Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN GEOGRAFI BAH. A dan B : BAB 6,7,8 (TING. 1)

Total questions: 60

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

• Terdapat di kawasan ketinggian melebihi 180 meter dari aras laut

• Banjaran Titiwangsa merupakan “tulang belakang” Semenanjung Malaysia

• Gunung tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu di Banjaran Crocker


Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan keadaan bentuk muka bumi

a)

Saliran

b)

Pinggir Laut

c)

Tanah Tinggi

d)

Tanah Pamah

2.

Antara berikut yang manakah BENAR kepentingan tanah tinggi

a)

Pelancongan

b)

Perikanan

c)

Pelabuhan

d)

pertanian

3.

• Kawasan tanah pamah sesuai untuk petempatan dan perindustrian

• Kawasan pinggir laut dan saliran adalah kawasan sederhana padat

a)

Faktor Ekonomi

b)

Faktor Fizikal

c)

Faktor Sosial

d)

Faktor Dasar Kerajaan

4.

Tanah Tinggi Cameron merupakan kawasan pelancongan yang terletak di

a)

Banjaran Tahan

b)

Banjaran Crocker

c)

Banjaran Titiwangsa

d)

Banjaran Tama Abu

5.

Apakah tasik semula jadi yang terdapat di Malaysia?

a)

Tasik Kenyir

b)

Tasik Chini

c)

Tasik Temenggor

d)

Tasik Taiping

6.

Yang manakah benar tentang sungai-sungai di Malaysia?

a)

Mengalir dari utara ke selatan

b)

Sumber protein utama penduduk

c)

Pendek dan deras serta berliku-liku

d)

Membentuk delta yang sempit di muara sungai

7.

Saliran di Malaysia merujuk kepada

a)

kawasan gunung dan dataran tinggi

b)

sungai dan tasik

c)

teluk dan pantai

d)

delta dan dataran

8.

Banjaran Crocker terletak di _____________ .

a)

Sabah

b)

Sarawak

c)

Johor

d)

Pahang

9.

Gambar berikut merupakan bentuk muka bumi pinggir laut iaitu.....

a)

batu tunggul

b)

gerbang laut

c)

batu sisa

d)

tanjung

10.

Di Malaysia, kawasan pantai yang berpasir, indah dan bersih sangat sesuai untuk kegiatan _____________ .

a)

akuakultur

b)

pelancongan

c)

perdagangan

d)

pertanian

11.

*ketinggian kurang 180m dari aras laut

*kawasan datar/beralun

*lebuhraya


Ciri berikut mewakili bentuk muka bumi ________ .

a)

tanah pamah

b)

tanah tinggi

c)

saliran

d)

pinggir laut

12.

*Banjaran yang terpanjang di Malaysia.

*Terdapat tiga pusat peranginan terkenal

*Tapak bagi penjanaan kuasa hidroelekrik


Penyataan berikut merujuk kepada _________ .

a)

Banjaran Crocker

b)

Banjaran Bintang

c)

Banjaran Tama Abu

d)

Banjaran Titiwangsa

13.

Apakah kegiatan ekonomi yang dapat dijalankan di kawasan tanah tinggi, seperti Tanah Tinggi Cameron ?

a)

perikanan

b)

perlombongan

c)

pertanian hawa sederhana

d)

petempatan nelayan

14.

Di manakah rumah api sesuai dibina?

a)

Teluk

b)

Pulau

c)

Tebing Tinggi

d)

Anak Tanjung

15.

Empangan hidroelektrik sesuai dibina di kawasan yang berbentuk muka bumi _______________ .

a)

Tanah Pamah

b)

Dataran

c)

Pinggir laut

d)

Tanah Tinggi

16.

Pandang darat fizikal yang berbeza di setiap peringkat aliran sungai dipengaruhi oleh aktiviti sungai, iaitu

I lagaan

II hakisan

III pemendapan

IV pelanggaran

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

17.

Pandang darat fizikal dalam senarai di bawah terdapat di peringkat....


-Jeram

-Air Terjun

-Lubang Periuk

a)

Hulu

b)

Hilir

c)

Tengah

d)

Dasar

18.

Pernyataan berkaitan pandang darat fizikal dalam rajah tersebut ialah

a)

delta di hilir sungai

b)

lubang periuk akibat hakisan

c)

tetambak di tengah sungai

d)

sebuah tasik ladam

19.

Apakah persamaan bagi kedua-dua sungai di bawah?


-Sungai Kinabatangan (Sabah)

-Sungai Rajang (Sarawak)

a)

Kekeringan air dalam musim panas

b)

Sumber air ikan tawar negara yang terbesar

c)

Jalan perhubungan dan pengangkutan ke kawasan pedalaman

d)

Dasarnya kaya dengan pelbagai mineral

20.

Kombinasi yang manakah betul?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Sungai yang berarus deras, cetek dan jernih sesuai untuk aktiviti

a)

perikanan

b)

perlombongan

c)

pengangkutan

d)

rekreasi dan perlancongan

22.

Sungai yang manakah berperanan sebagai sempadan semula jadi?

a)

Sungai Pahang

b)

Sungai Kelantan

c)

Sungai Endau

d)

Sungai Klang

23.

Lurah bentuk v terletak di peringkat sungai ________________

a)

peringkat hulu

b)

peringkat tengah

c)

peringkat hilir

24.

Rajah menunjukkan bentuk muka bumi saliran yang terbentuk di peringkat __________________ sungai.

a)

hulu

b)

tengah

c)

hilir

25.

Antara berikut, bentuk muka bumi yang manakah terbentuk di peringkat hilir sungai

a)
b)
c)
d)
26.

Antara berikut yang manakah merupakan kepentingan sungai dan tasik di Malaysia

a)

Membekalkan sumber protein

b)

Membekalkan kuasa tenaga hidroelektrik

c)

Membekalkan sumber tenaga geoterma

d)

Sempadan semula jadi

27.

Antara berikut, sungai manakah berfungsi sebagai sempadan antarabagsa

a)

Sungai Rajang

b)

Sungai Golok

c)

Sungai Bernam

d)

Sungai Endau

28.

Antara berikut, sungai manakah berfungsi sebagai sempadan antara negeri Perak dan Selangor

a)

Sungai Rajang

b)

Sungai Golok

c)

Sungai Bernam

d)

Sungai Endau

29.

Kawasan berpenduduk padat bermaksud

a)

kurang dari 50 org sekilometer persegi

b)

50-200 orang sekilometer persegi

c)

lebih dari 200 orang sekilometer persegi

d)

tiada satu pun di atas

30.

Kawasan berpenduduk jarang adalah seperti berikut KECUALI

a)

Kuala Tahan

b)

Kuching

c)

Kapit

d)

Tasik Banding

31.

Kawasan yang berwarna merah adalah kawasan

a)

berpenduduk padat

b)

berpenduduk sederhana

c)

berpenduduk jarang

d)

tiada penduduk

32.

Bandar-bandar berikut berpenduduk padat kecuali

a)

Kuching

b)

Kota Kinabalu

c)

Shah Alam

d)

Tumpat

33.

Kawasan berpenduduk jarang melibatkan kawasan banjaran di Malaysia adalah seperti berikut kecuali

a)

Seremban

b)

Ulu Tembeling

c)

Banjaran Kapuas Hulu

d)

Banjaran Tahan

34.

Ini adalah gambar foto Taman Negara Pahang. Faktor taburan penduduk adalah mengikut dasar kerajaan/governan di bawah

a)

Tanah Rancangan

b)

Pembukaan Bandar Baharu

c)

Pewartaan Hutan Simpan dan Taman Negara

d)

Infrastruktur

35.

Faktor ekonomi berikut mempengaruhi taburan penduduk KECUALI

a)

kawasan pelancongan

b)

kawasan pertanian

c)

kawasan perikanan

d)

kawasan perindustrian

36.

Gambar foto tersebut ialah Universiti Malaya. Kawasan yang mempunyai kemudahan pusat pengajian tinggi biasanya mempengaruhi taburan penduduk. Ini adalah di bawah faktor

a)

Faktor Ekonomi

b)

Faktor Sosial

c)

Faktor Fizikal

d)

Faktor Dasar Kerajaan

37.

Gambar menunjukkan petempatan orang asli Kuala Koh. Kawasan seperti ini termasuk dalam taburan penduduk

a)

Padat

b)

sederhana

c)

jarang

d)

tiada di atas

38.

Untuk faktor ekonomi kawasan-kawasan berikut berpenduduk padat kecuali

a)

kawasan pertanian

b)

kawasan perindustrian

c)

kawasan perlombongan

d)

kawasan perikanan

39.

Perpindahan pusat pentadbiran persekutuan ke Putrajaya menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk padat termasuk dalam faktor

a)

Dasar Kerajaan/Governan

b)

Faktor Sosial

c)

Faktor Fizikal

d)

Faktor Ekonomi

40.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan taburan penduduk di Malaysia?

a)

Taburan penduduk yang sama rata

b)

Taburan penduduk yang tidak sekata

c)

Tumpuan penduduk di kawasan pertanian sahaja

d)

Kawasan pedalaman tanpa penduduk

41.

Bentuk muka bumi di Malaysia terbahagi kepada empat iaitu tanah tinggi, tanah pamah, (a)   dan saliran.

42.

Banjaran gunung di Malaysia terjadi akibat daripada proses (a)   .

43.

Banjaran (a)   tinggi di bahagian utara dan semakin rendah ke selatan Semenanjung Malaysia.

44.

Saliran di Malaysia merujuk kepada sungai dan (a)   .

45.

Tebing tinggi terbentuk akibat hakisan (a)   semasa air pasang.

46.

Tanjung terbentuk akibat hakisan ombak terhadap batuan lembut. (a)   yang kekal akan menganjur membentuk tanjung.

47.

Pada umumnya, sungai-sungai di Malaysia adalah (a)   , beraliran deras dan berliku-liku.

48.

Air mengalir melalui lurah dan kawasan (a)   di tanah tinggi ke kawasan tanah rendah akhirnya ke tasik dan laut. Keadaan ini membentuk pelbagai pandang darat fizikal di setiap peringkat aliran sungai.

49.

Pada peringkat hulu sungai terdapat 3 pandang darat fizikal yang terbentuk iaitu air terjun, lubang periuk dan (a)   .

50.

> Lurah berbentuk 'U'

> Susuh bukit berpanca dan terhakis

> Likuan sungai

Pernyataan di atas merujuk kepada peringkat (a)   sungai.

51.

Pada peringkat hilir sungai, lurah semakin melebar dan cetek, aliran sungai perlahan dan berliku-liku dan cerunnya lebih landai. Terbentuk tasik ladam, tetambak dan (a)   .

52.

Sungai (a)   merupakan sempadan antara negeri Johor dan Pahang.

53.

Jana kuasa hidroelektrik dapat dibina di Malaysia kerana terdapat sungai-sungai yang beraliran (a)   .

54.

Sungai Golok merupakan sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan (a)   .

55.

Taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata yang mana terdiri daripada kawasan berpenduduk sederhana, jarang dan (a)   .

56.

Kawasan berpenduduk padat menjadi tumpuan penduduk kerana kawasannya rata dan subur serta sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, (a)   , perniagaan dan perlombongan.

57.

Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia merangkumi faktor fiizikal, dasar kerajaan/ governan, ekonomi dan (a)   .

58.

Kawasan tanah tinggi kurang menjadi tumpuan penduduk kerana darjah (a)   yang rendah. Kawasan kediaman juga sukar dibina dan memerlukan kos yang tinggi kerana bentuk muka bumi yang tidak rata.

59.

Sektor perindustrian mampu menyediakan peluang pekerjaan yang menggalakkan penghijrahan penduduk yang mana akan menyebabkab kawasan tersebut berpenduduk (a)   .

60.

Pembukaan kawasan pertanian melalui Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA) menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk (a)   .