Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TING 1&2 (LATIHAN 2)

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Setiap hari abang akan___________ motosikal kawannya untuk pergi ke pejabat.

a)

mengayuh

b)

memandu

c)

membawa

d)

membonceng

2.

Shalini tertawa melihat gelagat anak itik yang sedang_______ lopak air di hadapan rumahnya.

a)

menyudu

b)

menyedut

c)

menyodok

d)

menyondol

3.

Semalaman Julia asyik__________ gambar ibu dan bapanya.

a)

melihat

b)

menatap

c)

menjeling

d)

menjenguk

4.

Beg tangannya ________ oleh peragut secara tiba-tiba.

a)

dipulas

b)

dicekup

c)

disentak

d)

dirampas

5.

Tragedi kapal karam itu telah ____________banyak nyawa.

a)

menarik

b)

meragut

c)

merampas

d)

mengambil

6.

Wakil rakyat itu turut ___________ untuk menyaksikan pertandingan itu.

a)

tiba

b)

hadir

c)

jemput

d)

sampai

7.

Adik menangis kerana kena_________ dengan budak nakal itu.

a)

tegur

b)

pukul

c)

saman

d)

senyum

8.

"__________ ejaan kamu dahulu sebelum menghantar karangan itu kepada saya,"pesan Cikgu Latipah.

a)

Kaji

b)

Selidik

c)

Semak

d)

Periksa

9.

Burung itu________________ pada dahan pokok mempelam di belakang rumah.

a)

berdiri

b)

berpaut

c)

bergayut

d)

bertenggek

10.

Ibu berasa lega apabila mendapati suhu badan adik kian_________.

a)

merosot

b)

menurun

c)

menyusut

d)

menjunam

11.

Peserta pertandingan perbahasan itu sedang ____________tentang isu kemasukan pendatang asing tanpa izin.

a)

berbalah

b)

berdebat

c)

berbicara

d)

berbincang

12.

Peserta pertandingan perbahasan itu sedang ____________tentang isu kemasukan pendatang asing tanpa izin.

a)

berbalah

b)

berdebat

c)

berbicara

d)

berbincang

13.

Puan Riza mempunyai dua orang anak yang kian____________ remaja.

a)

melonjak

b)

mencapai

c)

mencecah

d)

meningkat

14.

Penyakit yang dihidapi oleh ibu semakin____________.

a)

reda

b)

hilang

c)

lenyap

d)

pupus

15.

Tin yang berisi keropok itu ditutup _________________ oleh Mak Temah.

a)

erat

b)

rapat

c)

padat

d)

sendat

16.

Pasu bunga kristal milik ibu __________ akibat terkena bola.

a)

lumat

b)

pecah

c)

kemik

d)

remuk

17.

Nathan mencampakkan pakaiannya yang ____________ itu ke dalam mesin basuh.

a)

kumal

b)

suram

c)

kenyal

d)

kusam

18.

Fikiran Nubhan semakin ______________ apabila memikirkan masalah yang terpaksa ditanggung olehnya.

a)

racau

b)

kabut

c)

susut

d)

kusut

19.

Bekas luka pada kaki saya terasa ________ apabila terkena air.

a)

perit

b)

pedih

c)

perih

d)

sengal

20.

Angin ______________ itu telah menerbangkan bumbung rumahnya.

a)

laju

b)

ligat

c)

lancar

d)

kencang

21.

"_________________ sungguh sambutan tahun baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam,"kata Alya.

a)

Ceria

b)

Meriah

c)

Gembira

d)

Semarak

22.

Perutnya terasa______________ selepas makan terlalu banyak.

a)

senak

b)

bengal

c)

sengal

d)

kembung

23.

Berikut merupakan kata adjektif KECUALI.

a)

Cantik

b)

Besar

c)

Penat

d)

Makan

24.

"Ahmad menendang bola."


Ayat di atas merupakan ayat;

a)

Ayat aktif

b)

Ayat majmuk

c)

Ayat songsang

d)

Ayat pasif

25.
"Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.
a)
dia
b)
kita
c)
kamu
d)
mereka