wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BULAN PENYUCIAN JIWA

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Puasa bererti ________

a)

Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat

b)

Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbenam matahari hingga terbit fajar disertai dengan niat

c)

Menahan diri daripada makan dan minum bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat

d)

Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari

2.

Berikut ialah SYARAT WAJIB PUASA

a)

Islam

b)

Baligh

c)

Berakal

d)

Uzur

3.

Berikut ialah SYARAT SAH PUASA

a)

Suci daripada haid, nifas dan wiladah

b)

Baligh

c)

Berakal

d)

Bertepatan dengan waktunya

4.

Berikut ialah RUKUN PUASA

a)

Niat

b)

Suci daripada haid, nifas dan wiladah

c)

Mumayyiz

d)

Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa

5.

Hukum berpuasa bagi semua umat Islam yang mampu menunaikan puasa pada bulan Ramadan adalah

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

6.

Berikut adalah SUNAT-SUNAT PUASA

a)

Melewatkan sahur

b)

Memperbanyakkan bersedekah

c)

Melewatkan berbuka

d)

Beriktikaf

7.

Memberi makanan kepada orang lain untuk berbuka puasa adalah ________.

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Makruh

d)

Haram

8.

Berikut adalah perkara yang membatalkan puasa

a)

Muntah dengan sengaja

b)

Keluar darah Haid

c)

Pengsan dan mabuk setengah hari

d)

Gila walaupun sekejap

9.

Antara kepentingan berpuasa ialah

a)

mendekatkan diri kepada keluarga

b)

melatih diri bersifat amanah

c)

melatih diri bersabar dan ikhlas

d)

mendidik masyarakat membazir

10.

Antara kepentingan berpuasa kepada masyarakat ialah

a)

menyemai perasaan cemburu

b)

mengikis sifat kedekut

c)

mengikis sifat sombong

d)

mendidik masyarakat tidak boros

11.

Nyatakan hukum puasa bagi situasi berikut:

Fatin makan mee pada jam 5 petang.

a)

Batal Puasa

b)

Tidak Batal Puasa

12.

Nyatakan hukum puasa bagi situasi berikut:

Amirah melahirkan anak selepas waktu Asar.

a)

Batal Puasa

b)

Tidak Batal Puasa

13.

Nyatakan hukum puasa bagi situasi berikut:

Humaira demam dan doktor mengambil darahnya.

a)

Batal Puasa

b)

Tidak Batal Puasa

14.

Nyatakan hukum puasa bagi situasi berikut:

Raisya pengsan selepas azan maghrib.

a)

Batal Puasa

b)

Tidak Batal Puasa

15.

Nyatakan hukum puasa bagi situasi berikut:

Qaisara sakit kepala hingga masuk waktu berbuka puasa.

a)

Batal Puasa

b)

Tidak Batal Puasa

16.

Nyatakan hukum puasa bagi situasi berikut:

Aina menerima suntikan vaksin Covid19 dibahunya selepas waktu Zohor.

a)

Batal Puasa

b)

Tidak Batal Puasa

17.

Nyatakan hukum puasa bagi situasi berikut:

Syakir makan nasi ayam goreng pada waktu tengahari dengan tidak sengaja.

a)

Batal Puasa

b)

Tidak Batal Puasa

18.

Nyatakan hukum puasa bagi situasi berikut:

Daniel berkumur-kumur dengan air yang banyak ketika mengambil wuduk.

a)

Batal Puasa

b)

Tidak Batal Puasa

19.

Nyatakan hukum puasa bagi situasi berikut:

Salsabila tidur sepanjang hari dan terjaga selepas waktu berbuka.

a)

Batal Puasa

b)

Tidak Batal Puasa

20.

Nyatakan hukum puasa bagi situasi berikut:

Darwisy terlihat muntahnya kawannya dan dia turut muntah ketika siang hari berpuasa.

a)

Batal Puasa

b)

Tidak Batal Puasa