wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

50 Soalan Adab TG4

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud bercakap benar?

a)

Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan

b)

Tidak ragu-ragu dari segi perbuatan, perkhabaran dan perbuatan

2.

Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, mafhumnya, "kalian sentiasa bersikap benar. Sesungguhnya benar itu membawa __________________, dan ia membawa ke _______________

a)

Kebahagiaan, Alam barzakh

b)

Kebaikan, syurga

3.

Tuntutan bercakap benar adalah dalam perkara berikut :-

I benar dalam tutur kata

II benar dalam tugas

III benar dalam niat dan kemahuan

IV benar dalam menepati janji

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

Semua di atas

4.

Berikut ialah pernyataan berkaitan benar dalam keazaman dan cita-cita kecuali

a)

Menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan

b)

Bertekad mencapai apa-apa yang dicita-citakan

c)

Tindakan yang dilakukan seiring dengan keazaman mencapai matlamat

5.

Dalam mengaplikasikan Sikap benar dalam kehidupan, sesungguhnya Rasulullah adalah insan yang paling agung dijadikan contoh.


Ini dapat dibuktikan dalam usaha Nabi Muhammad menyampaikan wahyu kepada umat manusia.


Sebab Nabi Muhammad bersikap benar dalam penyebaran wahyu ialah _______________

a)

Nabi Muhammad tidak menokok tambah ayat yang disampaikan.

b)

Nabi Muhammad mengikut kehendak dan pendapat perubadi.

6.

Rasulullah saw juga menunjukkan contoh yang benar sekalipun baginda bergurau senda.Contoh peristiwa tersebut ialah

a)

Perbualan Rasul dengan wanita tua yang menyatakan tiada orang tua yang masuk syurga sehingga menyebabkan wanita itu bersedih.Hal ini berdasarkan ayat Al Quran dalam surah Al Waqiah : 37-38

b)

Perbuatan Rasul dengan anak kecil yang menyatakan budak- budak tidal masuk syurga sehingga menyebabkan kanak-kanak itu bersedih.

7.

Lawan kepada benar ialah

a)

Khianat

b)

Bohong

8.

Antara tanda orang munafik ialah

a)

Apabila berjanji dia turuti

b)

Apabila diberi amanah dia khianati

9.

Orang yang melakukan perbuatan Nifak digelar (a)  

10.

Antara tindakan kita apabila mendapat sesuatu berita, kita hendaklah menyelidikinya terlebih dahulu. Perbuatan ini dinamakan?

a)

tafahhum

b)

tabayyun

11.

Apakah maksud Khauf ?

a)

Takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi perintah dan larangan-Nya

b)

Takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi segala larangan-Nya

c)

Takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan melakukan segala larangan-Nya

12.

Maksud Raja' ialah _________________

a)

Mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah dan larangan-Nya

b)

Meminta rahmat dan kasih sayang Allah Ta'ala

c)

Mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya

13.

Apakah cara untuk mendapatkan Raja' ?

a)

Sentiasa mengambil iktibar dari kaum terdahulu

b)

Melakukan amal ibadah dengan penuh kesungguhan

c)

Hidup dalam keadaan aman damai

14.

Sifat Khauf dan Raja' menyebabkan seseorang sentiasa ____________ terhadap segala tindakan yang dilakukan.

a)

berhati-hati

b)

positif

c)

yakin

d)

istiqamah

15.

Rasulullah menangis ketika mengerjakan solat gerhana matahari. Ini adalah contoh sifat _______________

a)

Raja'

b)

Ihsan

c)

Khauf

d)

Fatonah

16.

Antara berikut yang manakah bukan konsep khauf dan raja' yang seimbang?

a)

Rasa takut kepada Allah hendaklah diiringi dengan tindakan yang selaras dengan syarak

b)

Seseorang yang mengharapkan keredhaan Allah hendaklah menjauhi perbuatan maksiat

c)

Perasaan khauf kepada balasan syurga merupakan benteng daripada melakukan maksiat

d)

Khauf dan raja' mestilah berpaksikan kepada husnudzon kepada Allah

17.

Berikut adalah konsep khauf dan raja' kecuali

a)

Rasa takut kepada Allah tetapi tindakan tidak selari dengan syarak

b)

Mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan ibadat dan manjauhi laranganNya

c)

Ganjaran syurga menjadi motivasi untuk mendekatkan diri kepada Allah

18.

Antara hikmah khauf dan raja' ialah

a)

mendidik jiwa suka melakukan kebaikan

b)

melupakan Allah dalam semua urusan

c)

gembira apabila melaksanakan kemungkaran dan kejahatan

d)

sentiasa bertawakkal kepada Allah setelah berusaha

19.

Alif ingin bertaubat atas segala dosa yang dilakukan dan amat berharap agar Allah mengampuni segala dosanya. Apakah tindakan tepat yang perlu dilakukan oleh Alif?

a)

Meneruskan kehidupannya seperti biasa

b)

Berdoa supaya diberikan kekuatan untuk bertaubat

c)

Berhenti daripada melakukan dosa tersebut

d)

Menunaikan solat sunat taubat dan berusaha menjauhi maksiat

20.

Afiq telah banyak melakukan dosa. Kaitkan konsep perasaan khauf dan raja' yang sepatutnya ada pada Afiq?

a)

Takut kepada neraka dengan menghindarkan diri daripada melakukan maksiat atau dosa.

b)

segera melakukan amalan kebajikan dan meninggalkan perkara sia-sia.

c)

Tidak perlu mengharapkan pengampunan Allah SWT kerana tidak beramal soleh.

d)

Berputus asa dengan rahmat Allah SWT kerana mempunyai sahsiah yang buruk.

21.

Khauf dan raja' hendaklah berpaksikan "husnu dzon"

(حُسْنُ الظَّـنَّ ) kepada Allah SWT.

a)

Betul

b)

Salah

22.

Manakah antara berikut merupakan dalil tentang tuntutan bersifat khauf dalam kehidupan?

a)

surah ali-Imran ayat 175

b)

surah an-Nisa' ayat 15

c)

surah al-Maidah ayat 26

d)

surah ad-Dukhan ayat 23

23.

"Ziarahlah orang yang sakit,berilah makanan kepada orang yang lapar dan bebaskanlah tawanan,"(Riwayat al-Bukhari)

Terjemahan hadis diatas merujuk kepada adab terhadap ________

a)

orang sakit

b)

tawanan Perang

c)

Orang yang susah

d)

orang kurang upaya

24.

Hikmah beradab ketika kepada orang sakit ialah dapat melahirkan (a)   kerana diberikan nikmat kesihatan setelah melihat penderitaan pesakit.

25.

Ayat diatas adalah .........

a)

Dalil naqli adab terhadap orang sakit

b)

Dalil naqli adab terhadap orang kurang upaya

c)

Doa ketika menziarahi orang sakit

d)

Doa ketika bersama orang kurang upaya

26.

Memastikan tempat dan tubuh pesakit sentiasa bersih.

Pernyataan di atas merujuk kepada adab menjaga orang sakit dari aspek

a)

Fizikal

b)

Ibadat

c)

Emosi

27.

Tidak melakukan sesuatu yang boleh mengganggu ketenteraman mereka merupakan adab menjaga orang sakit dari aspek (a)  

28.

Menggembirakan pesakit agar hatinya tenang dalam menempuh ujian

Melahirkan keinsafan kerana diberikan nikmat kesihatan


Pernyataan di atas merupakan

a)

Cara menjaga orang sakit

b)

Faktor menjaga orang sakit

c)

Hikmah menjaga orang sakit

29.

Orang kurang upaya bermaksud seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk melibatkan diri secara efektif dari segi (a)   , mental, intelektual atau pancaindera

30.

Menyediakan kemudahan kepada mereka untuk menunaikan ibadat dengan selesa


Pernyataan di atas merujuk kepada adab terhadap orang kurang upaya dari aspek (a)  

31.

Pilih dua pernyataan yang merujuk kepada adab menjaga orang kurang upaya dari aspek fizikal

a)

memastikan kemudahan asas yang disediakan untuk mereka tidak disalahgunakan

b)

Menyediakan ruang dan memberi peluang kepada mereka sesuai dengan keperluan mereka

c)

tidak mengejek dan menghina mereka

d)

membantu mereka dengan memberi tunjuk ahar mengenai urusan ibadat

32.

Antara berikut yang manakah BUKAN kategori orang kurang upaya?

a)

kurang upaya penglihatan

b)

kurang upaya pemakanan

c)

kurang upaya pendengaran

d)

kurang upaya anggota

33.
Yang manakah merupakan hak bagi golongan kurang berupaya ?
a)
Hak untuk tidak menjalani kehidupan yang normal
b)
Hak untuk bebas bergerak
c)
Hak untuk tinggal bersama keluarga
d)
Hak untuk disisihkan daripada masyarakat
34.

Antara berikut yang manakah hikmah beradab terhadap orang kurang upaya

a)

melahirkan keinsafan

b)

mengembirakan hari

c)

menimbulkan rasa dihargai dalam diri mereka

d)

mengeratkan ukhwah sesama anggota masyarakat

35.

Hukum ibu bapa menjaga dan membesarkan anak-anaknya walapun anak-anaknya dilahirkan tidak sempurna adalah ______.

a)

Harus

b)

Makruh

c)

Sunat

d)

Wajib

36.

Ruangan tempat duduk orang kurang upaya dalam kenderaan awam seperti bas dan komuter adalah salah satu adab dari aspek...

a)

rohani

b)

keselamatan

c)

ibadah

d)

fizikal

37.

Saiful menyediakan kerusi roda untuk Salleh bergerak ke bilii air bagi mengambil wudhuk.


Situasi di atas adalah adab terhadap orang kurang upaya dari aspek....

a)

fizikal

b)

mental

c)

ibadah

d)

jasmani

38.

Wasatiyyah ialah pendekatan yang sederhana, seimbang __________ dan _______ dalam setiap tindakan

a)

istiqamah, yakin

b)

saksama, adil

c)

adil, cemerlang

d)

bijak, konsisten

39.

Berikut merupakan prinsip wasatiyyah kecuali

a)

kesederhanaan

b)

kestabilan

c)

keadilan

d)

keseimbangan

40.

Aspek keseimbangan merangkumi

a)

Rohani,jasmani,duniawi

b)

Akal,jasmani,rohani

c)

Spiritual, alami,jasadi

41.

Antara cara menjaga jasmani ialah

a)

Makan terlalu banyak supaya banyak tenaga

b)

Makan makanan yang seimbang dan sihat

c)

Bekerja keras tanpa rehat

42.

Keadilan ialah meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa dan _________

a)

alam sekeliling

b)

keadaan

c)

tempat

43.

Antara aspek keadilan ialah

a)

mengambil hak orang lain

b)

memberikan hak kepada yang berhak

c)

mengeakkan kebenaran walaupun melukai orang lain

44.

Ciri-ciri ummah yang cemerlang

a)

melaksanakan kerja dan tugasan sambil lewa

b)

tidak terlibat dengan dosa dan membiarkan orang lain melakukannya

c)

Ikhlas bekerja dan melaksanakan tugas

45.

Cara untuk membangunkan rohani

a)

Makan makanan yang mahal

b)

beribadah sepanjang masa tanpa perlu bekerja

c)

menumpukan soal akhirat dengan mengabaikan hal keduniaan

d)

mempelajari Al-Quran dan menghayatinya

46.

Seseorang yang mengamalkan prinsip wasatiyyah akan

a)

melaksanakan tugas dengan penuh semangat dengan tidak menghiraukan tuntutan keduniaan yang lain

b)

tumpuan kepada hal akhirat sahaja

c)

melaksanakan tugas sebagai khalifah berpandukan prinsip agama

47.
a)

Hadis tentang Wasatiah

b)

Dalil tentang Wasatiah

c)

Ayat tentang kecemerlangan

48.

Siapakah Ummatan Wasatan?

a)

Umat yang terpinggir lagi adil

b)

Umat yang terabai lagi adil

c)

Umat yang terpilih lagi adil

49.

Prinsip Wasatiah dalam kesederhanaan bermaksud

a)

Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan mematuhi syarat.

b)

Melakukan sesuatu dengan kurang sempurna, tidak melampaui batas dan mematuhi syarat.

c)

Melakukan sesuatu dengan kurang sempurna, melampaui batas dan mematuhi syarat.

50.

Prinsip Wasatiah dalam keseimbangan bermaksud

a)

Memenuhi keperluan sebahagian rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam semua keadaan.

b)

Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam semua keadaan.

c)

Memenuhi keperluan bukan rohani, jasmani dan akal secara sempurna dalam semua keadaan.