Font size
WorksheetsPENTAKSIRAN PEND. MORAL TING 4
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Norma masyarakat bermaksud
Perilaku atau tindakan yang ditolak dalam masyarakat setempat.
Perilaku atau tindakan yang diterima sebagai amalan dalam sesuatu kelompok,komuniti atau budaya.
Nilai-nilai moral yang diamalkan oleh masyarakat sejak turun-temurun
Nilai-nilai moral yang diamalkan oleh seorang pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Antara norma masyarakat yang biasa diamalkan termasuklah contoh dibawah KECUALI.....
Gambar diatas menunjukkan amalan bergotong-royong di sebuah kawasan perumahan.Apakah faedah yang diperoleh daripada aktiviti tersebut?
Mewujudkan semangat kejiranan
Membuang masa penduduk yang terlibat.
Mendedahkan kanak-kanak kepada penyakit bawaan nyamuk seperti denggi.
Melahirkan masyarakat yang pentingkan diri sendiri.
Jiran yang baik adalah
Jiran yang rajin
Jiran yang kaya
Jiran yang pendiam
Jiran yang akan membantu apabila diperlukan
Ciri-ciri individu yang berkeperibadian mulia adalah seperti yang berikut, kecuali,
Berpegang teguh kepada prinsip moral
bersederhana dari aspek pertuturan
jujur dalam melakukan sesuatu perkara
berfikiran agresif
Terangkan contoh integriti keluarga Mei
kakak dan abang Mei tidak melaksanakan kewajipan mereka dalam menjaga adik.
Mei seorang anak yang cuai
Ibu bapa Mei melaksanakan tugas dan kewajipan mereka dalam menyara kehidupan keluarga.
Pilih padanan yang tidak tepat.
Keprihatinan - Polis trafik memberi amaran bersyarat kepada Ali kerana beliau memandu laju untuk menghantar anaknya yang berdemam panas ke hospital.
Keadilan - Wei Chong mencatat nama kawan baiknya kerana lambat datang ke sekolah.
Keprihatinan - Semua pelajar sekolah mesti mematuhi peraturan sekolah.
Keadilan - Hukuman mati dikenakan kepada pengedar dadah
Kesan tidak mengambil kira prinsip keadilan dan keprihatinan. Padanan yng manakah tidak tepat?
Keluarga - kebahagian keluarga terjejas
Sosial- keruntuhan akhlak remaja
Negara - keamanan negara terjejas
Ekonomi - ekonomi negara meningkat
Apakah tanggungjawab yang perlu diamalkan oleh pembalak haram?
menghargai dan menjaga alam sekitar dari musnah
membuat penebangan pokok setiap hari.
menangkap harimau dan hantar ke zoo
menyiram pokok
Faktor-faktor yang menyebabkan masalah rasuah semakin berleluasa di negara ini ialah
sikap tamak
bersikap rasional
kurang mendapat didikan agama/moral
Desakan hidup
Antara berikut, yang manakah etika penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi?
Berkomunikasi secara berhemah di talian
Memuat naik sebarang bahan sesuka hati
Tidak menceroboh dan menyebarkan virus
Menyebarkan maklumat palsu
Apakah contoh penggunaan akaun e-mel secara beretika?
Menggunakan e-mel dengan bijak dan berhati-hati
Memberikan maklumat diri yang palsu dalam pendaftaran e-mel
Merahsiakan nama pengguna dan kata laluan
Pilih kesan pengabaian penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara beretika
Maklumat diri tidak akan digodam
Serangan pelbagai virus
Menimbulkan fitnah
Memudahkan kerja orang lain
Antara berikut ialah program kelestarian alam kecuali
menganjurkan program gotong-royong
menanam semuka pokok di kawasan hutan
menjalankan aktiviti kitar semula
membiarkan haiwan terancam
Program kesihatan dijalankan untuk program komuniti kecuali
kempen derma darah
kempen anti dadah
pemberian ubat kepada pesakit kronik
perkhidmatan saringan kesihatan
Berikut merupakan contoh program komuniti yang telah dijalankan bersama-sama dengan kerajaan kecuali
kerja baik pulih kemudahan awam
perusahaan mencanting batik untuk menarik pelancong
mesyuarat rukun tetangga untuk gotong royong
program derma darah
Apakah maksud penglibatan diri dalam program komuiti
(a)
Kesan tidak mengambil kira prinsip keadilan dan keprihatinan. Padanan yng manakah tidak tepat?
Keluarga - kebahagian keluarga terjejas
Sosial- keruntuhan akhlak remaja
Negara - keamanan negara terjejas
Ekonomi - ekonomi negara meningkat
Bagaimanakah amalan dalam gambar diatas memberi kebaikan dalam kehidupan harian?
Mengeratkan perpaduan kaum dalam masyarakat.
Menggalakkan masyarakat melancong ke luar negara.
Masyarakat dapat merasai kepelbagaian masakan dari luar negara.
Melahirkan masyarakat yang kotor.
Puan Mary merupakan orang kaya yang sering menderma wang kepada rumah anak yatim dan beliau tidak pernah memandang rendah terhadap orang lain. Nilai-nilai moral berikut diamalkan oleh Puan Mary kecuali,
Kasih sayang
Baik hati
Toleransi
Kepercayaan kepada Tuhan
