NEW
Font size
WorksheetsBM Tahun 6 - Kata Majmuk
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Alif mendapat keputusan yang baik dalam ____________ Sains dan Matematik.
mata pelajaran
mata pendidikan
mata ilmu
_______________ bangunan itu adalah berkonsepkan seni bina Islam.
Reka acuan
Reka bentuk
Reka tinggi
____________ majlis itu terpaksa diubah kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Atur letak
Atur diri
Atur cara
Kedai yang menjual ______________ itu dibuka dari pukul 9.00 pagi.
alat pensel
alat tulis
alat pemadam
Emak membeli beberapa bungkus _____________ di warung itu untuk dijadikan sarapan.
nasi lemak
nasi campur
nasi putih
______________ Ani tidak berfungsi kerana telah dimasuki air ketika dia bersukaneka di padang.
Jam meja
Jam dinding
Jam tangan
Kesesakan ________________ berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi.
lalu lintas
lalu lalang
lalu pulang
Cikgu Jamil mahu kami menyusun semula kerusi di kelas itu seperti ___________
sukarela
sediakala
sukacita
Siti Hajar berasa __________ semenjak ayahnya meninggal dunia minggu lepas.
dukacita
sediakala
sukacita
Puan Lily selamat melahirkan ______________ lelaki di Hospital Sultanah Zainab, Kota Bharu.
cahaya neon
cahaya terang
cahaya mata
__________________ Encik Zainal berasal dari Batu Pahat, Johor.
Orang harapan
Orang rumah
Orang utan
Zarinah mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan kerana dia anak ____________.
yatim tunggal
piatu yatim
yatim piatu
Rizal ________________ apabila Qudus tidak menjemputnya ke majlis itu.
jauh hati
jauh perjalanan
resah hati
Murid-murid dikehendaki memakai ______________ ketika bersenam di padang.
pakaian seragam
pakaian sukan
pakaian adat
Kami sekeluarga menginap di __________________ itu semasa bercuti di Melaka.
rumah tangga
rumah sakit
rumah tumpangan
