Font size
WorksheetsKeselamatan Di Surau & Kawasan Perhimpunan
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
SOALAN 1 HINGGA 5 BERDASARKAN KESELAMATAN DI SURAU
1. Antara warna berikut, yang manakah sesuai untuk dinding surau sekolah bagi tujuan keselamatan
Biru langit / cair
Merah
Hitam
Hijau
2. Pada sudut manakah yang paling sesuai untuk diletakkan alat pemadam api?
Di sudut tepi dalam surau
Luar surau
Belakang surau
Dalam tandas
3. Apakah alat yang paling sesuai untuk digunakan oleh pelajar ketika belajar di dalam surau?
Meja guru
Meja makan
Rehal
Lantai
4. Apakah perkara paling utama sebelum murid memasuki surau?
Susun kasut
Berlari
Panjat tembok
Berbual - bual
5. Perkara apakah yang tidak boleh dilakukan oleh murid ketika dalam surau?
Rehat
Solat
Makan
Baca Al-Quran
SOALAN 6 HINGGA 10 BERDASARKAN KESELAMATAN DI KAWASAN PERHIMPUNAN
6. Longkang di sekitar kawasan perhimpunan sewajarnya diletakkan ____ longkang.
pemecah
penyumbat
penutup
penduduk
7. Jika berlaku kerosakan pada pentas, kita perlu melaporkannya kepada pihak ____
Jabatan kerja raya
Sekolah
Polis
Perubatan
8. Anda merupakan pelajar terawal tiba di tapak perhimpunan, lalu anda terlihat terdapat beberapa kawasan lantai yang basah akibat terkena tempias hujan. Apakah yang akan anda lakukan?
Meletakkan kapal kertas agar murid lain dapat bermain.
Membiarkannya kerana bukan urusan anda.
Melawati kawasan tersebut dan mengukur keluasan lopak air dan mencatatnya.
Mengambil mop lalu membersihkannya bagi mengelakkan sebarang kecederaan.
9. Jika sekitar tapak perhimpunan terdapat semak samun, apakah kemungkinan yang terdapat di situ?
Haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular.
Sesi pembelajaran dan pembelajaran.
Zoo
Punca mata air
10. Sebagai pengawas yang bertugas menjaga kawasan perhimpunan, anda menyedari terdapat suis yang rosak dan boleh mengakibatkan kemalangan. Apakah tindakah anda?
Membaikinya sendiri kerana anda yakin bahawa anda mampu menyelesaikannya.
Membiarkannya kerana anda percaya bahawa ia hanya hal yang kecil.
Meminta rakan anda menguji suis tersebut bagi memastikan kemalangan akan berlaku atau tidak
Meletakkan tanda amaran di bawah suis dan melaporkan kerosakan tersebut kepada pihak sekolah.
