wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

petempatan

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.
Antara berikut merupakan ciri-ciri pola petempatan berpusat KECUALI
a)
petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, dan perkhidmatan
b)
bangunan dibina dengan rapat dan tertumpu
c)
susun atur bangunan yang terancang
d)
mempunyai jaringan jalan raya yang baik
2.
- bangunan dibina bertaburan
- jarak antara bangunan adalah berjauhan
- di kawasan kecil, dusun dan sawah padi
Pernyataan di atas merujuk kepada pola petempatan?
a)
berselerak
b)
berjajar
c)
berpusat
d)
berkelompok
3.
Berikut adalah tidak benar mengenai pola petempatan berkelompok,KECUALI
a)
pembinaan bangunan adalah rapat dan tertumpu
b)
dibina di atas tanah pertanian milik sendiri
c)
susun atur bangunan rapat dan terancang
d)
dikenali sebagai penempatan linear
4.
- Kajang
- Georgetown
- Felda Bukit Goh, Pahang
Kawasan tersebut merujuk kepada pola petempatan...
a)
Berselerak
b)
Berjajar
c)
Berkelompok
d)
Berpusat
5.
Antara berikut yang manakah kawasan pola petempatan berjajar
a)
Tanah Tinggi Cameron
b)
Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi 
c)
Pinggir pantai Kuala Kemaman, Terengganu
6.
Pola petempatan manakah yang sesuai dijalankan semasa zaman darurat?
a)
berkelompok
b)
berpusat
c)
berjajar
d)
berselerak
7.
- dibina selari di sepanjang sungai, pinggir pantai, jalan raya, landasan kereta api
- dikenali petempatan linear
- Dataran Kedah-Perlis
Penyataan di atas merujuk kepada pola petempatan
a)
Berpusat
b)
Berselerak
c)
Berkelompok
d)
Berjajar
8.
Petempatan awal dunia yang terletak di Lembangan Sungai Tigris-Euphrates ialah
a)
Mesir
b)
Mesopotamia
c)
Indus
9.
Salah sebuah petempatan awal di Malaysia terletak di Teluk Darvel iaitu di negeri
a)
Sarawak
b)
Sabah
c)
Kedah
10.
Kota Tampan ialah sebuah petempatan awal di Malaysia iaitu di negeri
a)
Kedah
b)
Perak
c)
Selangor
11.
Petempatan luar bandar mempunyai penduduk.........berbanding petempatan bandar.
a)
kurang
b)
ramai
12.
Perkembangan awal di bandar Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur dikaitkan dengan aktiviti
a)
penanaman getah
b)
pusat pentadiran British
c)
perlombongan bijih timah
13.
Faktor yang dikaitkan dengan kepadatan penduduk di Felda Jengka dan Felda Gugusan Sahabat ialah
a)
Sumber mineral
b)
Dasar governan
c)
Bentuk muka bumi
14.
Diantara berikut, yang manakah BENAR tentang petempatan awal di Malaysia?
A. Kota Tampan - Kedah
B. Lembah Bujang-Kelantan
C. Teluk Darvel-Sarawak
D. Gua  Niah - Sarawak
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
15.
Gua merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak petempatan awal di Malysia  kerana....
a)
selamat daripada serangan musuh dan binatang buas
b)
subur serta sesuai untuk bercucuk tanam
c)
sesuai untuk aktiviti  penternakan
16.

Apakah fungsi bandar Port Dickson ?

a)

Bandar pertahanan

b)

Bandar sempadan

c)

Bandar satelit

d)

Bandar diraja

17.

Maklumat berikut adalah dua buah bandar di Malaysia.

  • Kerteh, Terengganu
  • Bintulu, Sarawak

Mengapakah dua buah bandar tersebut berkembang pesat ?

a)

Ibu negeri

b)

Tanih yang subur

c)

Industri petrokimia

d)

Kawasan agropelancongan

18.

Apakah faktor perkembangan bandar berikut ?

  • Tanjung Malim, Perak
  • Bandar Baru Bangi, Selangor
a)

Terdapat pusat pengajian tinggi

b)

Berhampiran pelabuhan kontena

c)

Pusat pengumpulan hasil pertanian

d)

Tumpuan kegiatan perlombongan bijih timah

19.

Berikut adalah ciri petempatan di kawasan bandar besar di Malaysia.

  • Banyak bangunan tinggi
  • Dibina secara rapat

Mengapakah kawasan bandar besar mempunyai corak petempatan sedemikian ?

a)

Gaya hidup moden

b)

Tenaga buruh yang ramai

c)

Nilai tanah semakin tinggi

d)

Menggalakkan kedatangan pelancong

20.

Berikut adalah ciri-ciri petempatan.

  • Petempatan terancang
  • Lokasi di pinggir bandar besar

Mengapakah kerajaan mewujudkan petempatan tersebut ?

a)

Mengurangkan kos sara hidup

b)

Menarik kedatangan pelancong

c)

Mengurangkan masalah setinggan

d)

Mengurangkan kesesakan penduduk

21.

Berikut adalah bandar-bandar di Malaysia.

  • Arau, Perlis
  • Kuala Kangsar, Perak

Apakah fungsi bandar-bandar tersebut ?

a)

Bandar diraja

b)

Bandar sempadan

c)

Bandar pelabuhan

d)

Bandar pertahanan

22.

*Susun atur rumah dan bangunan terletak

dalam satu barisan atau deretan.


Apakah pola petempatan tersebut?

a)

Berjajar

b)

Berpusat

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

23.

*Cyberjaya

*Putrajaya


Apakah faktor utama yang mempengaruhi perkembangan petempatan berikut?

a)

Sosial

b)

Fizikal

c)

Ekonomi

d)

Governan

24.
  • KEJORA
  • KESEDAR

Apakah aktiviti yang boleh

dikaitkan dengan petempatan berikut?

a)

Perlombongan

b)

Pelancongan

c)

Perikanan

d)

Pertanian

25.

Antara berikut,yang manakah sumbangan kawasan luar bandar kepada bandar?

a)

Menyediakan pasaran dan bekalan tenaga buruh

b)

Membekalkan tenaga buruh dan peluang pekerjaan

c)

Membekalkan tenaga buruh dan bahan mentah

d)

Menyediakan peluang pekerjaan dan bahan mentah