bagaimanakah cecair boleh bertukar menjadi gas?

a)

haba diserap

b)

haba dbebaskan

c)

haba disejukkan

d)

haba dipanaskan

22.

Apakah perubahan keadaan jirim apabila air bertukar menjadi ais?

a)

Pepejal kepada cecair

b)

Gas kepada cecair

c)

Cecair kepada pepejal

d)

Cecair kepada gas

23.

Maklumat berikut menunjukkan tiga proses bagi perubahan keadaan jirim.

Antara yang berikut, yang manakah mewakili proses P, Q dan R?

a)

P: Kondensasi ; Q: Pendidihan ; R: Peleburan

b)

P: Kondensasi ; Q: Peleburan ; R: Pendidihan

c)

P: Peleburan ; Q: Pendidihan ; R: Kondensasi

d)

P: Peleburan ; Q: Kondensasi ; R: Pendidihan

24.

Rajah manakah yang mewakili susunan zarah-zarah dalam pepejal?

a)
b)
c)
d)
25.

Antara proses berikut, yang manakah melibatkan penyerapan haba?

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

II dan III

d)

I dan IV

26.

Rajah di sebelah kiri menunjukkan perubahan keadaan jirim apabila haba dibebaskan.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkam tentang zarah-zarah apabila jirim X berubah menjadi jirim Y?

a)

Saiz zarah-zarah bertambah

b)

Zarah-zarah bergerak lebih cepat

c)

Tenaga kinetik zarah-zarah bertambah

d)

Tenaga kinetik zarah-zarah berkurangan