wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM TAHUN 4 | Kata Imbuhan

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

1. Kata berimbuhan awalan ialah kata yang menerima imbuhan pada bahagian _____________ kata dasar.

a)

hadapan

b)

belakang

c)

tepi

d)

tengah

2.

Pokok bunga itu _________ oleh ibu.

a)

ditanamkan

b)

tanamkan

c)

menanam

d)

ditanam

3.

Peserta dari negara Kanada itu ________ dengan penuh semangat dalam perlumbaan basikal itu.

a)

setanding

b)

bertanding

c)

menandingi

d)

pertandingan

4.

Semua peserta dikehendaki __________ borang sebelum menyertai pertandingan.

a)

diisi

b)

berisi

c)

mengisi

d)

mengisikan

5.

Kuda itu ____________ pantas.

a)

berlari

b)

melari

c)

memlari

d)

terlari

6.

Mereka ______ rumah nenek pada hari Ahad yang lepas supaya kelihatan cantik dan menarik.

a)

mengelap

b)

mengecat

c)

mengemop

d)

mengesat

7.

Kakak belajar ________ ketupat daripada nenek pada tahun lalu.

a)

menganyam

b)

melipat

c)

membungkus

d)

membalut

8.

Doktor Mohan _____________ di sebuah hospital yang besar di Kuantan.

a)

berkerja

b)

mengkerja

c)

bekerja

d)

mekerja

9.

“Tolong ______ salam saya kepada keluarga kamu, “ kata Rosana kepada Faiza.

a)

sampai

b)

sampaikan

c)

menyampaikan

d)

penyampaian

10.

Tanah Tinggi Cameron pernah saya _____ pada tahun lepas.

a)

pelawat

b)

melawat

c)

lawatan

d)

lawati

11.

Pelbagai jenis alat _____ kanak-kanak dijual di kedai itu.

a)

pemain

b)

permainan

c)

bermain

d)

main

12.

Persembahan artis yang terkenal itu mendapat _____ yang gemuruh daripada para penonton.

a)

bertepuk

b)

menepuk

c)

ditepuk

d)

tepukan

13.

_______ keputusan peperiksaan itu boleh dibuat melalui internet.

a)

Disemak

b)

Penyemak

c)

Menyemak

d)

Semakan

14.

“ Mimpi yang saya ______ itu sungguh menakutkan ,” kata Chin Sue kepada Rajan.

a)

berpengalaman

b)

sealam

c)

pengalaman

d)

alami

15.

Kad _______ itu telah dihantar kepada semua kawannya.

a)

undangi

b)

undangan

c)

undangkan

d)

mengundang

16.

Radio yang rosak itu telah abang saya ____

a)

sebaik

b)

kebaikan

c)

baiki

d)

terbaik

17.

_________ Kumpulan Bestari itu memang bernas dan sesuai dengan tema.

a)

Mercadang

b)

Mencadang

c)

Cadangan

d)

Mencadangkan

18.

_________ kemanusiaan itu disalurkan kepada mangsa-mangsa tsunami di Jepun.

a)

Pembantu

b)

Membantu

c)

Bantuan

d)

Dibantu

19.

Acara yang kami _________ semasa Hari Sukan Sekolah ialah lompat tinggi dan lari 100 meter.

a)

menyertai

b)

sertai

c)

sertakan

d)

penyertaan

20.

“_____ titik-titik itu supaya menjadi satu bentuk ,” kata Selina kepada kawannya.

a)

Percantum

b)

Dicantum

c)

Cantuman

d)

Cantumkan